Monday 3 August 2020

Program Agihan Daging Korban Jingga13 Malaysia

Alhandulillah pada 2 Ogos 2020 pada hari kedua Idul Adha , Jingga13 Malaysia telah melaksanakan ibadah korban setelah memperolehi sumbangan seekor lembu daripada Kerajaan Negeri Selangor melalui Exco kerajaan Negeri Selangor merangkap Ahli Penasihat Jingga13 Malaysia YB Puan Rodziah Ismail .



Jingga13 Malaysia merakamkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor dan YB Pn. Rodziah Ismail.

Program Agihan Korban Jingga13 Malaysia tersebut telah diadakan di Jalan Sastera sebelas, Seksyen U2, TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan . YB Pn Maria Chin , Ahli Patlimem Petaling Jaya dan YB Halimey Abu Bakar. ADUN Seri Setia turut bersama di Program Agihan Daging Korban Jingga13 Malaysia .





Turut hadir juga di program tersebut ialah Sdr Mikheal Iskandaar Abdullah , Timbalan Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia dan Sdr Afzainizam Abdul Rahman , Setiausaha Jingga13 Malaysia merangkap Pengarah Program Agihan Korban Jingga13 Malaysia , Ahli Sekretariat Jingga13 Malaysia , anggota Jingga13 Selangor dan penerima daging korban iaitu penduduk di sekitar TTDI .

Menurut Sdr AfzainizamAbdul Rahman selaku Pengarah Program Agihan Daging Korban Jingga13 Malaysia  , " Daging korban juga turut dihantar dan diagihkan kepada para muallaf di Persatuan Muallaf Selangor dan Jingga13 Malaysia juga merakamkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor , YB Rodziah Ismail , kehadiran YB Maria Chin dan YB Halimey Abu Bakar dan kepada semua pihak yang turut sama menjayakan Program Agihan Korban Jingga13 Malaysia buat kali pertama ini ".