Sunday 22 November 2020

JINGGA13 KOTA TINGGI BERSAMA AMIL BAITULMAL LAKSANA PROGRAM PENDAFTARAN ASNAF.

Jingga13 Kota Tinggi yang diketuai oleh Koordinator nya Kamaluddin Md Simpol bersama AJK dan komrad2 telah berjaya mengadakan Program PENDAFTARAN ASNAF.

Seramai 10 orang miskin telah berjaya didaftarkan sebagai ASNAF yang diketuai oleh AMIL BAITULMAL Sdr Azahari bin Adam. Pelbagai masalah dah kategori PENDAFTARAN telah didaftarkan. Ibu tunggal, pesakit terlantar, kecacatan seumur hidup, hilang punca pendapatan dan ada juga yang menjadi miskin akibat PKP.


Jingga13 Kota Tinggi mengucapkan terima kasih kepada seluruh Komrad yang telah bertungkus lumus menjayakan program tersebut dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Sdr Azahari Adam selaku Amil Baitulmal Ulu Sungai Johor kerana sudi turut serta menjayakannya.