Saturday 9 November 2019

Pertandingan Bola Tampar Anjuran Jingga13 Kluang meriah dengan semangat kesukanan

Jumaat, 8 Nov 2019
Kejohanan Bola Tampar Tertutup Kluang 2019
Anjuran Jingga13 Kluang dengan kerjasama Ahli Majlis Zon 24, Majlis Perbandaran Kluang.

12 Pasukan telah mengambil bahagian dengan perlawanan pertama bermula seawal 8 pagi dan final lebih kurang pukul 12.15 malam.


Kejohanan yang berlangsung dalam suasana meriah dengan setiap pasukan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.

Pasukan Majlis Perbandaran Kluang telah dinobatkan sebagai Juara setelah mengalahkan Pasukan Penjara dalam perlawanan akhir dengan membawa pulang hadiah wang tunai, medal dan juga hamper yang telah disampaikan oleh Sdr Jaafar Matek , Koodinator Jingga13 Kluang.

Tahniah kepada pasukan yang berjaya.

Muafakat Prihatin Berani

Jingga13 Kluang

















PERUTUSAN MAULIDUR RASUL 1441H/2019 OLEH YB PENAUNG JINGGA13 MALAYSIA

Tanggal 12 Rabiulawal setiap tahun adalah tarikh yang teramat penting buat umat Islam di seluruh dunia. Tarikh ini bukan sahaja signifikan, malah dekat dengan kita kerana ianya adalah hari kelahiran junjungan besar umat yakni Nabi Muhammad SAW. Idea, prinsip dan gagasan yang dibawa Baginda ternyata bukan suatu yang asing buat setiap mereka yang beragama Islam.

Sebagai umat Nabi Muhammad SAW sudah semestinya sejarah dan perjuangan Baginda menjadi sandaran dan ikutan kita dalam menjalani dan membentuk perjalanan hidup. Perjuangan Baginda yang bermula secara sembunyi hinggalah ke umum dan terbuka pastinya diamati dan dihayati dengan penuh rasa tawadhu’ dan keinsafan.

Gagasan Baginda terkait keadilan, kesaksamaan, menolak keras idea dan faham perkauman sempit, serta ketegasan Baginda dalam menentang kebobrokan dan kezaliman mesti difahami dengan iltizam untuk memaknakannya ke arah islah atau reformasi dalam sistem masyarakat kita.

Mana mungkin juga sekiranya kita gah membicarakan Islam sedangkan ada mereka yang masih lagi dihimpit dan dirundung kemiskinan dan peminggiran. Dalam negara majmuk seperti Malaysia, adalah tanggungjawab setiap orang Islam untuk membela mereka yang lemah dan yang melarat tanpa diambilkira latarbelakang kaum dan agama. Sekiranya ini tidak atau gagal difahami umat Islam, maka kita masih jauh untuk dipandang sebagai umat yang cakna dan progresif.

Mewakili keluarga majmuk KEADILAN saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1441H/2019 kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

- Dato Seri Anwar Ibrahim


* YB DS Anwar Ibrahim adalah Penang Jingga13 Malasysia 

*  Semua komrad Jingga13 Malaysia diseluruh Malaysia menghayati kenyataan YB Penaung khususnya di perenggan ke 4 . 

Friday 8 November 2019

Salam Maulidur Rasul daripada Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia


kes ayah , ibu dan anak-anak tidur di surau Hospital Kuala Lumpur kerana jaga anak Leukimia dapat perhatian INSAF Malaysia dan YAB Ahli Parlimen Pandan

6 November 2019 - Jingga13 Malaysia ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada INSAF Malaysia dan YAB Ahli Parlimen Pandan di atas keperihatinan membantu famili Adik Nur Qaseh Hanania.


Keluarga Adik Nur Qaseh Hanania sebelum ini, terpaksa tidur di surau hospital selepas terpaksa keluar dari rumah sewa kerana tidak mampu untuk membayar sewa kerana menjaga Adik Qaseh Hanania yang menderita sakit Leukimia .


Penderitaan mereka telah mendapat perhatian daripada INSAF Malaysia dengan memberi penempatan sementara sebelum mereka mendapat bantuan oleh Pusat Zakat yang diuruskan olen Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pandan.

Selain menyediakan  penempatan sementara kepada famili Adik Nur Qaseh , INSAF Malaysia turut  membantu dari segi perbelanjaan bulanan seperti barang-barang dapur dan makanan .

Semoga Allah membalas jua segala jasa yang diberikan oleh INSAF Malaysia dan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pandan khususnya YAB DS Dr Wan Azizah Wan Ismail .

Tahniah kepada Jinggawanis Malaysia di atas usaha membantu famili Adik Nur Qaseh Hanania .

KEJOHANAN BOLA TAMPAR TERTUTUP KLUANG ANJURAN JINGGA 13 KLUANG








Thursday 7 November 2019

Alhamdulillah , kes 3 warga emas di Raub dapat perhatian Ahli Parlimen DAP Raub YBM Tengku Zulpuri

Kes catatan Tok Ayah Idris Othman , Koordinator Jingga13 Kedah melawat warga emas di Raub sepertimana dalam posting  bertarikh 5 November 2019 " Catatan Tok Ayah Idris di Raub menyentuh hati dan merayu keprihatinan mereka yang berhati mulia "https://jingga13malaysia.blogspot.com/2019/11/catatan-tok-ayah-idris-di-raub.html?m=1 telah mendapat perhatian Ahli Parlimen DAP Raub YBM Tengku Zulpuri  dengan menghantar isteri beliau melawat warga emas tersebut  .


Semoga kehadiran isteri YBM Raub dapat meringankan beban mereka dan membantu perelokkan keadaan rumah yang sangat uzur tersebut . Alhamdulillah.



Jingga13 Malaysia rayu bantu adik Asriadi dari Lahad Datu , Sabah derita Leukimia

Bagi pihak keluarga adik Asriadi Bin Naim berumur 15 tahun , Jingga13 Malaysia  ingin memohon jasa baik semua untuk memberikan sumbangan kewangan bagi memenuhi kos Perubatan Adk Asriadi bin Naim.


Adik ini sekarang sedang menjalani ujian tulang sumsum bagi pemeriksaan susulan. Hal ini kerana ujian darah yang telah dilakukan tidak dpat dikesan, oleh hal yang demikian doktor mengesyaki bahawa adk Asriadi menghidapi penyakit Kanser leukimia.

Beliau sekarang terlantar di Hospital Besar Lahad Datu, Sabah. Alamat rumah beliau ialah Meriteam Sdn Bhd ,
Morisem 5 Estate ,
MDLD 5123,KM3,Jalan  Segama,9110 Lahad Datu , Sabah .


Jingga13 Malaysia merayu pada semua yang prihatin dan berhati mulia bagi menghulurkan sumbangan dari segi kewangan untuk memudahkan urusan serta meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga beliau .

Disini kami sertakan nombor akaun MAYBANK
160054473567 di atas nama bapa tiri beliau
HELMI TEMMANG atau boleh menghubungi ibu adik Asriadi di talian  013-9901731 (Lala bt Latohe).

Semoga dengan sumbangan kewangan dan doa daripada anda semua dapat meringankan beban keluarga beliau.

WALAUPUN RM1. SANGAT MEMBANTU. SEMOGA ALLAH MUDAH KAN URUSAN KITA SEMUA AAMIIN

Jingga13 Kluang rayu sumbangan ikhlas buat Reformis 98 derita diabetis

Zainal Md.Ali6 40514-10-7055 ,  merupakan seorang reformis 98' dan ahli Keadilan di bawah Cabang Sembrong sejak tahun 2008 bernombor anggota J140000153. Pesara tentera sejak tahun 93' dan semasa era reformasi 98' beliau sebagai pengawal peribadi Dato Seri Anwar Ibrahim.


Berdarah asal dari Kg.Pelet, Permatang Pauh, Pulau Pinang.kini beliau tinggal di
253, Jalan Usaha 20,Taman Sri Lambak (T6), 86000 Kluang, Johor.


Kini beliau menderita sakit dan mengalami diabetes teruk di kaki kanan serta tidak boleh berjalan lagi malah diberhentikan kerja sebagai pengawal keselamatan kerana faktor kesihatannya.

Beliau memohon sumbangan perubatan, barangan asas dan wang ringgit untuk kos perubatan
Sumbangan juga boleh disalurkan keakaun anak beliau Mohd Firdaus Bin Zainal CIMB BANK 7016103093 atau menghubungi anak beliau 010-2924535 .

Atau menghubungi Sdr Jaafar bin Matek , Koordinator Jingga13 Kluang di talian 0197282416 .

Tuesday 5 November 2019

Catatan Tok Ayah Idris di Raub menyentuh hati dan merayu keprihatinan mereka yang berhati mulia

( Tok Ayah Idris adalah Koordinator Jingga13 Kedah ) 

Just nak highlight,sekarang saya masih ada di Raub Pahang,balik kampung bapa mertua,sempat saya menziarah 1 keluarga yang mempunyai 3 penghuni warga emas,hidup dalam serba kekurangan,si abang tidak boleh bergerak,hanya duduk di atas katil,menghidap berbagai penyakit, si adik pula mengalami bengkak kaki dan menghadkan pergerakkan, si adik ipar pula menghidapi penyakit kencing manis,darah tinggi yang menyebabkan beliau bergerak di dalam keadaan terketar-ketar dan kabur pandangan. 



Rumah yang mereka tinggal juga daif,tunggu masa utk roboh,berbagai pihak telah datang memberikan janji manis kepada mereka ,tetapi indah khabar dari rupa sahaja,segala janji manis tidak dilaksanakan.




Mereka masih hidup dalam keadaan daif, hendak mengharapkan anak-anak,anak-anak juga menghadapi penyakit yang sama dan susah,untuk itu saya tergerak untuk menyampaikan sedikit sumbangan berupa keperluan harian dan sedikit kewangan bg meringankan bebanan mereka. 



Saya berharap jika ada kekuatan/kelapangan mana-mana pihak yang sudi membantu,silalah ke Kg Susuk,Ulu Atok,Raub Pahang,berjumpa  Tengku Behazid b Tengku Yusoff,semoga Allah S.W.T sahajalah yang dapat membalas jasa baik kalian...Saya berdoa agar keluarga ini dipermudahkan dan hidup bahagia...In sya Allah...aaminnn...








Ayah , ibu dan anak-anak terpaksa tidur di surau hospital , tiada rumah , jaga anak derita leukimia , Jinggawanis rayu sumbangan

4 Oktober, 2019 -Jinggawanis yang di wakili oleh Sdri. Liny Obliza dan Sdri. Mazliwati sekali lagi melawat  adik Nur Qaseh Hanania bt. Mohd Hashiril ( 10 tahun )yang masih lagi berada di Hospital Besar Kuala Lumpur. Adik Nur Qaseh Hanania yang sebelum ini dilaporkan  derita Canser darah ( Leukimia Kronik TCELL ALL LEUKIMIA ) masih berada hospital bagi menjalankan rawatan Kemoterapi.  Adik Nur Qaseh Hanania mula sakit pada awal April, 2019 dan mula mendapat rawatan di Hospital Besar Kuala Lumpur.


Keadaan Adik Nur Qaseh Hanania masih sama dimana keaadaannya masih perlu diberi rawatan rapi. Keaadan ibu –bapa Adik Nur Qaseh Hanania juga masih tidak dapat bekerja dan perlu berada di hospital di kebanyakkan masa. Sementara ini ibu-bapa adik Nur Qaseh tidur di surau hospital bergilir-gilir bagi menjaga adik Nur Qaseh serta adik-beradik yang lain. Memandangkan mereka belum mendapat tempat tinggal dan masih menanti ada pihak yang tampil untuk membantu mereka mendapatkan bantuan sewa rumah.


Jinggawanis, Jingga 13 Malaysia semalam melawat bagi bertanyakan khabar dan memberi sedikit sumbangan bagi meringankan beban ibu-bapa Adik Nur Qaseh Hanania. Jinggawanis juga mengharap ada wakil dari mana-mana pihak tampil bagi membantu ibu-bapa Nur Qaseh Hanannia. Jingawanis ingin merakam jutaan terima kasih kepada penyumbang sebelum ini yang ada memberikan sumbangan.


Sumbangan boleh terus ke :-

Mohd Hashiril bin Hashim
2400020040952
Ambank



Monday 4 November 2019

Terima kasih semua , kutipan kempen RM1 Untuk Adik Adam terkumpul RM21,068.82 mencukupi untuk pembedahan



Alhamdulillah, untuk makluman semua kutipan sumbangan untuk Adik Adam yang terkini berjumlah  RM21,068.82 dan sudah cukup untuk Adik Adam menjalani pembedahan .

Saya mewakili Jingga 13 Malaysia dan keluarga Adik Adam mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kerana turut sama sudi menyumbang pada Adik Adam...In sya Allah perkembangan terkini akan kami update dalam page dan blog kami JINGGA 13 MALAYSIA dan dengan ini kami akan hentikan kutipan ini dan akn padamkan status ini...
Sekian terima kasih...

Dari..
Ahmad Sharill Ismail
Kordinator Jingga 13 Pahang
Jingga 13 Malaysia.

Fariz Musa
Ketua kordinator Jingga 13 Malaysia

Sunday 3 November 2019

Penubuhan Sekretariat Negeri Pulau Pinang , Iskandar pimpin Jingga13 Pulau Pinang

Jingga13 Pulau Pinang telah membentuk Sekretariat Jingga13 Negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh Mohd Iskandar Saberi .

Berikut adalah Sekretariat Jingga13 Pulau Pinang :

Koordinator : Mohd Iskandar Bin Seberi
Timb Koordinator : Mohd Sobri Azali
Setiausaha : Muhammad Kamarol Abdillah Bin Nayan
Bendahari : Zulfazdli Bin Md Noordin
Jinggawanis : Zaheera Binti Mohd Hassan

AJK :
1. Mohamad Nazri Bin Ismail
2. Nurul Nabila Binti Ahmad Adnan
3. Mohd Ruzaimie Bin Razar




Jingga13 Pahang masuk kampung Orang Asal di Cameron Highland untuk ukur saiz pakaian sekolah program Back To School Jingga13 Malaysia/BBC/TNB

Jingga13 Pahang masuk Kampung Orang Asal di Cameron Highland untuk mengambil ukuran pakaian sekolah untuk program Back To School Jingga13 Malaysia dan BBC/TNB yang akan diadakan pada Disember nanti .

Menurut Pengarah Program Back To School Jingga13 Malaysia , Sdr Amizudin Ahmat  , " Sejumlah 200 anak-anak orang asal di Cameron Highlands bakal menerima pakaian sekolah berupa pakaian sekolah ( Lelaki dan perempuan ) , kasut , stokin , beg  alat-alat tulis dan sebagainya dalam kos RM200 seorang ".