Saturday 26 October 2019

Jingga13 Perlis lawati warga emas Pakcik Esian berketurunan Siam derita sakit buah pinggang dan prostat

Pada 26 Oktober 2019 , Jingga13 Perlis menziarahi sebuah rumah di dalam DUN Chuping Parlimen Padang Besar.

Rumah yang kami lawati ialah rumah pakcik Esian A/L Boon yang beralamat Kampung Kubang Tiga Chuping Perlis.


Dikhabarkan pakcik ini menghidapi masalah buah pinggang dan prostat.

Selepas menemu bual anaknya pakcik ini tidak pernah memohon bantuan JKM disebabkan jarak antara rumah dan bandar Kangar agak jauh kerana mereka tiada kenderaan yg sesuai untuk pergi.
Selain itu bantuan BSH jugak tidak dapat.


Jika hendak berjumpa doktor mereka terpaksa meminta tolong kepada adik beradik yang lain.
Rumah mereka berada jauh ke dalam kebun getah dan menyukarkan urusan ke bandar.

Oleh itu kita akan cuba guna saluran mana yang boleh untuk menyelesaikan masalah keluarga ini.


Team Jingga13 Perlis terus menjejaki pakcik Esian selepas mendapat info mengenai mereka dan memberi sedikit sumbangan barangan keperluan harian.
Semoga dimurahkan rezeki kepada penyumbang hari ini.


Kepada mana-mana pihak atau individu perseorangan yang ingin menyumbang kepada kami bolehlah menghubungi Koordinator Jingga13 Perlis Encik Khairuddin Yusof di talian 014-6899091 dan Whatsapp Bendahari Jingga13 Perlis Puan Liyana di talian 017-4390805.

#Jingga13perlis
#Muafakat
#Prihatin
#Berani

Takziah buat Koordinator Jinggawan Sdr Johainizam di atas musibah yang berlaku

Takziah kpd Koordinator Jinggawan Sdr Johainizam⁩ atas musibah yg menimpanya hingga kerugian mencecah RM20 ribu.

Semua komputer di kedainya musnah akibat tragedi litar pintas.

Semoga Komrad Joe tabah dan kuat hadapi ketentuan Ilahi ini.

Segala yang berlaku ada hikmahnya , semoga Allah gantikan dengan rezeki yang lebih baik lagi .

Ameen Ya Rabb

Friday 25 October 2019

Jingga13 Terengganu lawati Pakcik Hamid menderita stroke dan amnesia di Bukit Payong, Marang selepas mendapat info daripada Jingga13 Perlis

Setelah mendapat info daripada Jingga13 Perlis semalam berkaitan seorang Pakcik rayu bantuan daripada Terengganu .


Jingga13 Terengganu telah mengambil tindakan mengubungi anak Pakcik Ab. Hamid bin Mat Hussin bagi mendapatkan maklumat serta lokasi rumah Pakcik Hamid .

Hari ini Jingga13 Terengganu telah mengadakan ziarah prihatin ke rumah pakcik Hamid tersebut di Bukit Payong , Marang .


Sdr Faizal , Setiauasha Jingga13 Terengganu bersama Pak Awi Koordinator Panatia Kebajikan dan Prihatin Jingga13 Terengganu telah mengambil inisiatif menziarahi Pakcik Hamid yang merupakan seorang pesakit stroke selama 7 tahun dan amnesia di alamat 10612 A Kg Macang Lada , Bukit Payong (PPRT) Marang , 21600 Kuala  Terengganu .



Jingga13 Terengganu turut membawa Pampers , susu dan barang-barang makanan bagi meringankan bebanan mereka sekeluarga .

Pakcik Hamid tinggal bersama anak beliau .  Anak beliau sebelum ini bekerja sebagai Pengawal Keselamatan terpaksa berhenti bekerja kerana menjaga ayah beliau .

Pakcik Hamid adalah merupakan seorang bekas peneroka FELCRA hanya mendapat hasil RM200 sebulan serta mendapat bantuan kebajikan daripada JKM sejumlah RM200 sebulan . Sudah pasti tidak mencukupi untuk menyediakan keperluan Pakcik Hamid terutama dalam menyediakan keperluan seperti Pampers dan susu . Selain daripada itu mereka terpaksa membayar sewa rumah PPRT sejumlah RM250 sebulan   .


Menurut anak pakcik Hamid , sepatutnya pakcik Hamid diberikan susu khas yang disyorkan oleh doktor  tetapi memandangkan beliau tidak mampu hanya menyediakan  susu yang mampu dibeli sahaja . Malah Pakcik Hamid perlu berulang-alik ke Hospital USM Kubang Kerian , Kelantan kerana beliau mengalami darah beku di kepala yang menyebabkan beliau menjadi amnesia .

Jingga13 Terenggnau merayu kepada sesiapa yang sudi membantu dapatlah menghulurkan bantuan samada berbentuk barangan atau kewangan dengan  datang menziarahi Pakcik Hanid di alamat di  atas atau memasukkan sedekah di akaun bank Bank Simpanan Nasional 1100341000073407 di atas nama AB. HAMID BIN MAT HUSSIN

Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi Sdr Faizal , Setiausaha Jingga13 Terengganu di talian 011- 39142018 sekiranya ingin menghulurkan sumbangan / sedekah untuk Pakcik Hamid atau Jingga13 Terengganu sampaikan dalam misi jejak asnaf seterusnya .

Jingga13 Pahang sertai Program Rakan Strategik Digital anjuran Jabatan Penerangan Negeri Pahang

Jingga 13 Pahang yang di wakili kordinatornya Sdr Ahmad Sharibuddin Ismail dan Timbalan Kordinator negeri Pahang Sdr Razali telah menghadiri Program  Rakan Strategik Digital anjuran Jabatan Penerangan Negeri Pahang yang berlangsung selama 2 hari pada 23 dan 24 Oktober 2019 di Mentakab , Pahang .












Kenali siapa Ayahanda Shahrul Nizam Koordinator Jingga 13 Terengganu dan YAB TPM hadir memberikan penghormatan terakhir ke atas almarhum Md Shah Amin

Perginya seorang yang banyak berjasa kepada Dewan Perdagangan Islam Malaysia dan juga Parti Keadilan Rakyat dan juga perjuangan reformasi.

Tuan Haji Md Shah Amin sebuah nama yang mungkin tidak ramai pemimpinan Parti Keadilan apa lagi Pakatan Harapan mengenalinya, tetapi jasa besar beliau tidak boleh dinafikan.


Meminjam kata-kata Tuan Haji Yahya Sahri - "Buat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat, Anggota, Penyokong & Pendokong Parti sedikit catatan Nota..Almarhum Hj Md Shah Amin ini merupakan Setiausaha Agung Parti Ikatan Masyarakat Islam (IKATAN) iaitu Parti yang ditukar nama menjadi Parti Keadilan Nasional (keADILan), ketika era ledakan Reformasi beberapa kumpulan cuba tubuh Parti tetapi Pimpinan DR M memang tak beri laluan.

Almarhum Hj Md Shah serta Almarhum Ustaz Abdul Wahab setuju berikan Parti Ikatan tanpa apa-apa imbuhan.

Hingga mereka meninggal dunia dan Parti yang mereka tubuhkan telah memerintah negara mereka tidak mendapat apa-apa imbuhan...

Saya doakan roh pejuangan ini mendapat tempat terbaik disisi Allah SWT".

Catatan Abdul Latif Shaari


YAB Timbalan Perdana Menteri DS Dr Wan Azizah Wan Ismail turut hadir memberikan penghormatan terakhir kepada almarhum Md Shah Amin .








Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Roh almarhum dan diletakkan bersama kekasih-kekasih Allah. Amin

Thursday 24 October 2019

Salam takziah Jingga13 Malaysia ke atas Sdr Shahrul Nizam dan famili di atas pemergiannya ayahanda tersayang

Jingga13 Malaysia merakamkan salam takziah kepada Komrad Shahrul Nizam , Koordinator Jingga13 Terenggnau di atas pulangnya kerahmatullah ayahanda beliau tersayang .

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Moga Allah swt mengasihani pengasingannya....

Menyenangkan kesepiaannya....

Menerima segala amal kebajikannya....

Mengampuni segala dosa-dosanya dan menempatkan arwah bersama mereka yg dikasihi-Nya..

Aminn Ya Rabb..


Jingga13 Perlis santuni lima asnaf di DUN Indera Kayangan dan DUN Sena

Tanggal 23 Oktober 2.19 Z, Rabu , Jingga13 Perlis terus istiqamah dengan menziarahi 5 buah rumah yang mana 4 rumah di DUN Indera Kayangan dan 1 rumah di DUN Sena.


Sangat berbesar hati turut meluangkan masa menyertai Jejak Asnaf Jingga 13 Perlis kali ini adalah Encik Khizairi Khizan, Setiausaha Parti Keadilan Rakyat Cabang Kangar yang jugamerangkap  Pegawai Khas kepada YB Noor Amin Bin Ahmad, Ahli Parlimen Kangar.



Untuk rumah pertama kami menziarahi rumah makcik Kalsom binti Kasim yang beralamat Kampung Guar Syed Alwi Utan Aji Kangar Perlis.

Makcik Kalsom mengalami stroke sebelah badan selama 9 tahun. Selain troke makcik Kalsom juga mempunyai sakit darah tinggi dan kencing manis.


Menurut cerita makcik Kalsom tinggal bersama anak lelaki, isteri dan anak-anak mereka seramai 3 orang.


Makcik Kalsom menerima bantuan bulanan dari JKM sebanyak Rm300 sebulan.
Untuk bantuan Baitulmal dan E kasih mereka tidak pernah mendaftar.

Anak lelaki nya hanya bekerja sebagai pemandu lori dan hanya mengharapkan pendapatan anaknya.
Selain itu makcik Kalsom dijaga oleh anak perempuan nya untuk makan dan minum nya di rumah apabila anak dan menantu nya keluar bekerja.

Jingga13 Perlis menyampaikan sedikit sumbangan barangan keperluan harian kepada mereka dan semoga sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung mereka.

Rumah kedua kami ziarah ialah rumah makcik Ku Aishah binti Ku Rahim yang beralamat Lorong Masjid Kg Guar Syed Alwi Kangar Perlis.

Makcik Ku Aishah menghidap sakit tua dan kencing manis hanya terlantar di atas katil.

Makcik Ku Aishah berumur 77 tahun tinggal bersama suami dan anak-anak nya.

Untuk bantuan makcik mendapat bantuan bulanan dari JKM dan mempunyai E- Kasih.

Untuk rumah 3 pula kami menziarahi rumah pakcik Jat bin Choh @ Jusoh yang beralamat 362 A Lorong Jat Kampung Guar Syed Alwi Kangar Perlis.

Pakcik Jat berumur 83 tahun dan mengalami masalah penglihatan dan sakit tua.

Menurut cerita anaknya selepas pakcik Jat membuat rawatan memakai kanta mata nya terus tidak nampak.

Pakcik Jat mendapat bantuan bulanan dari JKM sebanyak Rm150 sebulan hanya cukup untuk membeli Pampers nya selama sebulan.

Rumah ke 5 kami ziarah ialah rumah pasangan  OKU yang bernama Mohd Faizal bin Nasaruddin dan pasangannya Rohana binti Ramli.
Mereka tinggal di alamat Flat Pangsapuri Seri Sena Blok B No B.8.11.

Mereka adalah pasangan OKU Bisu dan Pendengaran mempunyai 3 orang anak yang masih kecil.

Encik Faizal baru kehilangan kerja dan sumber pendapatan.
Kebanyakan tempat yang dia pergi cari kerja tak dapat menerima nya atas alasan dia seorang OKU.

Jingga13 Perlis merayu kepada sesiapa yang ingin memberi dia kerja boleh lah menghubungi nya melalui whatsapp di nombor 011-24022571.

Team Jingga13 melawat keluarga pasangan OKU terbabit dan memberi sedikit sumbangan barangan keperluan harian.
Semoga dengan sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban mereka.

Kepada mana-mana pihak atau individu perseorangan yang ingin memberi sumbangan barang keperluan harian bolehlah menghubungi Koordinator Jingga13 Perlis Encik Khairuddin Yusof di talian 014-6899091 dan Whatsapp Bendahari Jingga13 Perlis Puan Liyana di talian 017-4390905.

Team Jingga13 Perlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang.
Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.








#Jingga13perlis
#Muafakat
#Prihatin
#Berani

Wednesday 23 October 2019

Jingga13 Pahang rayu sumbangan / sedekah berbentuk barang- barang makanan untuk asnaf

Jingga13 Pahang menyeru sumbangan / sedekah berbentuk barang- barang makanan untuk disampaikan kepada fakir miskin dan asnaf di negeri Pahang Darul Makmur .

Sesiapa yang ingin memberikan sumbangan / sedekah boleh menghubungi Sdr Shahril 019-9224822 atau Sdr Razali 012-9643188.

Jingga13 Pahang sedia untuk tolong menyampaikan sumbangan / sedekah tersebut dalam program Jejak Asnaf yang akan sentiasa diadakan bagi meringankan bebanan mereka .


Jingga13 Perlis Lawati En. Aziz pesakit stroke

22/10/2019 , hari ini Jingga13 Perlis telah melawati sebuah rumah asnaf yang mana menghidap stroke sebelah badan.


Rumah yang kami lawati ialah rumah Encik Aziz Bin Abdul Rahman yang beralamat JZ 16 Kampung Baru Sungai Batu Pahat Jalan Taman Ular 01000 Kangar Perlis.


Abang Aziz tinggal bersama isteri yang bernama Murnizawati Mansor dan 2 orang anak yang berumur 9 tahun dan 4 tahun.


Abang Aziz bekerja sebagai pegawai keselamatan di Perlis Property sebelom di serang stroke sebelah badan hampir 2 tahun.


Abang Aziz mendapat bantuan rumah dari Baitulmal, bantuan bulanan dari Baitulmal sebanyak Rm200, JKM Rm100 dan juga Socso sebanyak Rm500 sebulan.

Selain bantuan bulanan isterinya Kak Murnizawati juga menambah pendapatan dengan berniaga nasi lemak kecil-kecilan untuk diletak di kedai-kedai dalam kampung.

Alhamdulillah selepas mendapat info Team Jingga13 Perlis menziarahi mereka dan memberi sedikit sumbangan barangan keperluan harian.
Semoga dengan sedikit sumbangan ini dapatlah meringankan beban mereka sekeluarga.

Kepada mana-mana pihak atau individu perseorangan yang ingin bersama kami membantu golongan susah ini bolehlah menghubungi Koordinator Jingga13 Perlis Encik Khairuddin Yusof di talian 014-6899091 dan Whatsapp Bendahari Jingga13 Perlis Puan Liyana di talian 017-4390805.
Terima kasih kami ucapkan kepada para penyumbang.
Doakan urusan kami untuk membantu orang dipermudahkan.

#Jingga13perlis
#Muafakat
#Prihatin
#Berani

Sunday 20 October 2019

JOM SOKONG BLIND REFLEXSOLOGY DI TELUK PULAI , KLANG

Jingga13 Malaysia menyeru teman- teman memberikan sokongan kepada adik-adik cacat penglihatan yang menjalankan urut Reflexologi bertempat di Depan Restoran Sri Anis , Teluk Pulai , Klang , Selangor .

Jom support Blind Reflexology !!!


Pertandingan Bowling Muhibah Jingga13 Johor meriah , 55 peserta tunjuk kehebatan

Kejohanan Bowling Muafakat Jingga13 Johor 2019



Tarikh - 19 Oct 2019
Masa - 8.30 Malam
Tempat- Pusat Bowling Ampang SuperBawl Kluang Mall Kluang Johor


Pertandingan Bowling Muafakat Jingga13 Johor telah dapat dijalankan dengan jayanya dengan penyertaaan 55 peserta yang terbahagi kepada 2 kategori lelaki dan perempuan.



Pertandingan dijalankan dalam format individu lelaki dan perempuan. Seramai 42 peserta lelaki dan 13 peserta perempuan yang telah bertanding untuk memburu gelaran sulung Juara Bowling Muafakat Jingga13 Johor 2019



Setiap kategori menawarkan hadiah berupa Piala dan juga Hamper dari tempat Pertama hingga ke 3 dan hadiah saguhati berupa Hamper bagi peserta yang mendapat tempat ke 4 hingga ke 15 setiap kategori. Semua peserta juga diberikan medal penyertaan sebagai tanda penghargaan.




Pertandingan tersebut telah berakhir kira2 pukul 11 malam dengan kejayaan yang telah dicapai seperti berikut :


Kategori Individu Perempuan
Johan - Che Nor ( 203 )
N/Johan - Puan Anie ( 196 )
Ketiga - Puan Buang ( 181 )


Kategori Individu Lelaki
Johan - Tuan Bakar ( 335 )
N/Johan - Tuan Jefri ( 320 )
Ketiga - Tuan Jawa ( 317 )

Penganjur juga menyediakan hadiah misteri ( Markah paling rendah untuk lelaki )
Tuan Rosli Jetlee ( 141 )

Penganjur juga menyediakan 15 Hamper cabutan bertuah kepada semua peserta.


Hadiah telah disampai oleh Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia, Tuan Fariz Musa dengan dibantu oleh Bendahari Pusat, Tuan Amizudin Ahmat dan juga Ketua Koordinator Jingga13 Johor, Tuan Zabidie Abas.



Terima kasih kepada semua peserta yang bersikap muafakat  sepanjang perjalanan pertandingan tersebut terutama kepada peserta dari Terengganu, Kelantan , N.9 , Selangor dan juga Johor.



Penganjur memohon ribuan maaf andai ada kesilapan sepanjang pertandingan berlangsung

Sekian. terima kasih

Muafakat Prihatin Berani

Sekretariat Bowling Muafakat
Jingga13 Johor