Saturday 9 May 2020

ARMAN PERLU RM18RIBU UNTUK PEMBEDAHAN PROSTAT, RAYU SUMBANGAN

Komrad Jingga13 Kota Tinggi Sdr Arman bin Sabhan kini menghadapi masalah kesihatan. Beliau dimaklumkan mengidap masalah Prostat yang menyukarkan pembuangan air kecil.


Sebelum ini, beliau merupakan salah seorang komrad Jingga13 yang aktif dalam menjalankan kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan.

Beliau juga merupakan komrad yang kerap menyalurkan sumbangan jika diperlukan.

Dalam keadaan beliau ditimpa ujian masalah kesihatan ni, banyak khidmat beliau yang telah terhalang. Ditambah lagi, beliau terpaksa menjalani pembedahan dalam masa yang terdekat. Namun atas faktor kekangan kos yang tinggi, beliau terpaksa menangguhkan sementara.



Pihak kami dimaklumkan bahawa kos pembedahan menelan belanja sebanyak RM 18,000. Ini adalah satu jumlah yang tinggi dan beliau memohon jasa baik kita semua agar dapat membantu beliau.



Hulurkanlah sumbangan anda terus ke account beliau. Mudah-mudahan setiap sumbangan anda dapat membantu meringankan kos perbelanjaan pembedahan tersebut.

Nama: Arman bin Sabhan
No Acc: 151164254100
Maybank.

Jingga13 Kota Tinggi mengucapkan ribuan terimakasih atas sumbangan yang anda hulurkan. Moga Allah membalas kebaikkan yang anda hulurkan.

Terimakasih.

Friday 8 May 2020

SALAM TAKZIAH DARIPADA JINGGA13 MALAYSIA DI ATAS PEMERGIANNYA ALMARHUM TUAN GURU DATUK USTAZ ISMAIL KAMUS ... AL-FATIHAH


Seluruh warga Jingga13 Malaysia merakamkan salam takziah kepada keluarga Almarhum Tuan Guru Datuk Ustaz Ismail Kamus yang telah pulang kerahmatullah pada jam 12.31 malam tadi .

Allahuakbar.... Kematiannya di malam Jumaat 15 Ramadhan yang mulia. Semoga Allah merahmati roh Almarhum Tuan Guru. Sungguh, kita telah kehilangan satu lagi permata ummah!" Al Fatihah




Thursday 7 May 2020

AGIHAN BUBUR LAMBUK DARIPADA JINGGA13 KLUANG DISUMBANGKAN OLEH PASARAYA SONGMART UNTUK WARGA KLUANG

Hari ini ( 7/5/2020 ) Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Kluang menerima sumbangan Bubur Lambuk dari Pasaraya Songmart untuk diagihkan dalam kawasan Kluang.





Sebanyak 200 bungkus telah diagihkan dengan hantar terus dari rumah ke rumah dan juga diberikan kepada komrad2 untuk diagihkan di kawasan kediaman masing2


















Terima kasih kepada Pasaraya Songmart dan semua yang terlibat.

Muafakat-Prihatin-Berani

Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Kluang

Wednesday 6 May 2020

JINGGA13 PERLIS AGIHKAN SUMBANGAN 100 PEK JUADAH BERBUKA PUASA KEPADA PENGHUNI RUMAH SERI KENANGAN

KANGAR, 5 Mei 2020 (12 Ramadan 1441H) . Alhamdulillah, Pertubuhan Kebajikan Jingga13 Malaysia negeri Perlis telah menyediakan juadah berbuka puasa untuk diagihkan kepada kira-kira 100 orang penghuni Rumah Seri Kenangan di Kompleks Penyayang Dr. Siti Hasmah, Jejawi, Perlis


Kebanyakan penghuni adalah warga emas yang terdiri dari pelbagai kaum dimana seramai 65 orang adalah melayu.



Juadah yang disediakan adalah Nasi Putih Gulai Ayam dan sayur taugeh. Selain itu, Jingga13 Perlis juga menyerahkan barangan keperluan dapur bernilai RM200 kepada pengurusan Rumah Seri Kenangan. Sumbangan telah disampaikan oleh Yang Berhormat Tuan Noor Amin bin Ahmad, Ahli Parlimen Kangar bersama Koordinator Jingga 13 Negeri Perlis  saudara Hasparizal Hassan, Timbalan Koordinator Mohd Nashriq , Ketua Jinggawan Dzairi Asrul  dan Bendahari Jingga 13 Perlis Nur Liyana.





Dikesempatan ini, Jingga13 Perlis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli jawatankuasa yang turut sama menyediakan juadah berbuka ini iaitu Azura Ismail dan Baharudin  Rasni jutaan terima kasih. Tidak lupa diucapkan ribuan terima kasih kepada YB Tuan Noor Amin Ahmad diatas peruntukan yang diberikan dalam menjayakan program ini.



Insyaallah, pelbagai program sumbangan lagi akan  kami jayakan sepanjang bulan ramadan ini.

Terima kasih.

Tuesday 5 May 2020

MAKLUMAN DATIN SOHEILLA BUKAN LAGI KOORDINATOR JINGGA13 MUAR

Perhatian!!!

Untuk makluman semua komrad, Datin Sohella Mahmod tidak lagi menjadi Koordinator Jingga13 Muar. Kerana tindakan beliau keluar parti dan melepaskan semua jawatan dalam PKR termasuk dalam Jingga13 Muar.

Hari ini dia mengumumkan menyertai Penggerak. Oleh itu, beliau telah saya pecat dan bukan lagi sebahagian daripada keluarga Jingga13, berkuatkuasa dengan serta merta.

Harap maklum.


Zabidie Abas
Koordinator Jingga13 Johor

Bagi pihak Jingga13 Malaysia merakamkan jutaan terima kasih di atas konitmen beliau sepanjang menjawat jawatan Koordinator Jingga13 Muar.  Semoga Allah membalas jua.

Fariz Musa
ketua Koordinator
Jingga13 Malaysia

Sunday 3 May 2020

JINGGA 13 KEDAH TERUSKAN MEMBERI SUMBANGAN KEPADA 10 ASNAF DI KAWASAN BALING

Pada 02/05/2020,Jingga 13 Kedah berkesempatan utk menyantuni 10 orng asnaf di kawasan Baling, Kedah berupa  barangan keperluan harian dan kuih-muih untuk berbuka puasa.






Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat dati Pulau Pinang yang telah menyumbang bagi menjayakan program tersebut . Tidak lupa juga kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau pun tidak langsung , semoga Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas budi baik semua . 






Jingga 13 Kedah sekali mengucapkan terima kasih kepada semua dan diharapkan sumbangan tersebut dapat meringan dan mebgembirakan mereka terutama terkesan daripada Covic -19 serta yang turut membantu dalam menjayakan Jingga 13 Kedah.





JINGGA13 KLUANG SAMPAIKAN BUAH-BUAHAN SERTA TOPENG HIDUNG DAN MULUT KEPADA MASYARAKAT DI KLUANG

Pada 3/5/2020 , Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Kluang menerima sumbangan Buah Jambu Batu , Buah Naga dan Face Mask untuk diagihkan kepada masyarakat dalam Parlimen Kluang.






Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Komrad Jaafar, Rosli, Teh Ben Siang dan juga rakan yang menyumbang buah-buahan tersebut.






Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Kluang sangat berterima kasih kepada semua yang telah menyumbang. Jingga 13 Kluang juga sangat2 mengalukan mana2 individu yang ingin menyumbang barang2 mahupon wang tunai, insha allah Jingga 13 Kluang akan memastikan setiap sumbangan sampai kepada yang memerlukan


















Muafakat-Prihatin-Berani

Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Kluang

#StayAtHome