Saturday 5 October 2019

JINGGA 13 KEDAH MENJEJAKI GOLONGAN ASNAF DAN OKU DI BALING.

Tanggal 04/10/19 sekali lagi Jingga 13 Kedah berpakat dan menyumbang barang - barang keperluan harian serta pampers seterusnya menjejaki golongan asnaf serta OKU di sekitar kawasan Charok Nau dan Kg Teluk Pendiat Baling .


Seramai 10 orang telah diberikan sumbangan serta didaftarkan sebagai penerima sumbangan dari Jingga 13 pada tahun hadapan nanti .  Rata-rata penduduk di kawasan ini merupakan penoreh getah yang mengharapkan hasil daripada menoreh ,



Sekiranya cuaca elok , bolehlah mereka berbelanja , tetapi jika sebaliknya ,  mereka mengharap sumbangan dari mana-mana pihak yang prihatin di atas nasib mereka . Memandangkan sekarang di Baling ini musim hujan , para penoreh tidak dapat menoreh getah mereka , sehinggakan keperluan harian pun tidak dapat mereka mengadakannya .



Justeru di atas keperihatinan itu maka Jingga 13 Kedah terpanggil untuk membuat kutipan sesama sendiri bagi membantu mereka yang memerlukan . Alhamdullilah rezeki yg Allah berikan , kami dapat mengumpulkan sedikit dana untuk membeli barangan keperluan harian dan sumbangkan kepada mereka yang brtul-betul sudah tidak berdaya .



"Pedih mata memandang ,  pedih lagi bahu memikul , harapkan panas hingga ke petang , rupanya hujan ditengah hari" , begitulah nasib kebanyakkan penduduk di sini .



Jingga 13 Kedah mengucapkan berbyk tk kpd komrad yg terlibat semua,hanya Allah S.W.T sahajalah yg dpt membalas budi baik kalian semua,Semoga Allah S.W.T mempermudahkan dan memurahkan rezeki kpd semua penduduk serta komrad Jingga 13 Kedah yg terlibat..Aaminnn...














Friday 4 October 2019

Jingga13 Kluang ziarah keluarga En. Jeffri , anak hadapi masalah kesihatan


Jingga13 Kluang melawat keluarga En Jeffri Bin Sulaiman yang tinggal di Kg Melayu Bt 4 Paloh



En Jeffri dan isterinya Pn Norazaliza mempunyai seorang anak yg berumur 1 tahun, anaknya dilahirkan dalam keadaan tidak cukup bulan dan sekarang mengalami masalah kesihatan, minum susu melalui tiub.

En Jeffri hanya berkerja mengambil upah memotong rumput, manakala isteri tidak bekerja kerana perlu menjaga anaknya sepenuh masa.

Sumbangan makanan dan pampes pakai buang dihulurkan bagi meringankan sedikit beban yg ditanggung keluarga En Jeffri.

Terima kasih kepada semua rakan-rakan yg terlibat menyumbang dan sama-sqma menziarah keluarga tersebut.

Jingga13 Malaysia adakan pertemuan bersama YBhg Dato' Setiausaha TPM

3 Oktober ber 2019 telah diadakan pertemua. Jingga13 Malaysia bersama YBhg Dato' Romli Ishak , Setiausaha Politik kepada YAB Timbalan Perdana Menteri bertempat di D'Tandoor Ayer@8 , Putrajaya .


Turut hadir ialah Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia , Sdr Fariz Musa , Timbalan Ketua Koordinator Sdr Mikheal Iskandaar Abdullah , Setiausaha Sdr Afzainizam Abd Rahman , Bendahari Sdr Amizudin Amat dan Koordinator Jinggawanis Seri Zalini Obliza bersama koordinator-koordinator negeri seluruh Malaysia .




pertemuan tersebut adalah bertujuan untuk memahami beberapa perkara yang boleh dilakukan dalam membantu rakyat yang miskin khususnya melalui agensi-agensi kerajaan khususnya di bawah tanggungjawab Pejabat Timbalan Perdana Menteri .








DERITA KEHIDUPAN PAKCIK SAARI MOHON RAYUAN SUMBANGAN DARI RAKYAT MALAYSIA

Nasib menimpa seorang pakcik Di Port Dickson ibarat sudah jatuh ditimpa tangga apabila terpaksa mendiami rumah sewa yang sangat daif dan anaknya yang orang kurang upaya (OKU) dalam kemiskinan.

Saari Aziz, 56 tahun hanya berbekalkan pendapatan sekitar RM900 sebulan perlu menyara keluarganya 5 beranak. Di mana isterinya hanya sebagai seorang suri rumah manakala seorang anaknya masih bersekolah, seorang lagi adalah OKU dan seorang lagi bekerja sebagai pelayan restoran.

Jingga13 Negeri Sembilan berharap agar seluruh rakyat malaysia dapat membantu keluarga ini. Keutamaan mereka ketika ini adalah rumah yang lebih selesa sebagai tempat untuk mereka berlindung dari hujan panas.

Kami dari pihak NGO Kebajikan Jingga 13 Negeri Sembilan merayu sumbangan dari pihak orang ramai agar kehidupan pakcik saari akan mendapat sinar baru.

Untuk menyalurkan sumbangan kepada keluarga ini boleh berbuat demikian menerusi akaun bank Maybank 155041993177 atas nama Suhana Binti Bakri selaku Setiausaha kebajikan Jingga13 Negeri Sembilan atau hubungi
Puan Suhana(0178801048)











Setiap sumbangan anda amat bermakna untuk keluarga PAKCIK SAARI

Wednesday 2 October 2019

Bantulah Adik Nur Qaseh.....


Jinggawanis rayu kasihani Adik Khairul Adam , sakit jantung berlubang , perlukan kos pembedahan lebih RM20 ribu


Nama: Mohamad Khairul Adam Nikshah
Umur : 11 Bln
Penyakit : Jantung Berlubang
Bapa : Wan Muhammad Khairul Ikwan
Umur : 22
Perkerjaan : Security
Pendapatan : RM1600
Ibu : Siti Natasha
Umur : 22 Tahun
Pekerjaan : Surirumah
No Akaun :
Siti Natasha binti Othman
1099541100286194 (BSN)

Dapat tahu sakit jantung berlubang sejak berumur 3 bulan. Kedua ibubapa adik Khairul Adam buntu .

Doktor menganggarkan belanja untuk pembedahan sebanyak lebih RM20 ribu.

Sekarang bergantung sepenuhnya dgn ubat (Syrup Spironolactone & Frusemide) yang diberikan oleh doktor.

Pada 3 Oktober akan ke HUKM untuk rawatan susulan.

Jinggawanis , Jingga13 Malaysia menyeru rakyat Malaysia yang mulia agar dapat salurkan sumbangan untuk anak ini. Kasihanilah Adik Khairul Khairul Adam .

Aktiviti Jingga13 Malaysia

PERJUMPAAN BERSAMA YBHG. DATO' SETIAUSAHA POLITIK YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI

Tarikh : 3 Oktober 2019
Masa : 1 tengahari
Tempat : Putrajaya

MESYUSRAT SEKRETARIAT JINGGA13 MALAYSIA

Tarikh : 3 Oktober 2919
Masa : 8 malam
Tempat: Damansara


Tuesday 1 October 2019

Tahniah ! Chen Chee Kit , Ahli Jingga13 Pahang di lantik Ahli Parlimen Belia Malaysia

Tahniah saudara Chen Chee Kit ahli Jingga 13 Pahang yang baru-baru ini telah di lantik menjadi Ahli Parlimen Belia Malaysia ,

Sdr. Chen  Chee Kit merupakan bekas pelajar terbaik di SMK Teluk Chempedak, Kuantan  sebelum ini memang dikenali di Kuantan rajin melakukan kerja-kerja amal membantu rakyat , beliau juga terlibat mengajar kelas tuisyen percuma kepada anak-anak yang datang dari keluarga susah.

Semoga beliau akan menjadi Ahli Parlimen Belia Malasyai yang hebat dalam membawa dan memperjuangkan suara belia di Parlimen Belia .