Saturday 2 January 2021

JINGGA13 PERLIS LAKSANA JELAJAH KEBAJIKAN SANTUNI ASNAF , IBU TUNGGAL DAN ORANG SAKIT. DI PADANG BESAR , PERLIS

Tanggal 2 Januari 2021 ( Sabtu ) - Jingga 13 Malaysia Negeri Perlis, menyantuni beberapa keluarga di kalangan asnaf, ibu tunggal dan pesakit terlantar yang memerlukan di Kawasan *PADANG BESAR, PERLIS.*

 JELAJAH KEBAJIKAN ini ada bertujuan untuk membantu dan menyampai sumbangan daripada penyumbang untuk disampaikan kepada mereka yang memerlukan, dan mereka ini juga adalah sebahagian daripada yang terkesan dengan masalah akibat pendemik covid 19 yang berlarutan sehingga kini. Setinggi penghargaan ucapan terima kasih kepada penyumbang yang menyalurkan bantuan melalui J13 Perlis.


Koordinator J13 PERLIS, Sdra.H.Rizal dengan kesepakatan Seketeriat J13 Perlis, telah berbincang dan dipersetujui sebulat suara, untuk melaksanakan satu program jelajah Kebajikan secara berterusan setiap bulan secara jelajah bersiri kekawasan terpencil sepertimana dilksanakn pada harini..




Seramai 8 Seketeriat berserta Komrad yang turun pada siri 1 Hari ini.. *koordinator J13 Perlis H Rizal, Timb. Koordinator J13 Perlis Sdra.Nashriq , (P.) S/usaha J13 Perlis sdra. Rosmaini , Bendahari J13 Perlis Pn. Liyana, Seketeriat J13 Perlis Sdra Azzin  koordinator J13 Padang Besar Sdra. Rahman, serta Komrad J13 Perlis Sdri Atikah dan Pn.Shiha.*



Program jelajah Kebajikan J13 akan bersambung dari masa ke semasa mengikut siri di keseluruhan Kawasan Kangar, Arau dan Padang Besar,dalam usaha membantu dan berbakti serta meringankan beban mereka yang memerlukan.

VIDEO KHAS JINGGA13 KOTA TINGGI : SEPANJANG TAHUN 2020


 

Friday 1 January 2021

JINGGA13 CABANG TIGA SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA 10 FAMILI MISKIN SEMPENA PROGRAM AQIQAH DAN TAHLIL

 Tanggal 1 Januari 2021 , sempena Majlis Aqiqah dan Tahlil berrtempat di Surau An Nur/ Rumah Nazim belakang Pasar Cabang Tiga , Jingga13 Cabang Tiga diketuai Koordinatornya Sdr Sulong bin Ali a.k.a Pak Awi menyampaikan sumbangan barangan makanan kepada 10 keluarga miskin . 























Thursday 31 December 2020

JINGGA13 KEMAMAN BERSAMA GERAK98 TERENGGANU ZIARAH PRIHATIN PAK MUSTAFFA MANGSA RUMAH DIHEMPAP POKOK TUMBANG

Jingga13 Kemaman bersama Gerak 98 Terengganu ziarah dan menyantuni mangsa yang terlantar uzur Pak Mustafa atau dikenali dikampung sebagai Pok Pa Black di Kg Tok Kapur, Binjai di mana rumah pondoknya yang juga uzur dihempap pokok.

Jingga13 Kemaman dan Gerak98 Terengganu berkongsi rezeki menyumbang kepada keluarga daif ini. Terimakasih juga kpd JKM yg melawat dan mengambil tindakan susulan. 





Jika sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah menghubungi Sdr Wan Anies Wan Adenan , Koordinator Jingga13 Kemaman di talian 0199178581 .

Wednesday 30 December 2020

TAHNIAH !!!! JINGGA13 KLUANG TERIMA SIJIL PENGHARGAAN DARI HOSPITAL ENCHE BESAR HAJJAH KHALSOM KLUANG

Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Kluang menerima sijil penghargaan dari Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom Kluang atas sumbangan yang dihulurkan kepada petugas2 dan juga pesakit2 di hospital berkenaan yang telah diwartakan sebagai hospital Covid-19 Johor.

Jingga 13 Kluang amat prihatin akan kerja keras yang dilakukan oleh petugas2 barisan hadapan terutama kakitangan hospital dalam menangani virus covid-19.

Terima kasih Jingga 13 Kluang ucapkan kepada semua yang terlibat dalam sumbangan tersebut.


#Covid-19

#KitaPastiMenang

#KitaJagaKita

#MuafakatPrihatinBerani

#Jingga13Kluang

Tuesday 29 December 2020

JINGGA13 KLUANG SAMPAIKAN SUMBANGAN BUAT PESERTA BENGKEL KEPIMPINAN JINGGA 13 KLUANG BERSAMA DIWAN REFORMASI

Alhamdulilah..hari ini dapat menunaikan amanah rakan2 yang bersama2 menyumbang bagi meringankan beban Sahabat yang menerima ujian dari Allah SWT.

Sdr Sukri merupakan peserta Bengkel Kepimpinan Anjuran Jingga 13 Kluang bersama Diwan Reformasi yang telah diadakan pada tahun lepas di Kluang.

Hadir dalam majlis ringkas menyampaikan sumbangan, Uncle Wong, KC Simpang Renggam, Sdr Kalytas, KC Kluang, Sdr Khairil, KC Mersing dan juga JK Cabang2 berkenaan.



Terima kasih kepada semua penyumbang dari group wasap Diwan Reformasi, Jingga 13 Johor, Gerak98 Johor dan juga Media Johor.

Monday 28 December 2020

JINGGA13 PERLIS ZIARAH MANGSA KEBAKARAN DAN SAMPAIKAN SUMBANGAN YB NOOR AMIN MP PKR KANGAR

Tanggal 27 Disember 2020 , Jingga 13 Perlis meluangkan masa menziarahi mangsa kebakaran dan menyampaikan sedikit sumbangan dari Ahli Parlimen Kangar YB Noor Amin Ahmad di Kampung Chantek Bangun DUN Guar Sanji.

Turut bersama ialah Koordinator Jingga 13 Negeri Perlis merangkap Penyelaras Jingga 13 Arau Sdr H.Rizal Hassan, Sdr Nashriq Timbalan Koordinator Jingga 13 Perlis mewakili AMK Perlis, AJK Jingga 13 Negeri Perlis Sdr Rosmaini dan Sdri Syiha.

Kebakaran berlaku sekitar jam 5.30 pagi tadi turut meragut satu nyawa selain memusnahkan kediaman mereka.









#Muafakat

#Prihatin

#Berani