Sunday 12 July 2020

JINGGA13 MALAYSIA DI SIDANG MEDIA GABUNGAN NGO-NGO REFORMIS MALAYSIA ( GRM )

Semalam , 11 Julai 2020 , Jingga13 Malaysia telah hadir bersama dalam sidang media Gabungan Reformis Malaysia sebagai tanda komitmen dan solidariti bersama-sama NGO-NGO menyokong YB Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke 9 .

Sdr Ajai , Setiausaha Jingga13 Malaysia hadir mewakili Ketua Kootdinator Jingga13 Malaysia ke sidang media tersebut yang diadakan di Dewan Restoran Pak Amjal , Lembah Pantai , Kuala Lumpur yang turut dibarisi oleh NGO-NGO iaitu Persatuan Rapat Rakyat (RAPAT)  , Pro98 Reformis ,Otai Reformis , Jingga 13 Malaysia , Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (ARM)  , Pertubuhan Kebajikan Pahlawan Malaysia (PAHLAWAN) , Gerakan Reformasi Veteran ATM (GRVATM) , Persatuan Media Sosial Malaysia (PEMASSA) , Gerak Aktif Sosioekonomi Amal Kebajikan (GASAK)  dan Pertubuhan Gerakan Pejuang Negara Malaysia (GMPN).