Thursday 30 January 2020

JINGGA13 HADIR FORUM SERANTAU HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI : PEMBINAAN KESATUAN BANGSA

Satu forum telah dihadiri oleh wakil Jingga13 Malaysia, Sdr Afzanizam Abdul Rahman , Setiausha Jingga13 Malaysia dan Sdr Amirul Azhar Mohamad  Rashid, Timbalan Koordinator Penerangan dan Kounikasi Jingga13 Malaysia bertempat di Hotel Acapella, Shah Alam Selangor.


Forum Serantau Hidup Bersama Dalam Budaya Damai: Pembinaan Kesatuan Bangsa ini telah dibentangkan oleh Ahli Kluster Pembinaan Bangsa & Jaringan Antarabangsa, Institut Darul Ehsan (IDE), Prof. Madya Dr Haslinda Abdullah.


Turut menjadi panel pada forum  ini ialah Dr Syed Khairuddin (National University Singapore), Dr Kunto Adi Wibowo (Indonesia) dan Encik Jufitri Joha (Majlis Belia Malaysia).


Program yang bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 4.30 petang ini turut menyentuh pengalaman serantau dalam pembinaan kesatuan bangsa dan hidup damai bersama dalam budaya damai.



Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur iaitu Institut Darul Ehsan di atas jemputan tersebut.