Saturday 11 July 2020

JINGGA13 MALAYSIA BERSAMA GABUNGAB NGO-NGO REFORMIS MALAYSIA (GRM) MENYOKONG DS ANWAR SEBAGAI PM9

Kenyataan Media
11 Julai 2020

GABUNGAN NGO-NGO REFORMIS MALAYSIA (GRM) MENYOKONG PENUH DSAI SEBAGAI PM9


Kami, menyokong penuh keputusan Majlis Presiden PH pada 6 Julai 2020 yang komited dengan pendirian asal YB DSAI sebagai calon PM9 Malaysia. Ini selaras dengan aspirasi majoriti perjuangan rakyat sejak dari awal melalui gerakan reformasi selama lebih 20 tahun.

Kami berpendirian dalam merungkai dan menyelesaikan kemelut negara hari ini, semua pihak mestilah kembali kepada kerangka besar GERAKAN REFORMASI yang dipertegaskan dalam Deklarasi Permatang Pauh (1998).

Kami menyeru agar diperkukuhkan persefahaman semua pihak samaada parti-parti politik, NGO-NGO masyarakat madani, agensi kerajaan, pemimpin perniagaan dan lain-lain dalam memperkasa agenda dan kebajikan rakyat, mewujudkan kestabilan politik, memperkukuhkan keselamatan negara serta merangsangkan semula ekonomi terutamanya kesan COVID 19.


MUSTAFFA KAMIL AYUB
Presiden,
Persatuan Rapat Rakyat (RAPAT).

DR BADRUL AMIN
Pengerusi,
Pro98 Reformis.

DR IDRIS AHMAD
Pengerusi,
Otai Reformis.

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
Jingga 13 Malaysia.

KHAIRUL ANUAR OTHMAN,
Presiden,
Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (ARM).

BRIG. GEN.(B) DATO ABDUL HADI ABDUL KHATAB,
Presiden,
Pertubuhan Kebajikan Pahlawan Malaysia (PAHLAWAN).

AZIZAN MEMALI
Presiden
Gerakan Reformasi Veteran ATM (GRVATM)

MOHD BUSTAM OMAR
Pengerusi
Persatuan Media Sosial Malaysia (PEMASSA)

EDDIE ARMAN MOHD YUNOS
Pengerusi
Gerak Aktif Sosioekonomi Amal Kebajikan (GASAK).

MEJ (B) RAZALI ALIAS
Presiden
Pertubuhan Gerakan Pejuang Negara Malaysia (GMPN).

Friday 10 July 2020

JINGGA13 KOTA TINGGI SUMBANG PELITUP MUKA DAN SERTAI PROGRAM GOTONG-ROYONG DI SMKSA

Jingga13 Kota Tinggi yang diketuai oleh Sdr Kamaluddin Md Simpol sebagai Koordinator, hari ini telah mencurahkan khidmat sukarelawan turutserta dalam Program Gotong royong yang diadakan di Sekolah Men. Keb. Sultan Alauddin Felda Bukit Besar (SMKSA).




Sempena Kembali Sekolah 15.7.2020 selepas PKPP, pihak sekolah telah melancarkan Program Gotong royong dan Jingga13 Kota Tinggi rasa terpanggil untuk melibatkan diri bersama.



Sdr Kamaluddin Md Simpol juga mewakili pihak Jingga13 telah menyumbangkan Mask Penutup Muka kepada pihak sekolah sebagai bekalan tambahan untuk dimanfaatkan kepada guru dan murid2.


Jingga13 Kota Tinggi sedia berkhidmat kepada pihak SMKSA jika diperlukan pada bila2 masa. Semoga jalinan kerjasama ini akan memberi manfaat kepada kita semua.


#MuafakatPrihatinBerani

Sunday 5 July 2020

Jingga13 Kluang Dan PKR Kluang Sumbang Tongkat Kaki 4 Buat Warga Emas En Shongkoten A/L Nachimuthu

Ahad, 5 Julai 2020 , Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Kluang bersama-dama Parti Keadilan Rakyat Cabang Kluang hari ini melawat dan memberi sumbangan tongkat kaki 4 dan barangan makanan kepada En Shongkoten A/L Nachimuthu yang tinggal di Taman Delima, Kluang


En Shongkoten yang mengalami kecacatan kaki kanan amat2 memerlukan tongkat tersebut bagi memudahkan pergerakannya

Hadir dalam lawatan tersebut, En Jaafar,  Jingga 13 Kluang , En Kalytas, Ketua Cabang Kluang dan juga ajk.



Terima kasih

Muafakat Prihatin Berani

#Jingga13Kluang
#KeadilanKluang
#DemiRakyat