Thursday 18 June 2020

JINGGA13 KOTA TINGGI TURUT SERTA DALAM PROGRAM GOTONG ROYONG SEMPENA NAIK SEKOLAH SELEPAS PKPB

Komrad Jingga13 Kota Tinggi tampil membantu membersihkan kawasan Sek Men Keb Sultan Alauddin, Felda Bukit Besar dalam usaha bergotong royong menjelang pembukaan semula sokalah pada 24 jun 2020 ini.


Pihak sekolah telah bebesar hati menjemput kami, Jingga13 Kota Tinggi bagi membantu program tersebut. Antara kerja² yang dijalankan adalah menebang beberapa batang pokok, menyapu, membersih dan membuang sampah.




Kerja² SANITASI juga dijalankan bersama pihak Bomba. Sebelum itu, kami diberi penerangan awal dan taklimat cara² melaksanakan kerja² berkaitan, mengikut SOP yang sebenar.

Selain bergotongroyong, Koordinator Sdr Kamaluddin Md Simpol dan Timb. Koordinator Jingga13 Kota Tinggi Sdr Noorjepri Jailani juga telah menghulurkan sumbangan Makanan & Minuman serta Tanah Hitam untuk kegunaan aktiviti pertanian di sekolah.




Jingga13 Johor mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada komrad yang terbabit dan yang sudi menyumbang segala bentuk pertolongan bagi menjayakan program tersebut.





#MuafakatPrihatinBerani
#KitaTolongKita
#HentikanRantaianC19

85% TIDAK BERSETUJU TUN DR MAHATHIR SEBAGAI CALON PERDANA MENTERI KE 9

Kenyataan Media
Jingga13 Malaysia

18 Jun 2020

85% TIDAK BERSETUJU TUN DR MAHATHIR SEBAGAI CALON PERDANA MENTERI KE 9

Kemelut pemilihan calon Perdana Menteri ke 9 oleh Pakatan Harapan sewajarnya telah dimuktamadkan dengan mencalonkan  Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiada lagi wujud calon lain lagi selain daripada beliau .

Berdasarkan kepada reaksi spontan daripada undian online yang dibuat oleh Jingga13 Malaysia dalam tempoh 7 jam daripada 2276 orang yang telah membuat undian , 84.67% iaitu 1927 orang menyatakan TIDAK BERSETUJU TUN DR MAHATHIR MENJADI PERDANA KE 9 sekiranya Pakatan Harapan kembali berkuasa.

Justeru Jingga13 Malaysia menolak cadangan untuk mencalonkan semula Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri ke 9 sekiranya Pakatan Harapan kembali semula ketampuk pemerintahan negara. 

Tun Dr Mahathir Mohamad telah diberi peluang sebelum ini dilantik oleh Pakatan Harapan sebagai Perdana Menteri ke 7 . Justeru cadangan mencalonkan semula Tun Dr Mahathir Mohamad adalah sudah tidak relevan lagi dan beliau seharusnya akur dengan memberikan laluan serta sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
Jingga13 Malaysia

Tuesday 16 June 2020

Jingga13 Kluang Sumbangan Tongkat Kaki Empat Kepada En Harun Di Taman Delima Kluang

Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Kluang hari ini menyampaikan sumbangan tongkat kaki 4 kepada En Harun yang mengalami sakit jantung dan tulang


Beliau yang tinggal bersama isteri dan anaknya tidak mampu lagi berkerja dan pergerakannya agak terbatas, diharap dengan sumbangan ini dapat membantu beliau untuk bergerak.


Jingga 13 Kluang mengucapkan ribuan terima kasih kepada insan yang sudi menderma tongkat tersebut untuk disumbangkan kepada En Harun

Muafakat-Prihatin-Berani

Jaafar bin Matek
Koordinator
Jingga 13 Kluang