Saturday 9 November 2019

Pertandingan Bola Tampar Anjuran Jingga13 Kluang meriah dengan semangat kesukanan

Jumaat, 8 Nov 2019
Kejohanan Bola Tampar Tertutup Kluang 2019
Anjuran Jingga13 Kluang dengan kerjasama Ahli Majlis Zon 24, Majlis Perbandaran Kluang.

12 Pasukan telah mengambil bahagian dengan perlawanan pertama bermula seawal 8 pagi dan final lebih kurang pukul 12.15 malam.


Kejohanan yang berlangsung dalam suasana meriah dengan setiap pasukan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.

Pasukan Majlis Perbandaran Kluang telah dinobatkan sebagai Juara setelah mengalahkan Pasukan Penjara dalam perlawanan akhir dengan membawa pulang hadiah wang tunai, medal dan juga hamper yang telah disampaikan oleh Sdr Jaafar Matek , Koodinator Jingga13 Kluang.

Tahniah kepada pasukan yang berjaya.

Muafakat Prihatin Berani

Jingga13 Kluang