Thursday 30 January 2020

JINGGA13 JOHOR LAWAT KE SEK KEB SEMPANG, TG SEDELI, KOTA TINGGI YANG ALAMI KEROSAKAN AKIBAT BANJIR

Jingga13 Johor yang diwakili oleh koordinatornya Sdr Zabidie Abas, Sdr Rosman Tahir, Pn Mak Intan dan Sdri Ain Nur Shaddiq Zabidie telah membuat lawatan ke Sek Keb Sempang, Tg Sedeli, Kota Tinggi bertemu pihak guru- guru dan PIBG.


Kunjungan kami ini adalah untuk mendapatkan taklimat dari pihak sekolah dan melihat sendiri kerosakan bangunan dan peralatan sekolah akibat banjir.


Menurut YDP PIBG En Menhad, banjir kali ini adalah yang paling besar berbanding sebelum sebelum ini. Peralatan berupa perabut, kerusi meja, almari banyak yang rosak. Termasuk juga peralatan elektrik. PIBG bersama pihak sekolah terpaksa membaiki semula peralatan yang rosak dengan serba kekurangan kerana mereka tidak punya kewangan untuk menampung segala kos tersebut.



Terdapat satu bangunan pasang siap yang bersifat sementara tapi masih digunakan sehingga ke hari ini, turut mengalami kerosakan akibat banjir.

Kehadiran kami, disambut baik oleh mereka dengan harapan agar kami sudi membawa isu ini ke pihak atasan. Ahli Parlimen hanya mendiamkan diri sahaja dan pihak PPD tidak punyai peruntukan yang boleh disalurkan.



Jingga13 Johor menandang serius permasalahan ini dan mengharapkan Kerajaan Negeri dan Exco bersikap perihatin agar dapat menyalurkan bantuan dan peruntukan ke Sekolah ini. Dan kami yakin, ianya bukanlah masalah yang besar bagi kerajaan untuk membantu.

Harap pihak sekolah dan PIBG dapat bersabar seketika, sehingga bantuan dari kerajaan dihulurkan.j






Kordinator Jingga13 Johor
Zabidie Abas