Tuesday 19 November 2019

Jingga13 Perak santuni 3 asnaf di Parlimen Teluk Intan dan DUN Changkat Jong

Tanggal 16 November 2019 , Sabtu, Jingga13 Perak terus istiqamah dengan menziarahi 2 buah rumah yang mana 2 rumah di DUN Changkat Jong dan 1 rumah di Parlimen Teluk Intan


Sangat berbesar hati turut meluangkan masa menyertai Jejak Asnaf Jingga 13 Perak kali ini adalah Shahzalli Ishak merupakan koordinator Jingga 13 Perak

Untuk rumah pertama kami menziarahi rumah

Makcik Khadijah binti Abd Rahman 500330-08-5790
69 tahun, seorang Ibu tunggal dan asnaf . Beliau
mengidap sakit buah pinggang .


Makcik Khadijah tinggal  sendirian di rumah, tinggal bersebelahan rumah anaknya (sudah berkeluarga) yang juga merupakan asnaf.
Makcik Khadijah tidak bekerja kerana sudah tidak berupaya, makan minum semua disediakan oleh anaknya.

Makcik Khatijah mendapat pendapatan daripada SOCSO RM500 sebulan.
Baru-baru ini makcik khadijah terpaksa membuat tapak dylisis yang baru dilehernya di hospital Kuala Lumpur, kerana di bahagian lengan sudah tidak boleh dilakukan lagi.


Jingga13 Perak menyampaikan sedikit sumbangan barangan keperluan harian kepada mereka dan semoga sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung mereka.

Rumah kedua kami ziarah ialah rumah ialah Puan Rozilinda binti Zulkarnain
790713085294 di Parlimen Changkat Jong.

Puan Rozilinda tidak bekerja dan hanya mengharapkan pendapatan suami yang bekerja sebagai Security di Ipoh. Beliau mempunyai anak 4 orang di mana 3 orang masih bersekolah. Seorang kecil lagi.

Selain itu Puan Rozilinda terpaksa menjaga opah yang sudah tua berumur 82 tahun, tidak boleh bangun dan berjalan, hanya terbaring di katil sahaja .

Beliau sekeluarga tidak mempunyai rumah, tinggal di rumah pusaka opah yang menjadi rebutan anak beranak opah.O manakala Opah tidak  mahu tinggal bersama anak-anaknya , kerana lebih selesa dengan Puan Rozilinda yang telah dipelihara sejak kecil


Pada masa yang sama selain menjaga opahnya , Puan  Rozilinda menjaga ibu mertua, yang mata sudah tidak berapa nampak dan menggunakan wheelchair.
Mak mertua beliau tinggal sendirian di rumah yang lain.  Waktu siang Puan rozilinda akan ke rumah mertua untuk menghantar makanan dan keperluan yang diperlukan. Mak mertua juga duduk rumah pusaka yang menjadi rebutan adik beradik.

Mereka nak memohon rumah PPRT, dapat bawa sekali opah dan mak mertua duduk sekali.Puan Rozilinda  pernah memohon rumah PPRT , malangnya gagal .

Nama mak mertua: zaharah binti baba@mohamed zain
Ic: 440625-08-5200, umur 75 tahun.

Untuk rumah ketiga pula kami menziarahiNor Rizah Binti Bidin 720515-08-6436
Parlimen Teluk Intan


Ibu tunggal dan Asnaf Miskin ,tinggal bersama anak yang masih bersekolah. Beliau disyaki mengidap penyakit kanser tapi tidak buat rawatan kerana masalah kewangan dan tiada kenderaan.


Beliau  mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat RM300 sebulan. Sebelum ini beliau b
kerja kilang buat kipas (elektrik), gaji ikut hari. Sekarang ini sudah berapa bulan tidak bekerja kerana sakit.

Tinggal di rumah pusaka. Rumah papan yang lantainya hampir roboh. Hanya ada beberapa bahagian lantai sahaja yang boleh di pijak. Bumbung juga bocor-bocor. Tangga depan juga sudah roboh separuh. Beliau pernah
mohon bantuan untuk baiki rumah. tapi tak dapat.


Kepada mana-mana pihak atau individu perseorangan yang ingin memberi sumbangan ikhlas barang keperluan harian bolehlah menghubungi Koordinator Jingga13 Perlis Encik Shahzalli Ishak di talian 018 236 2930 atau Whatsapp

Team Jingga13 Perak mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang.
Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.