Tuesday 10 November 2020

JINGGA13 KLUANG SAMPAIKAN SUMBANGAN PRIHATIN KEPADA SDR ROSLI DAN ISTERI YANG DERITA SAKIT STROKE

Pada hari Ahad, 8 Nov 2020 , lebih kurang pukul 6.00 petang, Jingga 13 Kluang meluangkan masa melawat Sdr Rosli dirumahnya di Rumah Murah Kg Gajah, Kluang.

Sdr Rosli terlantar dirumahnya akibat penyakit stroke yang dialami kira2 3 minggu lepas, lebih memilukan selang beberapa hari sahaja, isterinya pula mengalami nasib yang sama (stroke)

Beliau yang sebelum ini berniaga kedai makanan telah hilang mata pencarian, hanya mengharapkan anaknya bagi menguruskan segalanya.


Sedikit sumbangan barangan makanan dihulurkan bagi meringankan beban keluarga tersebut.

#Jingga13Kluang

#MuafakatPrihatinBerani