Saturday 21 March 2020

JINGGA13 CAMERON HIGHLAND SANTUNI FAMILI ASNAF SDR ROSLAN DI FELDA SUNGAI KOYAN 1

 Jingga 13 Cameron Highlands Pahang 21.03.20 telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM400 untuk keluarga asnaf Sdr Roslan bin Che Awang yang mempunyai 4org anak kecil dan masih bersekolah bertempat di Felda Sungai Koyan 1 .


Beliau juga telah menjaga ayahnya warga emas yangg uzur..Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga ini..



Sumbangan telah disampaikan oleh sdr Amizudin Ahmat aka Ayah Din , Bendahsri Jingga13 Malaysia. Jingga13 Caneron Highland  merakamkan terima kasih kepada Ayah Din kerana bersusah payah datang ke Felda Sungai Koyan 1 untuk melawat keluarga asnaf tersebut. .







Monday 16 March 2020

JINGGA13 NEGERI SEMBILAN ZIARAH 6 ASNAF MISKIN, OKU DAN IBU TUNGGAL

Alhamdulillah...syukur kepada Allah kerana mengizinkan Jingga13 Negeri Sembilan turun padang menzirahi ibu tunggal, OKU n asnaf hari ini...

Jingga1+ Negeri Sembilan juga merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada komrad yang sudi turun padabg bersama2 menziarahi. dan mrnghulurkan sedikit sumbangan bagi neribgankan bebanan mereka.

Terima kasih kepada saudara Kamal, Shafiq, Saudara Khairudin n Saudari Mastura .

Berikut adalah beberapa asnaf yang telah diziarahi :






1) Seorg ibu tunggal bernama Rozian bt Md Redzuan di Rumah Rakyat Permatang Pasir yang telah kematian suami 3 bulan lepas kerana sakit kronik . Beliau juga mempunyai seorang anak OKU berusia 10 tahun yang juga penghidap penyakit Tibi dan terpaksa menggunakan pampers . Beliau hanya berharap kepada pencen ilat SOCSO dari arwah suami .





2) Seorg OKU bernama Suboh bin Abd Manaf berlamat di No 27 Rumah Rakyat Permatang Pasir. Beliau juga mengidap asma, batu karang dan katarak yang menyebabkan beliau terpkasa ulang alik ke Hospital Selayang hampir setiap minggu urusan terutama penyakit batu karang yang kronik.




3) Seorang ibu tunggal bernama Pn.  Nor Fazilah yang tinggal di No 43 Rumah Rakyat Permatang Pasir. beliau menyara hidup dengan menjual kuih-muih . Beliau telah memohon bantuan JKM , Baitulmal namun sehingga sekarang gagal tanpa alasan daripada agensi-angensi tersebut . akibat kewangan yang tidak mencukupi rumah sewa beli sudah hmpir 14 bulan tertunggak !!! sebulan RM152 yang perlu dibayar ilrh On Nor Fazilah.  




  
4) OKU fizikal bernama En. Borhan bin Hussin, berlamat di No 104 Rumah Rakyat Permatang Pasir. Beliau menyara hidup dengan bantuan JKM berjumlah RM350 sebulan . Selain hadapi kecacatan fizikal beliau juga penghidap paru2 kecil , di mana setiap bulan wajib ke klinik untuk membuat pemeriksaan dan mendapatkan ubatan.



5) Seorang ibu tunggal bernama Pn.  Norliza yang menetap di Kg. Permatang Pasir. Beliau menyara hidup dengan bantuan JKM RM200 sebulan dan bantuan seorang anak yang bekerja. Pn. Norliza masih ada 2 anak yang masih bersekolah iaitu sekolah menengah dan rendah.




6) Seorang asnaf miskin bernama Pn.  Salbiah bt Ninggal. Merupakan penghidap sindrom radang saraf kronik. Suami beliau hanya kerja kampung yang berpendapatan bawah RM1000 sebulan . Pn.  Salbiah juga mendapat bantuan JKM berjumlah  RM270 sebulan yang hanya dapat menampung ubatan namun tidak mencukupi.  

JINGGA 13 PERLIS SETIA BERSAMA PRESIDEN KEADILAN ANWAR IBRAHIM.

Kenyataan Media
Jingga13 Perlis

15 Mac 2020

JINGGA 13 PERLIS SETIA BERSAMA PRESIDEN KEADILAN ANWAR IBRAHIM.

Jingga 13 Perlis hari ini menumpahkan taat setia kepada penaung Jingga 13 Malaysia YB Dato Seri Anwar Ibrahim.

Dengan keluarnya beberapa pimpinan KEADILAN dari cabang Arau pada hari ini , kami anggap sebagai proses untuk membersihkan Parti KEADILAN dari sebarang bentuk pengkhianatan.

Dengan ini terserlah bahawa terdapat dikalangan anggota parti KEADILAN yang 'munafiq politik ' dan  berpura pura menyokong agenda REFORMASI yang dicetuskan Presiden KEADILAN Dato Seri Anwar Ibrahim selama ini.

Dengan ini JINGGA 13 PERLIS tetap bersama seluruh rakyat Malaysia menentang setiap pengkhianatan kepada undi dan mandat yang diberikan kepada PH pada PRU 14 yang lalu.

Khairuddin Mohd Yusof
Koordinator
Jingga13 Perlis

#MUAFAKAT
#PRIHATIN
#BERANI

Sunday 15 March 2020

JINGGA13 PAHANG BERDIRI TEGUH MENYOKONG PRESIDEN , PARTI DAN PENGERUSI MPN KEADILAN PAHANG

Kenyataan Media
JINGGA13 PAHANG

15 Mac 2020

Kami Jingga13 Negeri Pahang dengan ini menyatakan sokongan tanpa berbelah bagi pada Parti KEADILAN Rakyat di bawah YB Dato' Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden Parti dan juga akan berdiri teguh bersama YB Hajjah Fuziah Salleh selaku Pengerusi MPN Negeri Pahang.Disini juga kami ingin menyatakan tiada mana2 ahli Jingga13 Negeri Pahang yang terlibat dalam program pengistiharan keluar parti hari ini dan mereka yang terlibat bukanlah ahli Jingga13 Negeri Pahang.

Ahmad Sharill Ismail
Koordinator Jingga 13 Pahang.

Razali Abu Bakar
Timbalan Koordinator Jingga 13 Pahang.

Isa Ahmad
Koordinator Jingga 13 Bentong.

Haswati Zainal
Koordinator Jingga 13 Cameron Highland.