Sunday 5 April 2020

JINGGA13 KULAI TERIMA AMANAH SAMPAIKAN SUMBANGAN KESAN COVID19 SEKITAR KULAI

Jingga13 Kulai menerima sumbangan barang makanan dan keperluan dapur untuk diagihkan kepada golongan susah akibat arahan PKP dan sumbangan ini adalah untuk sekitar Kulai.


Sumbangan tersebut telah dihulurkan oleh Sheikh Amir semalam, dan hari ini ianya telah diagihkan sepenuhnya oleh Komrad Jingga13 Kulai Sdr Megat Jugah MJ.



Penerima ini amat menanti bantuan dari kami. Kebanyakkannya telah hilang punca pencarian. Ada ibu tunggal, ada pesakit terlantar dan ada OKU. Dan ada mangsa yang tidak punya tempat tinggal kerana tak mampu membayar sewa rumah.


Sedikit sumbangan dari kami, tapi teramat besar bagi mereka. Kita masih cukup makan malah berlebihan sehingga berbuang, sedangkan mereka mencatu makanan. Malah ada yang dah beralih ke menu bubur sepanjang hari bagi menjimatkan beras yang tinggal sikit.


Moga sumbangan ini dapat menampung keperluan makanan bagi kalian. Kepada Sheikh Amir, jutaan terimakasih atas keperihatinan tuan. Moga Allah membalasnya dengan kurniaan yang lebih besar didunia dan akhirat.


Jingga13 Kulai
#MuafakatPerihatinBerani