Saturday 8 February 2020

PENUBUHAN JINGGA13 PONTIAN DIPIMPIN SDR ROSMAN

7hb Januari 2020, Jingga13 Pontian pula ditubuhkan setelah menubuhkan Jingga13 Muar.


Rentetan dari saranan Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia, Sdt Fariz Musa agar mengiatkan penubuhkan Jingga13 di Peringkat Parlimen, maka tertubuhnya PERTUBUHAN KEBAJIKAN JINGGA13 PONTIAN .


Hasil perbincangan santai di kediaman Ketua Kampong Tok Ambok Ghani di Kampong Parit Tengah, Benut telah sepakat dan bersetuju untuk menubuhkan NGO Jingga13 di Pontian.



Koordinator Jingga13 Johor Sdr Zabidie bin Abas hadir menyaksikan perbincangan tersebut dan menyampaikan taklimat penubuhan Jingga13 seterusnya memberikan tunjukajar etika penubuhan. Setelah dipersetujui oleh semua komrad, beliau lantas melancarkan penubuhan PERTUBUHAN KEBAJIKAN JINGGA13 PONTIAN dengan rasminya.

Tahniah kepada Sdr Rosman bin Tahir kerana telah dilantik sebagai Koordinator Jingga13 Pontian. Seterusnya beliau juga telah berjaya membentuk Sekretariat dan Panatia nya.

Seterusnya beliau berazam untuk melaksanakan tanggung jawab yang diamanahkan sebaik mungkin. Pengalaman yang beliau miliki, akan digunakan untuk membangunkan Jingga13 Pontian.


Hadir sama menyaksikan penubuhan bersejarah Jingga13 Pontian ialah Sdr Murad Jailani Timb Kordinator, Sdr Jaafar Matek Setiausaha, Koordinator Jinggawan dan Jinggawanis juga Sdr Kamaluddin Md Simpol dan Ain Nur Shaddiq Panatia Jingga13 Johor.


Semoga dengan tertubuhnya Jingga13 Pontian ini, ianya akan dapat membantu dan membela golongan asnaf, miskin, OKU serta segenap lapisan masyarakat sekitar Pontian.

Berikut afalah Anggota Sekretariat Jingga13 Pontian :

Kordinator :
Rosman Tahir

Timbalan Koordinator:
Mohamad Haidir Hasbullah

Setiausaha:
Nazri Nazrio

Bendahari:
Saiful Ariffin

Jinggawan:
Ambok Jufri

Jinggawanis:
Radziah Jayis

Ahli Jawatankuadsaa:
1: Asmadi
2: Saiful Amti
3: Roslan Aziz
4: Ambok Ghani
5: Aminul Rashid
6: Satesh
7: Abdul rahman.   Hosman
8: Abas Supoh
9: Mohd Fazli
10: Mohd Nizam
11: Md hisham

#Muafakat
#Perihatin
#Berani

JINGGA13 HADIR BENGKEL STRATEGI KOMUNIKASI BERSAMA BRIAN BERRY

Jingga13 Malaysia diwakili Sdr Afzainizam Abd Rahman,  Setiausaha Jingga13 Malaysia dan Sdr Ruben dari Jingga13 Selangor telah menghadiri Bengkel Komunikasi Strategi Bersama Brian Berry anjuran International Republican Institute & Biro Strategi KEADILAN pada 6 Februari 2020 dan telah dirasmikan YB Sim Tze Tzim,  Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat merangkap Timbalan Menteri Agrotani.





Friday 7 February 2020

JINGGA13 CAMERON HIGHLAND DITUBUHKAN , TURUT DISERTAI ORANG ASLI , HASMAWATIE DILANTIK KOORDINATOR

Alhamdulilah Jingga 13 Pahang berjaya menubuhkan Sekretariat Jingga 13 Parlimen Cameron Highland .


Menurut Sdr Shahril , Koordinator Jingga13 Pahang,  "Antara faktor mereka berminat untuk sertai Jingga 13 bila melihat kejayaan Jingga13 menganjurkan Program Bijak Ke Sekolah tempohari dan tertarik dengan kerja keras dan komitmen  yang ditunjukkan khususnya oleh Puan Hasmawatie yang juga merupakan AJK Jingga13 Pahang dalam usaha beliau membantu asnaf dan orang miskin di sana tanpa mengira bangsa dan agama malah dalam Sekretariat Jingga13 Cameron Highland ini juga ada wakil dari orang asli sebagai salah sorang AJK ".

Disertakan senarai penuh Sekretariat Jingga13 Cameron Highland yang di terajui olh Puan Hasmawatie atau lebih dikenali dengan nama Watie.

Koordinator : Haswati BT Zainal@Husin

Setiusaha : Kasmawati BT Mustapha

Bendahari : Siti Norliana BT Abdul Kadir

Jinggawan : Faris bin Hunan

Jinggawanis : Wan Noreliza BT Wan Nor Ahmad

AJK
1.Ahmad Shah bin Abd Rahman
2.Sudir bin Pilok
3.Mazlina BT Mustapha
4.Suzisuzanti BT Atan
5.Rohaida BT Ibrahim
6.Salasiah BT Jaafar
7.Anisa BT Ramli
8.Fazira BT Laksamana


PENUBUHAN JINGGA13 MUAR, DATIN SOHELLA PIMPIN SEKTETARIAT MUAR

Tanggal 6hb Februari 2020: Pertubuhan Kebajikan Jingga13 Johor terus melebarkan sayapnya dengan menubuhkan Jingga13 Parlimen Muar.


Setelah sekian lama merancang dan akhirnya malam tadi persetujuan penubuhan Jingga13 Muar telah dicapai. Dan uniknya Jingga13 Muar, ianya diketuai oleh seorang wanita iaitu Koordinator Datin Sohella Bte Mahmood. Dan kebanyakkan anggota Sekretariat dan Panatia yang dilantik juga adalah majoriti terdiri daripada jinggawanis / wanita.

Menurut Datin Sohella, mereka menubuhkan NGO Jingga13 Muar kerana tertarik dengan gerakan dan aktiviti serta ukhwah atau muafakat dan kerjasama sesama komrad yang begitu terkesan dan menarik minatnya.


Selain itu, beliau berazam untuk menggerakkan Jingga13 Muar ini dengan sebaik mungkin. Antaranya prihatin  terhadap masalah asnaf, golongan miskin, OKU, remaja, warga emas dan golongan golongan yang memerlukan bantuan.


Jingga13 Muar juga akan berusaha menjalinkan hubungan dan kerjasama dengan Ahli Parlimen Muar, Pemimpinan PH, ketua ketua kampung, ketua masyarakat, ketua ketua jabatan termasuk JKM, Baitulmal, Yayasan MPM , Pusat Zakat dan badan² swasta. Beliau mengharapkan sokongan semua pihak agar Jingga13 Muar ini berjaya direalisasikan matlamat penubuhannya.


Majlis Perlancaran Penubuhan Jingga13 Muar telah disempurnakan oleh Zabidie bin Abas selaku Koordinator Jingga13 Johor. Dalam ucapan, beliau telah menyentuh sejarah awal sehinggalah tertubuhnya Jingga13. Seterusnya beliau lebih menitikberatkan agrnda KEPEDULIAN RAKYAT, turun kelapangan, selami suara hati golongan marhaen, berikan bantuan semampu yang boleh dan akhirnya beliau mengucapkan Syabas dan Tahniah seterusnya merasmikan penubuhan PERTUBUHAN KEBAJIKAN JINGGA13 MUAR.



Terima kasih kepada semua sekretariat yang dilantik dan telah menjayakan majlis tersebut.. Turut menjayakan majlis adakah Sdr Murad Jailani Timb Kordinator, Sdr Jaafat Matek Setiausaha dan beberapa panatia dan Jinggawan serta Jinggawanis.




Berikut adalah senarai Sekretariat Jingga13 Muar

KORDINATOR:
DATIN SOHELLA BINTI MAHMOOD

TIMBALAN KORDINATOR:
: YATIN BIN SARPAN

SETIAUSAHA : NUR FAZRIN BINTI ABDULLAH

BENDAHARI : HARLINA BINTI RAMLY

JINGGAWAN : MUHAMMAD TAUFIQ BIN TAHIR AHMAD,

JINGGAWANIS : NORSHIDA BINTI MOHAMAD HALIP

AJK:
SABARIAH BINTI ALI AHMAD
NORMAH BINTI HASSAN
SUHEIZY BINTI AHMAD ISMAIL
MOHAMAD HAPIPI BIN TOHRIKAT
SHUAIDA BINTI ROSLY
MUHAMMAD AZRI BIN AB LATIF
YAHYA BIN SAPAR
MOHD ROZZAMAN BIN MUSA

Monday 3 February 2020

Jingga13 Malaysia di Majlis Makan Malam Insaf Malaysia

Jingga13 Malaysia telah dijemput menghadiri Majlis Makan Malam Insaf Malaysia sempena sambutan 10 tahun Insaf Malaysia sebagai sebuah NGO yang memberikan khidmat bakti membantu orang yang ditimpa kesusahan di dalam dan luar negara. 

Bersama Sdr Ishak Presiden Insaf Mlaaysia

Sdr Fariz Musa,  Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia dan Sdr Afzainizam,  Setiausaha Jingga13 Malaysia bersama Sdr Faizal dan Sdr Aidil daripada Jingga13 Terengganu hadir ke majlis makan malam tersebut yang dihadiri YAB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail,  Timbalan Perdana Menteri Malaysia.



Jingga13 Malaysia merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Insaf Malaysia yang sudi menjemput kami dan akan terus memberikam komitmen bersama Insaf Malaysia dalam kerja-kerja kebajikan yang sebelum Insaf Malaysia banyak membantu Jingga13 Malaysia . Selamat menyambut tahun ke 10 Insaf Malaysia .









JINGGA13 MALAYSIA ADAKAN KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI

Jingga13 Malaysia telah mengadakan Kursus Pengurusan Organisasi Jingga13 Malaysia bertempat di Hype Motorsport Hotel ,  Port Dickson. Negeri Sembilan pada 1 - 2 Febuari 2020.


Menurut Pengarah program Sdr Amizudin Ahmat,  kursus tersebut adalah bagi memperlengkapkan pimpinan sekretriat negeri memahami pengurusan organisasi bagi memantapkan lagi Jingga13 di seluruh Malaysia.




Turut hadir menyampaikan pengisian kursus ialah Sdr Fariz Musa,  Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia,  Sdr Afzainizam,  Setiausaha Jingga13 Malaysia , Sdr Amizuddin Ahmat,  Pengarah Program dan Sdr Nazib Kordinator Jingga13 Sarawak.


Seramai 35 orang komrad seluruh Malaysia terdiri datipada Koordinator , Timbalan Koordinator , Setiausaha dan kepimpinan sekretariat negeri dan parlimen hadir ke kursus tersebut.