Hari ini 18 April 2020 . Jingga13 Kedah bersama Bekas Pelajar Sek Kebangsaan Bayan Lepas (SKBL) Penang Pulau Pinang menyampaikan sumbangan barang makanan dan keperluan harian kepada 40 orang asnaf di kawasan Baling , Kedah ..
Semoga sumbangan tersebut dapat meringankan bebanan mereka khususnya dalam suasana berdepan dengan PKP dan Covic-19.
Saturday 18 April 2020
JINGGA13 KLUANG HULURKAN SUMBANGAN BARANGAN MAKANAN UNTUK 4 KELUARGA DI TAMAN RIA KAHANG
Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Kluang menyampaikan sumbangan barang makanan kepada 4 keluarga di Taman Ria Kahang
Semoga dengan sumbangan yang tak seberapa ni dapat meringankan beban keluarga tersebut yang terkesan dengan PPK.
Muafakat-Prihatin-Berani

Friday 17 April 2020
JINGGA13 PERLIS SANTUNI 2 FAMILI YANG TERKESAN KERANA PKP
Tanggal 15/4/2020 , Jingga13 Perlis turun menziarahi 2 buah keluarga di dalam DUN Bintong.
Rumah pertama yang kami hantar bantuan di Jalan Sungai Batu Pahat sebuah keluarga terputus makanan kerana suami tidak boleh bekerja sepanjang PKP.
Encik Sasunizam dan Puan Beardawati tinggal bersama 4 org anaknya yang masih kecil.
Dengan pendapatan sebanyak 900 sebulan dan hanya bekerja sebagai buruh binaan apalagi pekerjaan terpaksa dihentikan akibat PKP.
Menurut mereka bantuan prihatin nasional yang akan menerima Rm1000 bulan ini mereka tidak dapat diterima akibat sebelum ini mereka menerima bantuan tersebut melalui voucher dan ditebus di bank kerana isteri tiada akaun bank.
Tetapi apabila mereka ke bank,difahamkan pihak bank mengatakan mereka hanya akan menerima wang bantuan tersebut selepas PKP berakhir.Ramai golongan susah menghadapi masalah sebegini.
Rumah Kedua yang kami pergi adalah Kg Abi Padang Machang rumah Encik Norizan yang hanya berkerja mengambil upah di bendang dan berpendapatan sebanyak Rm750 sebulan.
Encik Norizan tinggal bersama 4 org anak yang masih kecil. Dalam tempoh pkp sekarang Encik Norizan mengambil peluang menjual ikan sayur dan sebagainya untuk menampung perbelanjaan harian mereka sekeluarga.
Mereka menghubungi wakil Jingga13 dan kami telah menyalurkan sedikit bantuan barang makanan kepada beliau.
Kelmarin 2 buah keluarga ini telah disantuni oleh wakil Jingga 13 bagi meringankan sedikit beban mereka dalam tempoh PKP yg berlangsung sekarang ini.Semoga dengan sedikit bantuan ini dapat menampung keperluan dapur mereka sebelum menerima bantuan atau sumbangan daripada pihak yang dipertanggungjawapkan.
#Muafakat
#Prihatin
#Berani

Thursday 16 April 2020
48 KELUARGA DALAM PARLIMEN SEMBRONG MENERIMA SUMBANGAN JINGGA 13 KLUANG
Hari ini, Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Kluang turun ke kawasan Sembrong, sumbangan tertumpu di DUN Kahang, Felda Ulu Penggeli, Pekan Kahang dan juga Kg Sri Lukut tanpa mengira bangsa.
Sumbangan berupa barangan makanan diharap dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung penerima kesan dari wabak Covid-19.
Sumbangan juga dihulurkan bagi Pasukan Barisan Hadapan, PDRM Kahang dan telah disampaikan di Balai Polis Pekan Kahang.
Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 mengucapkan jutaan terima kasih kepada penderma terutama En Onn Abu Bakar, Mantan Calon Parlimen Sembrong dan juga penderma2 yang lain bagi menjayakan sumbangan ini.
Sumbangan telah disampaikan terus ke rumah penerima, terima kasih kepada Sdr Nasir, Ketua AMK Sembrong bersama AJKnya, Mr Lim Mantan Ketua Masayrakat yang turut bersama2 dan juga Komrad2 Jingga 13 Kluang, sememangnya kamu semua adalah yang terbaik.
Tidak dilupakan, terima kasih kepada Anggota Polis yang merupakan Barisan Hadapan yang memberi kerjasama yang amat baik bagi melancarkan lagi agihan sumbangan.
Muafakat-Prihatin-Berani
Jaafar bin Matek
Koordinator Jingga 13 Kluang
Liaw Kim Juan
Rosli Safie
Johan Arif
Teh Beng Siang
Shila Borhan
AJK Jingga 13 Kluang
#Covid19
#PKP
#StayAtHome
#JanganPutusAsa
#KitaMestiMenang
#InshaAllah

Subscribe to:
Posts (Atom)