Friday 6 November 2020

JINGGA13 MALAYSIA BERSAMA 60 NGO DAN PERTUBUHAN MASYARAKAT SIVIL SERAH MEMORANDUM SUARA RAKYAT KEPADA AHLI- AHLI PARLIMEN

 Jingga13 Malaysia bersama 60 Badan Bukan Kerajaan (NGO ) dan Pertubuhan Masyarakat Sivil telah menyerahkan memorandum suara rakyat mahukan kolaborasi politik ke arah kesejahteraan negara  kepada Ahli Parlimen yang diketuai oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) di Perlimrn pada jam 11 pagi hari ini , 6 November 2020 .

Berijut adalah memorandum tersebut : 

MEMORANDUM KEPADA AHLI-AHLI PARLIMEN

5 November 2020

PERTUBUHAN BADAN BUKAN KERAJAAN DAN PERTUBUHAN MASYARAKAT SIVIL MEMBAWA 

SUARA RAKYAT YANG MAHUKAN KOLABORASI POLITIK DEMI KESEJAHTERAAN NEGARA

Negara kini sedang bergelut melawan gelombang ketiga wabak COVID-19 yang masih belum ada 

tanda untuk reda. Negara juga berhadapan dengan kegawatan ekonomi yang amat ketara kesan 

daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini dan Perintah Kawalan Pergerakan 

Bersyarat (PKPB) yang kini dikuat kuasa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, 

Selangor dan Sabah.

Bank Dunia dalam laporan terbaru telah meramalkan bahawa ekonomi Malaysia akan 

menguncup sebanyak 3.1 peratus pada tahun 2020. Pengangguran memuncak pada bulan Mei 

2020 dengan kadar 5.3 peratus, paling tinggi dalam tempoh 27 tahun. Pelaksanaan PKPB di 

beberapa negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dikhuatiri akan merencatkan proses 

pemulihan ekonomi walaupun kadar pengangguran pada bulan Ogos telah menurun sedikit ke 

4.7 peratus. 

Malaysian Institute of Economic Research (MIER) menganggarkan sekitar 2.4 juta orang bakal 

berhadapan risiko dibuang kerja, manakala hampir tiga juta orang yang bekerja sendiri (self￾employed) khususnya yang berada dalam sektor makanan, pelancongan dan pertanian terdedah 

kepada risiko pengurangan pendapatan. Ringkasnya, cabaran getir dijangka akan terus 

menjejaskan kehidupan rakyat. 

Sejak pengambilalihan kuasa melalui ‘Langkah Sheraton’ pada Februari 2020 sehingga kini, iklim 

politik negara terus panas dan bergolak. Kedudukan kerajaan sekarang dengan majoriti tipis 

sentiasa tercabar keabsahannya dan terancam dengan undi tidak percaya. Rundingan demi 

rundingan untuk kekal berkuasa atau mengambil alih kuasa menjadikan kerajaan sekarang 

sebuah kerajaan yang tidak stabil seperti telur di hujung tanduk. 

Kerajaan hari ini dilihat tidak berjaya berfungsi dengan berkesan dalam menangani masalah yang 

sedang dihadapi oleh negara. Kerajaan gagal merangka dasar-dasar baharu yang tepat dan 

bertindak melaksanakannya dengan cekap dan berkesan. Rakyat amat kecewa dengan kemelut 

politik dan perebutan kuasa yang keterlaluan dan berlarutan tatkala kehidupan mereka 

terhimpit. 

Realiti ini memerlukan intervensi segera dan luar biasa daripada sebuah kerajaan yang stabil 

untuk memacu negara menghadapi cabaran besar yang melanda. 

Pembentangan Belanjawan 2021 adalah agenda penting untuk negara. Rakyat mengharapkan 

Belanjawan 2021 yang luar biasa bagi mengatasi situasi luar biasa yang sedang mereka hadapi.


Belanjawan ini perlu dibahaskan dengan tuntas oleh semua ahli parlimen daripada kedua-dua 

belah pihak bagi mencapai satu kata sepakat dalam melaksanakan yang terbaik untuk rakyat dan 

negara. 

Semua ahli parlimen perlu mengetepikan kepentingan peribadi dan perbezaan pandangan 

politik. Kepentingan negara dan rakyat mesti menjadi keutamaan terpenting. Belanjawan 2021 

yang diluluskan kelak perlu dipantau oleh semua pihak bagi memastikan pelaksanaannya dibuat 

dengan telus dan berkesan bagi membuahkan hasil yang terbaik.

Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan dan Pertubuhan Masyarakat Sivil di Malaysia:

Menyedari:

(i) Hakikat bahawa negara kini sedang melalui situasi yang amat sukar dan kritikal dalam 

gelombang ketiga wabak COVID-19 dan kemelesetan ekonomi.

(ii) Kehidupan rakyat amat tertekan dengan cabaran wabak dan keupayaan untuk meneruskan 

kelangsungan hidup. 

(iii) Kesejahteraan institusi keluarga pula terjejas menyebabkan tekanan mental dan memberi 

kesan terhadap pendidikan dan pembelajaran anak-anak. (Kajian terkini UNICEF dan UNFPA 

mendapati keluarga miskin di Kuala Lumpur berada pada situasi lebih teruk selepas berlakunya 

wabak COVID-19, manakala kanak-kanak miskin berisiko untuk berhenti sekolah kerana faktor 

kewangan dan psikologi). 

Menerima:

(i) Hakikat bahawa kedudukan kerajaan dengan majoriti tipis seperti sekarang akan sentiasa 

tercabar keabsahannya dan terancam dengan perebutan kuasa yang berterusan menyebabkan 

kerajaan terus tidak stabil dan tidak upaya untuk menangani kemelut yang berlaku. 

(ii) Ketidakpastian akan pihak mana daripada kalangan parti politik yang mempunyai bilangan 

angka majoriti selesa untuk membentuk kerajaan, sedang pilihan raya mengejut (snap election) 

bukanlah jalan penyelesaian terbaik buat masa ini, malahan ia dijangka membawa lebih banyak 

kemudaratan.

(iii) Negara memerlukan pemimpin yang berwibawa yang boleh membawa kepada pembinaan 

kerajaan yang stabil dan bersifat lebih inklusif dengan melibatkan semua pemegang taruh utama 

dan tenaga pakar negara .


Maka, Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan dan Pertubuhan Masyarakat Sivil di Malaysia yang 

tersenarai di bawah dengan ini menggesa dengan tegas supaya:

1. Ahli-ahli politik segera menamatkan kemelut politik yang melanda dan berusaha 

mengembalikan kestabilan kerajaan berlandaskan lunas undang-undang negara melalui tatacara 

di parlimen. 

Kepentingan rakyat dan negara perlu menjadi pertimbangan paling utama dalam mencapai kata 

sepakat dalam kalangan ahli-ahli politik. 

Kepimpinan negara hendaklah diterajui oleh mereka yang benar-benar berwibawa, ikhlas, 

bermaruah, berintegriti dan kompeten dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang 

diberi oleh rakyat.

2. Ahli-ahli parlimen, dengan menghormati mandat rakyat, perlu berusaha mencapai Perjanjian 

Kerjasama mengenai Belanjawan 2021 berasaskan rundingan, perbincangan serta kerjasama 

antara ahli-ahli politik daripada pihak pemerintah dan pembangkang, dan berlaku dengan 

komitmen kepada prinsip-prinsip berikut:

(a) Ketelusan (transparency)

(b) Tadbir urus yang baik (good governance) 

(c) Reformasi institusi (institutional reform)

(d) Penyelesaian masalah seluruh rakyat 

3. Memastikan pelaksanaan Belanjawan 2021 berlaku secara inklusif dengan menggabungkan 

bakat-bakat terbaik daripada kalangan ahli-ahli parlimen kedua-dua belah pihak merentasi parti; 

golongan profesional, teknokrat, pakar bidang dan mereka yang berpengalaman untuk menerajui 

kerajaan.

4. Perdana Menteri dan barisan kabinet melaksanakan Belanjawan 2021 dengan memberikan 

keutamaan menjayakan aspirasi rakyat dan memulihkan ekonomi tanpa terikat kepada 

kepentingan parti politik. Manakala, kakitangan awam pula hendaklah berkhidmat secara 

profesional tanpa gangguan, pengaruh dan ugutan politik. 

5. Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan dan Pertubuhan Masyarakat Sivil di Malaysia sebagai sektor 

ketiga selepas sektor kerajaan dan swasta dilibatkan dengan lebih tersusun dalam usaha 

pembinaan semula negara dan dalam memantau keberkesanan pelaksanaan polisi dalam 

menjaga kepentingan dan kesejahteraan rakyat.


MEMORANDUM ini disokong oleh:

1

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

2

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

3

BDS Malaysia

4

BERSIH 2.0

5

Dewan Perhimpunan China KL & Selangor (KLSCAH)

6

Dewan Perhimpunan China Negeri Sembilan

7

Friends of Kota Damansara

8

Gabungan Persatuan Pendidikan Islam Malaysia (GaPIM)

9

Hidayah Centre Foundation (HCF)

10

Iman Research

11

Inisiatif Pengislahan Pendidikan Nasional (IPPN)

12

Interactive Musliman Association (IMAN)

13

Jingga13 Malaysia

14

LLG Cultural Development Centre (LLG)

15

MAHABBAH Malaysia

16

Majlis Pengetua Guru Besar Sekolah- Sekolah Islam Malaysia (MPGBSIM)

17

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)

18

Muslim Professional Forum (MPF)

19

Muslimah Interest Zone and Networking Associations KL (MIZAN)

20

Otai Reformis 1998

21

PACOS Trust

22

Pendidikan IKRAM Musleh

23

Persatuan Akademia IKRAM Malaysia

24

Persatuan Belia HARMONI Malaysia

25

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

26

Persatuan Kumpulan Serikandi Inovatif Malaysia (PAKSI)

27

Persatuan Patriot Kebangsaan (PATRIOT)

28

Persatuan Pemangkin Pengguna Digital (PPPD)

29

Persatuan Penduduk Petaling Jaya (MyPJ)

30

Persatuan Profesional Kewangan Muslim Malaysia

31

Persatuan Saintis Muslim Malaysia (PERINTIS)

32

Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia (SRR)

33

Persatuan Upaya Dhuaafa Peduli Masyarakat

34

Pertubuhan Al-Nur Negeri Kelantan

35

Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia (GRASS)

36

Pertubuhan Iqra Malaysia

37

Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim seMalaysia

38

Pertubuhan Kebajikan ADIWARNA Johor

39

Pertubuhan Kebajikan Belia Peduli

40

Pertubuhan Kesejahteraan Psikospiritual Malaysia (PKPM)

41

Pertubuhan Malaysia Membanteras Pornografi

42

Pertubuhan Mawaddah Malaysia

43

Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (Pemuda GEMA)

44

Pertubuhan Pendidikan Progresif Kuching

45

Pertubuhan Penulis Isu Isu Wanita Nasional (PENAWAN)

46

Pertubuhan Sisa Hijau Selangor (Green Waste Selangor)

47

Pertubuhan Solidaritas

48

Pertubuhan Suara Prihatin Malaysia

49

Projek Wawasan Rakyat (POWR)

50

Rumah Teratai

51

Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)

52

Sukarelawan Bina Negara

53

Tamil Foundation

54

Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)

55

Tindak Malaysia

56

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

57

Women's Aid Organisation (WAO)

58

Yayasan Ikram Malaysia

59

Community Enpowerment Initiative Sabah (CEI)

60

Persatuan Kebajikan Aafiyah Shah Alam (Aafiyah)

Tuesday 3 November 2020

JINGGA13 KLUANG ZIARAH KASIH KELUARGA ALMARHUM KOMRAD ABANG JAMAN DI FELDA ULU DENGAR

Hari ini 3 November 2020 ,  Jingga13 Kluang berkesempatan melawat keluarga Arwah Abg Jaman bin Ibrahim di Felda Ulu Dengar, Kluang.

Arwah Abg Jaman meninggal dunia pada hari ahad yang lepas setelah terlibat dalam kemalangan jalanraya semasa sedang  bertugas.



Arwah Abg Jaman merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat Cabang Sembrong dan pernah mengikuti Bengkel Kepimpinan Diwan Reformasi anjuran Jingga 13 Kluang di Primy City Hotel.

Mengucapkan takziah kepada keluarga arwah dan juga menyampaikan sumbangan dari rakan2 yang prihatin.



Hadir bersama2 , Sdr Sukri yang merupakan rakan sebilik arwah sewaktu mengikuti bengkel tersebut, Haji Kosran, Ketua Ranting Keadilan Felda Ulu Dengar dan rakan2 seperjuangan.

Al Fatihah (dibaca) kepada Arwah En Jaman bin Ibrahim, semoga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman hendaknya..aamiin


#MuafakatPrihatinBerani

JINGGA13 MALAYSIA TURUT BERSAMA GABUNGAN NGO BUAT LAPORAN POLIS INDIVIDU DERHAKA SAMAN YDP AGONG

Jingga13 Malaysia turut bersama Gabungan NGO yang dipimpin  oleh NGO Veteran Tentera membuat lapora polis dan sidang media mengesa pihak polis bertindak menyiasat penghinaan oleh beberapa individu dan yang  menyaman DYMM Yang Di Pertuan Agong dalam isu penolakkan Baginda dan Raja-Raja Malayu terhadap cadangan dan pengisytiharan darurat oleh Perdana Memteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di IPD Dabg Wangi , Kuala Lumpur , jam 2.00 petang hari ni. 




Turut hadir mewakili Jingga13 Malaysia ialah Sdr Afzainizam Abd Rahman , Setiausaha Jingga13 Malaysia dan Ahli Sekretariat Jingga13 Malahsia sdr Affendi Hj Abbas serta beberapa orang anggota jingga13 Selangor .

Gabubgan NGO yang menyatakan persetujuan bersama ialah : 

1.  GRVATM 

2.  MJMM

3.  GMPN 

4. REFORMIS 

5. IRIMM

6. ARC

7. GEGAS

8. KIPIDAP

9. KMN

10.MBM

11.Kebajikan Warisan Taqwa.

12.PERMAS

13.Persatuan Veteren Tentera Daerah Gombak.

14.Jingga13 Malaysia

15. Persatuan Kebajikan Makmur Kuala Lumpur dan Selangor 














Sunday 1 November 2020

JINGGA13 KLUANG DAN PKR KLUANG RAIKAN 10 KELUARGA INDIA MENERIMA SUMBANGAN SEMPENA HARI DEEPAVALI

Hari ini, Jingga 13 Kluang bersama Parti Keadilan Rakyat Cabang Kluang menyampaikan sumbangan barangan makanan kepada 10 keluarga India dalam Parlimen Kluang.

Memilih 2 tempat bagi menyampaikan sumbangan, 5 Keluarga disampaikan di Kg Mengkibol yang diuruskan oleh Sdr Murty dan 5 keluarga pula disampaikan di Pejabat Keadilan Kluang yang diuruskan oleh Sdri Jyanti.

Hadir menyampaikan sumbangan, Sdr Jaafar Koordinator Jingga 13 Kluang, Sdr Kalytas Ketua Cabang Kluang dan juga ajk2 Jingga 13 dan Cabang Kluang.

Ucapan terima kasih kepada SV Prohealth Pharmacy Sdn Bhd yang menaja barangan sumbangan dan juga semua yang terlibat.

Semoga dengan sumbangan ini, dapat meringankan sedikit beban keluarga tersebut dalam menyambut Perayaan Deepavali yang menjelang tiba.


#MuafakatPrihatinBerani

#DemiRakyatJohor

#KeadilanUntukSemua