Friday 7 February 2020

PENUBUHAN JINGGA13 MUAR, DATIN SOHELLA PIMPIN SEKTETARIAT MUAR

Tanggal 6hb Februari 2020: Pertubuhan Kebajikan Jingga13 Johor terus melebarkan sayapnya dengan menubuhkan Jingga13 Parlimen Muar.


Setelah sekian lama merancang dan akhirnya malam tadi persetujuan penubuhan Jingga13 Muar telah dicapai. Dan uniknya Jingga13 Muar, ianya diketuai oleh seorang wanita iaitu Koordinator Datin Sohella Bte Mahmood. Dan kebanyakkan anggota Sekretariat dan Panatia yang dilantik juga adalah majoriti terdiri daripada jinggawanis / wanita.

Menurut Datin Sohella, mereka menubuhkan NGO Jingga13 Muar kerana tertarik dengan gerakan dan aktiviti serta ukhwah atau muafakat dan kerjasama sesama komrad yang begitu terkesan dan menarik minatnya.


Selain itu, beliau berazam untuk menggerakkan Jingga13 Muar ini dengan sebaik mungkin. Antaranya prihatin  terhadap masalah asnaf, golongan miskin, OKU, remaja, warga emas dan golongan golongan yang memerlukan bantuan.


Jingga13 Muar juga akan berusaha menjalinkan hubungan dan kerjasama dengan Ahli Parlimen Muar, Pemimpinan PH, ketua ketua kampung, ketua masyarakat, ketua ketua jabatan termasuk JKM, Baitulmal, Yayasan MPM , Pusat Zakat dan badan² swasta. Beliau mengharapkan sokongan semua pihak agar Jingga13 Muar ini berjaya direalisasikan matlamat penubuhannya.


Majlis Perlancaran Penubuhan Jingga13 Muar telah disempurnakan oleh Zabidie bin Abas selaku Koordinator Jingga13 Johor. Dalam ucapan, beliau telah menyentuh sejarah awal sehinggalah tertubuhnya Jingga13. Seterusnya beliau lebih menitikberatkan agrnda KEPEDULIAN RAKYAT, turun kelapangan, selami suara hati golongan marhaen, berikan bantuan semampu yang boleh dan akhirnya beliau mengucapkan Syabas dan Tahniah seterusnya merasmikan penubuhan PERTUBUHAN KEBAJIKAN JINGGA13 MUAR.



Terima kasih kepada semua sekretariat yang dilantik dan telah menjayakan majlis tersebut.. Turut menjayakan majlis adakah Sdr Murad Jailani Timb Kordinator, Sdr Jaafat Matek Setiausaha dan beberapa panatia dan Jinggawan serta Jinggawanis.




Berikut adalah senarai Sekretariat Jingga13 Muar

KORDINATOR:
DATIN SOHELLA BINTI MAHMOOD

TIMBALAN KORDINATOR:
: YATIN BIN SARPAN

SETIAUSAHA : NUR FAZRIN BINTI ABDULLAH

BENDAHARI : HARLINA BINTI RAMLY

JINGGAWAN : MUHAMMAD TAUFIQ BIN TAHIR AHMAD,

JINGGAWANIS : NORSHIDA BINTI MOHAMAD HALIP

AJK:
SABARIAH BINTI ALI AHMAD
NORMAH BINTI HASSAN
SUHEIZY BINTI AHMAD ISMAIL
MOHAMAD HAPIPI BIN TOHRIKAT
SHUAIDA BINTI ROSLY
MUHAMMAD AZRI BIN AB LATIF
YAHYA BIN SAPAR
MOHD ROZZAMAN BIN MUSA