Saturday 10 August 2019

7 famili Asnaf diraikan oleh Jingga13 Kluang sempena Idul Adha

10 Ogos 2019

Sempena datangnya Hari Raya Aidil Adha, Jingga13 Kluang mengadakan satu program, sumbangan barang2 keperluan harian kepada 7 keluarga Asnaf di Kg Contoh Kahang

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh ahli Jingga13 Kluang, Sdr Fazli bersama rakan2. Semoga dengan sumbangan ini dapat menceriakan lagi sambutan Hari Raya Aidil Adha keluarga tersebut.

Terima kasih kepada penyumbang untuk program yang bermakna ini.

Terima kasih

MUAFAKAT PRIHATIN BERANI

Jaafar Matek
Koordinator Jingga13 Kluang









Friday 9 August 2019

Jingga13 Kluang santuni OKU


9 Ogos 2019

Jingga 13 Kluang menghulurkan sumbangan kerusi roda dan barang2 makanan kepada En Mohamad Ali Bin Bakri di J2 Ladang Mados Paloh. Beliau merupakan seorang OKU

Sumbangan tersebut adalah dari rakan2 Jingga 13 Kluang yang prihatin akan nasib Mohamad Ali, semoga dengan sumbangan ini dapat memudahkan hari2  beliau.

Turun bersama2 menyampaikan sumbangan, En Nallatamby Naib Ketua PKR Kluang, En Nasir Ketua AMK Sembrong, Tn Atan, Ketua Kg Muhibah dan rakan Jingga 13 Kluang

Sekian, terima kasih

Muafakat Prihatin Berani

Jaafar Matek
Koordinator Jingga 13 Kluang




JINGGA13 RAYU BANYU ADIK IZZ



Thursday 8 August 2019

Jingga13 Melaka lawat Naim pesakit penglihatan



Jingga13 Melaka ziarah sahabat Mohd Naim dan memberikan sedikit sumbangan. Mata kanannya tak nampak, mata kiri pula kabur. Mohon rawatan susulan kembalikan penglihatannya. Robbi Assir Wal Atul Assir Taimin Bil Khair!

Shah Kasuma
Koordinator
Jingga13 Melaka


Wednesday 7 August 2019

Selamat menunaikan fardhu haji

Jingga13 Malaysia merakamkan selamat berangkat ke tanah suci Mekah kepada Penaung Jingga13 Malaysia YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan YAB Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menunaikan fardhu haji .

Semoga kedua-dua mereka memperoleh haji yang mabrur dan didoakan kesihatan yang baik sepanjang menjalankan ibadat haji di sana .

Amin.


Monday 5 August 2019

KETUA WANITA KEADILAN SEPATUTNYA MENJADI CONTOH YANG BAIK, HARGAI SUARA AKAR UMBI DAN HORMATI PRESIDEN

jinggawanis Jingga13 Malays kecewa dengan kenyataan
oleh Ketua Wanita KEADILAN, YB Haniza Talha mengenai tindakan Ketua-Ketua Cabang KEADILAN yang mengumpul tandatangan sebagai tanda sokongan kepada Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dianggap membuang masa.

YB Haniza sebagai Ketua Wanita KEADILAN seharusnya menyokong dan bersetuju dengan tindakan dan usaha yang dilakukan oleh 197 Ketua-Ketua Cabang sebagai bukti komitmen dan perpaduan sekaligus menafikan gambaran seolah- olah parti KEADILAN dalam keadaan diambang perpecahan dan terus kekal berdiri teguh mendokong Presiden dan parti KEADILAN dan PM ke-8.

YB Haniza sewajarnya menunjukkan sikap lebih hormat kepada Presiden dan menyelesaikan sebarang perbezaan dan percanggahan pendapat secara tertutup dan lebih tertib.

KEADILAN sebagai sebuah Parti yang sentiasa memperjuangkan nasib rakyat harus menggalas tanggungjawab dan harapan rakyat seluruhnya untuk mempunyai taraf kehidupan yang jauh lebih baik di negara ini dan perkara ini yang menjadi perhatian Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ianya perlu diberikan sokongan dan dokongan.

Liny Obliza
Koordinator Jinggawanis
Jingga13 Malaysia