Saturday 25 January 2020

Penubuhan Jingga13 Parit Sulong, Johor dipimpin Tok Fadzil Mushi

Jingga13 Johor terus melebarkan sayapnya dan kali ini Jingga13 Parit Sulong pula telah berjaya ditubuhkan.


Penubuhan ini selaras dengan hasrat Ketua Kordinator Jingga13 Malaysia Senator Sdr Fariz Musa yang menginginkan Jingga13 berkembang dan menubuhkan di peringkat parlimen.



Tujuan utama penubuhannya adalah untuk menjaga kepentingan masyarakat dan membantu kerajaan dalam merealisasikan hasrat dan dasar kerajaan.

Yang menariknya penubuhan Jingga13 Parit Sulong ini adalah mereka dibarisi oleh 13  Ketua ketua Kampong dari kampong kampong disekitar Parit Sulong. Menurut Kordinator nya yang baru dilantik, Tok Fadzil Mushi, penubuhan Jingga13 Parit Sulong ini adalah bertujuan untuk memantapkan pergerakan ketua2 Kampung agar memberi perkhidmatan yang lebih berkesan kepada masyarakat.



Perlantikan jawatankuasa dan panatia berjalan lancar dan harmoni. Tahniah diucapkan atas kejayaan penubuhan Jingga13 Parit Sulong...

Penubuhan Jingga13 Parit Sulong telh dirasmikan Sdr Zabidie Abas,  Kordinator Jingga13 Johor .

Senarai Sekretariat Jingga13 Parit Sulong

Koordinator : Fadzil b. Musri
Tim. Koordinato : Zailan b. A. Hamid
Setiausaha         : Mohd Yazid b. Tumin
Bendahari : Majid b. Yahya
Jinggawan : Muhammad Akmal b. Md Hussin
Jinggawanis : Hamidah bt. Hamsan
Ahli Jawatankuasa :
Mohd  Zaidi b. Mohamed Noh
Nor Eddie b. Jamaludin
Zamri b. Saem
A. Razak b. Haron
Misnan b. Esran
Azman b. Jalil
Nordin b. Markom




Jingga13 Pasir Gudang ziarah prihatin pesakit barah hati

Jumaat 24 Januari, 2020

Team Jingga 13 Pasir Gudang Skuad Seri Alam mengadakan lawatan ke kediaman En. Sabarudin Bin Abdul Malek yang mengidap penyakit Barah Hati tahap 4 di blok X RPSA tasek 64 bagi menyerahkan surat sokongan YB Tuan Hassan Bin Abdul Karim atas permohonan beliau untuk mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kerja Sosial Kebajikan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru..


Turut disampaikan pada pada pertemuan itu ialah sedikit sumbangan tunai daripada NGO Jingga 13 Pasir Gudang serta barangan dapur daripada pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Pasir Gudang..


Sumbangan telah disampaikan oleh En. Hisham Jasman bagi pihak Jingga 13 dan juga bagi pihak pejabat Ahli Parlimen..


Dipertemuan tersebut, En. Sabarudin telah merakamkan ucapan ribuan terimakasih kepada YB Hassan atas keprihatinannya serta kepada NGO Jingga 13 yang menyantuni masyarakat yang memerlukan.

Friday 24 January 2020

Lawatan Muhibah sempena Tahun Baru Cina Jingga13 Kluang dapat liputan akhbar Sin Chew Daily

Jingga13 Kluang terus dikenali di kalangan masyarakat Kluang dan Sembrong di atas pelbagai program yang telah diadakan melibatkan aktiviti kebajikan , sukan dan pendidikan .

Tidak dapat dinafikan Jingga13 Kluang di bawah pimpinan Koordinatornya Sdr Jaafar Matek merupakan Sekretraiat Jingga13 paling aktif dalam Malaysia dan wajar dicontohi oleh sekretariat lain .

lawatan Muhibah Jingga13 Kluang bersama Persatuan Kebajikan Demi Masyarakat Johor sempena sambutan Tahun Cina telah mendapat liputan akhbar berbahasa cina Sin Chew Daily



Thursday 23 January 2020

JINGGA13 MALAYSIA HADIR KE PERSIDANGAN MEJA BULAT REFLEKSI DUA (2) TAHUN REFORMASI

Pertubuhan Akademi Pendidikan Demokrasi dan Kewarganegaraan Malaysia (APDK)telah menjemput Jingga13 Malaysia dan NGO2 ke Persidangan Meja Bulat Refleksi Dua (2) Tahun Reformasi yang bertujuan
menilai prestasi agenda reformasi dan peranan badan masyarakat madani pada 22hb Januari 2020, Rabu , jam 8.00 – 11.00 malam , bertemoat di Hotel De Palma, Shah Alam .


Sdr Afzainizam Abdul Rahman , Setiausaha Jingga13 Malaysia hadir mewakili Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia bersama Koordinator Panatia Pendidikan Sdr Azlin Idris hadir ke Persidangan Meja Bulat tersebut bagi mewakili Jingga 13 Malaysia .

Antara NGO-NGO yang turut hadir ialah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) , Otai Reformasi  , Pro98 Reformis , , Rangkaiann Pengasas Keadilan ( RAPAT ) , Mahasiswa Madani , Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil ( BERSIH 2.0 ) , Seniman  Paksi Rakyat , Anti PPSMI , Akademi Kepimpinan dan Pengurusan , Pertubuhan Pe.idikan Sejahtera , Pertubuhan Salwa Malaysia , Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia , Wadah Mencerdaskan Umat Malaysia dan Gerakan Belia Sedar Malaysia .

Sunday 19 January 2020

KUNJUNGAN MUHIBAH JINGGA13 KLUANG & PERSATUAN KEBAJIKAN DEMI MASYARAKAT JOHOR SEMPENA TAHUN BARU CINA

Persatuan Kebajikan Demi Masyarakat Johor bersama Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Kluang mengadakan kunjungan muhibah kepada 15 keluarga cina sempena Tahun Baru Cina



15 keluaraga dari Tmn Ilham, Kg Gajah dan Sri Lalang yg telah dilawati dengan memberikan sedikit sumbangan berupa buah limau, hamper dan juga angpau.



Turut bersama dalam kunjungan tersebut, En Kalytas yang merupakan Timb Ketua Cabang Kluang dan juga rakan2 yang lain.





Terima kasih

Gong Xi Fat Cai

Jingga13 Kluang dan Persatuan Kebajikan Demi Masyarakat Johor adakan kunjungan muhibah ke pejabat wartawan sempena Tahun Baru Cina

Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Kluang bersama Persatuan Kebajikan Demi Masyarakat Johor membuat lawatan muhibah ke pejabat akhbar berbahasa cina.


Lawatan muhibah ke pejabat Sin Chew Daily, China Press dan Nan Yang Siang Pau turut dihadiri En Kalytas, Timb Ketua Cabang Kluang.


Ucapan terima kasih dan Gong Xi Fat Cai kepada para wartawan yang banyak membantu menyebarkan aktiviti kepada masyarakat.


Terima kasih

Selamat Tahun Baru Cina

JINGGA13 MELAKA SERTAI KURSUS DIWAN REFORMASI

4 orang komrad Jingga13 Melaka telah menghadiri kursus anjuran Diwan Refornasi bertempat di Hotel MITC Melaka pada 17 - 18 Januari 2020.

Turut hadir ke kursus tersebut ialah Koordinator Negeri Melaka Sdr Shah Kesuma Jaya .


KHAIRUDDIN ABU HASSAN HENTIKAN KEBIADAPAN TERHADAP ANWAR IBRAHIM

kenyataan Media

17 Januari 2020

KHAIRUDDIN ABU HASSAN HENTIKAN KEBIADAPAN TERHADAP ANWAR IBRAHIM

Saya mendesak Dato Khairuddin Abu Hassan menarik semula perkataan 'penyangak' yg dilontarkan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat dan meminta maaf secara terbuka atas penghinaan yg diberi kepada bakal Perdana Menteri Malaysia Ke 8 Dato Seri Anwar Ibrahim. Seharusnya beliau selesaikan masalah peribadi beliau dengan Anwar Ibrahim secara gentlement dan lebih matang memandangkan kini semua berada dibawah satu gabungan, Pakatan Harapan yg dipilih dan diberi kepercayaan oleh majoriti rakyat Malaysia untuk memperjuangkan Agenda Reformasi dalam kebangunan-semula negara demi rakyat dengan berpaksikan nilai-nilai yang dikongsi bersama, termasuk kebenaran, keadilan, kebebasan, integriti, kebajikan dan tatakelola yang baik.

Saya memandang serius tohmahan yg dilontarkan beliau. Ini menggambarkan sikap seorang yg cukup biadap, sombong dan tidak beretika. Selain itu, tuduhan 'merebut kuasa' yg dinyatakan amat dangkal kerana semua pihak sedar dan tahu dimana perjanjian yg dimetrai diantara semua komponen Pakatan Harapan jelas mengatakan peralihan kuasa kepada Dato Seri Anwar Ibrahim akan berlaku dalam tempoh 2 tahun jika gabungan ini menang dalam Pilihanraya Umum ke 14 yg lalu. Malah secara sengaja menghina dengan melontarkan pelbagai tuduhan dan hinaan tanpa berselindung bertujuan menjatuhkan kredibiliti bakal pwmimpin negara yang disegani dan diiktiraf barisan pemimpin dunia. Sebagai ahli politik yg bukan baru dalam dunia politik tanah air beliau seharusnya tahu dan sedar peranan beliau ketika ini, bukan seperti kanak kanak yg merengek kehilangan mainannya.

Saya sekali lagi dengan tegas meminta Dato Kairuddin Abu Hassan menarik segala tohmahan dan hinaan termasuk hentikan cubaan memesongkan keyakinan rakyat menggunakan propaganda murahan yg dibawa sejak dari zaman UMNO-BN yg lalu. Tindakan yg keterlaluan ini tidak boleh diterima sama sekali oleh orang yg berfikiran waras dan normal.

Muafakat * Prihatin * Berani

Mohd Rudey Bin Abd Rahman
Koordinator Penerangan & Komunikasi
Jibgga13 Malaysia

KUNJUNGAN MUHIBAH JINGGA13 KLUANG BERSAMA PERSATUAN KEBAJIKAN DEMI MASYARAKAT JOHOR KE RUMAH ORANG TUA DI LIAN SENG GARDEN KLUANG SEMPENA TAHUN BARU CINA.

Persatuan Kebajikan Demi Masyarakat Johor bersama Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Kluang mengunjungi rumah orang tua di Lian Seng Garden, Kluang .


18 warga emas yang merupakan penghuni rumah tersebat disantuni dengan memberi barangan makanan limau dan juga angpau raya.



Diharap dengan kunjungan kami ini akan dapat mengembirakan warga emas tersebut dalam menyambut Tahun Baru Cina.



Turut bersama En Kalytas yang merupakan Timb Ketua Cabang Kluang dan juga ahli-ahli yang lain











Gong Xi Fat Cai