Tuesday 1 September 2020

JINGGA13 PERLIS WAKILI MP KANGAR ZIARAH ADIK AIDA DERITA KANSER DAN SAKIT BUAH PINGGANG PERLUKKAN SUMBANGAN UNTUK KOS PERUBATAN

Tanggal 31 Ogos ini,  Pertubuhan Kebajikan Jingga13 Negeri Perlis, juga mewakili YB Parlimen Kangar telah menziarahi anak abg Rashid iaitu kakak Aida Suhani di Kampung Sena Hujung, Kangar, Perlis yang kini mengidap penyakit kanser tahap 4 dan masalah buah pinggang dimana memerlukan bantuan dan sumbangan orang ramai bagi meringgankan kos perubatan. 


Turut bersama menziarah pesakit ialah En. Shukri Mat Hassan Pengerusi Persatuan Penduduk Tok Peduka yang mewakili YB ADUN Sena sedikit sebanyak ia dapat mengurangkan beban penderitaan yang dialaminya, malah membantu menyembuhkan sakitnya dengan keizinan Allah SWT atas iringan doa kita.




Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Public Bank 6866950510  (Aida Suhani  binti Abd. Rashid )

#MuafakatPrihatinBerani 
#DemiRakyatSena 
#SenaSelamatSihatSejahtera 

Monday 31 August 2020

Jingga13 Perlis Bantu Melancarkan Program Edaran Pelitup Muka Dan Jalur Gemilang Parlimen Kangar.

Tanggal 30 Ogos 2020 , Bersempena Menyambut Hari kemerdekaan Malaysia yang ke 63, Program edaran Pelitup Muka Dan Jalur Gemilang diteruskan bagi menyemarakkan lagi semangat cintakan negara. 

Hari ini Jingga13 Negeri Perlis, sekali lagi turun padang melakukan serahan Jalur Gemilang Dan Facemask bersama Yb Tuan Noor Amin Ahmad, Ahli Parlimen Kangar, di dua dun iaitu Sena Dan Kuala Perlis. Hadir turut serta YB Asrul, Adun Sena Dan Yb Azam Karap Adun Kuala Perlis.

Program ini juga melibatkan beberapa sukarelewan lain termasuk sukarelawan dari dun dan juga AMK Kangar. 









Sunday 30 August 2020

WAK VC JUARA KEJOHANAN BOLA TAMPAR TERTUTUP KLUANG 2020 ANJURAN JINGGA13 KLUANG BERSAMA ADUN MENGKIBOL .

Tanggal 29 Ogos 2020 , bertempat di gelanggang bola keranjang , Paloh , Jingga 13 Kluang akhirnya dapat juga mejalankan Kejohanan Bola Tampar Tertutup Kluang Tahun 2020. Banyak cabaran yang dilalui untuk kejohanan kali ini.



12 Pasukan mengambil bahagian yang dijalankan dengan format Volleython  dengan final menemukan pasukan WAK VC dan KKYPJ, perlawanan akhir yang berlangsung pada pukul 6.00 petang telah dimenangi olah pasukan WAK VC dengan kiraan mata 31-28.


Terima kasih kepada YB Chew Chong Sin, Adun Mengkibat yang sama2 terlibat dengan memberi sumbangan kewangan dan juga nasihat.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Chew Chong Sin  dengan diiringi oleh YB Shiekh Omar, En Kalytas, Ketua Keadilan Cabang Kluang.













Terima kasih kepada uus setia kejohanan dan juga komrad2 Jingga 13 Kluang. Anda semua memang terbaik


#MuafakatPrihatinBerani