Sunday 16 February 2020

KEPRIHATINAN JINGGAWANIS PAHANG TERHADAP LUBANG BESAR DI BANDAR KUANTAN PUTRI

Bertepatan dgn motto Jingga 13 malaysia iaitu MUAFAKAT ,PRIHATIN dan BERANI hari ni 3 orang  Jinggawanis dari Jingga 13 Pahang telah menunjukkan sikap keprihatinan mereka.


Saudari Ashidah Asuah (Bendahari Jingga 13 Pahang), Puan Herawati Hamid (AJK Jingga13 Pahang ) dan Saudari Ain Fakhira Abd Ghafar yang berkebetulan lalu di satu selekoh lorong di kawasan perumahan Bandar Kuantan Putri , Kuantan telah terjumpa satu lubang yang besar tanpa ada sebarang tanda amaran di letakkan di kawasan tersebut .



Merasa bertanggungjawab melihat situasi itu yang boleh mendatangkan bahaya pada orang ramai yang lalu di situ , mereka bertiga sanggup turun kereta dalam keadaan cuaca panas terik dengan mengambil intensif memacak kayu di lubang itu sebagai tanda amaran sementara. Perkara ini akan dipanjangkan aduan kepada pihak yg berkenaan esok.