Saturday 1 February 2020

BANTAHAN LANTIKAN PENYELARAS PARLIMEN BERA AHLI YANG DIPECAT DARIPADA PARTI

Kenyataan Media
JINGGA13 PAHANG
1 Febuari 2020

BANTAHAN LANTIKAN PENYELARAS PARLIMEN BERA AHLI YANG DIPECAT DARIPADA PARTI

Isu Perlantikan Penyelaras Parlimen Bera yang telah di pecat dari Parti Keadilan Rakyat yang dipercayai di lantik dengan persetujuan seorang menteri.

Berkenaan dengan perkara di atas kami dari JINGGA 13 PAHANG membantah perlantikan Penyelaras Parlimen yang telah di pecat dari Parti Keadilan Rakyat yang di lihat tidak membawa apa-apa agenda Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Harapan serta agenda reformasi itu sendiri.

JINGGA 13 PAHANG agak merasa terkilan dengann perlantikan itu yang di lihat tidak selari dgn pendirian Pakatan Harapan untuk tidak mengulangi seperti apa yang kerajaan terdahulu lakukan yang di lihat seolah-olah mengutamakan kroni untuk kepentingan politik masing masing serta menghina keputusan parti. 

Mufakat *Prihatin*Berani

AHMAD SHARIL ISMAIL
KORDINATOR JINGGA 13 PAHANG

RAZALI BAKAR
TIMB KORDINATOR JINGGA 13 PAHANG.

Friday 31 January 2020

JINGGA13 PASIR GUDANG IRINGI WAKIL AHLI PARLIMEN PASIR GUDANG ZIARAH ASNAF

Jingga13 Pasir Gudang mengiringi wakil Ahli Parlimen Pasir Gudang , Sdr Murad melawat dan menyampaikan sumbangan dari golongan asnaf bgi pihak YB Hassan Karim , Ahli Parlimen Pasir Gudang .




Melawat keluarga asnaf di flat ketapang tmn Rinting




Melawat keluarga asnaf yang isteri nya baru keluar hospital...di flat tasik 64 seri alam



Thursday 30 January 2020

JINGGA13 JOHOR LAWAT KE SEK KEB SEMPANG, TG SEDELI, KOTA TINGGI YANG ALAMI KEROSAKAN AKIBAT BANJIR

Jingga13 Johor yang diwakili oleh koordinatornya Sdr Zabidie Abas, Sdr Rosman Tahir, Pn Mak Intan dan Sdri Ain Nur Shaddiq Zabidie telah membuat lawatan ke Sek Keb Sempang, Tg Sedeli, Kota Tinggi bertemu pihak guru- guru dan PIBG.


Kunjungan kami ini adalah untuk mendapatkan taklimat dari pihak sekolah dan melihat sendiri kerosakan bangunan dan peralatan sekolah akibat banjir.


Menurut YDP PIBG En Menhad, banjir kali ini adalah yang paling besar berbanding sebelum sebelum ini. Peralatan berupa perabut, kerusi meja, almari banyak yang rosak. Termasuk juga peralatan elektrik. PIBG bersama pihak sekolah terpaksa membaiki semula peralatan yang rosak dengan serba kekurangan kerana mereka tidak punya kewangan untuk menampung segala kos tersebut.



Terdapat satu bangunan pasang siap yang bersifat sementara tapi masih digunakan sehingga ke hari ini, turut mengalami kerosakan akibat banjir.

Kehadiran kami, disambut baik oleh mereka dengan harapan agar kami sudi membawa isu ini ke pihak atasan. Ahli Parlimen hanya mendiamkan diri sahaja dan pihak PPD tidak punyai peruntukan yang boleh disalurkan.



Jingga13 Johor menandang serius permasalahan ini dan mengharapkan Kerajaan Negeri dan Exco bersikap perihatin agar dapat menyalurkan bantuan dan peruntukan ke Sekolah ini. Dan kami yakin, ianya bukanlah masalah yang besar bagi kerajaan untuk membantu.

Harap pihak sekolah dan PIBG dapat bersabar seketika, sehingga bantuan dari kerajaan dihulurkan.j






Kordinator Jingga13 Johor
Zabidie Abas

JINGGA13 HADIR FORUM SERANTAU HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI : PEMBINAAN KESATUAN BANGSA

Satu forum telah dihadiri oleh wakil Jingga13 Malaysia, Sdr Afzanizam Abdul Rahman , Setiausha Jingga13 Malaysia dan Sdr Amirul Azhar Mohamad  Rashid, Timbalan Koordinator Penerangan dan Kounikasi Jingga13 Malaysia bertempat di Hotel Acapella, Shah Alam Selangor.


Forum Serantau Hidup Bersama Dalam Budaya Damai: Pembinaan Kesatuan Bangsa ini telah dibentangkan oleh Ahli Kluster Pembinaan Bangsa & Jaringan Antarabangsa, Institut Darul Ehsan (IDE), Prof. Madya Dr Haslinda Abdullah.


Turut menjadi panel pada forum  ini ialah Dr Syed Khairuddin (National University Singapore), Dr Kunto Adi Wibowo (Indonesia) dan Encik Jufitri Joha (Majlis Belia Malaysia).


Program yang bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 4.30 petang ini turut menyentuh pengalaman serantau dalam pembinaan kesatuan bangsa dan hidup damai bersama dalam budaya damai.



Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur iaitu Institut Darul Ehsan di atas jemputan tersebut.