Thursday 14 November 2019

Jingga13 Johor lancar Jingga13 Rescue Team ( J13RT ) Johor 1 oleh Setiausaha Jingga13 Malaysia

Tanggal 13 November 2019 , 9.30 malam , Jingga13 Johor telah melancarkan Jingga13 Rescue Team ( J13RT) Johor 1 oleh Sdr Afainizam Abd Rahman , Setiausaha Jingga13 Malaysia bertempat di Pejabat Parti Keadilan Rakyat Cabang Tanjung Piai ( Bilik Gerakan Utama Rimba Terjun). Turut hadir ialah Sdr Zabidie Abas , Koordinator Jingga13 Johor dan Sdr Murad Jailani Koordinator J13RT Johor .


Sdr Afzainizam Abd Rahman dalam ucapannya mengucapkan tahniah di atas penubuhan Jingga13 Rescue Team ( J13RT ) Johor 1 pada hari ini serta menerangkan serba sedikit berkaitan penubuhan J13RT yang merupakan pertama kali ditubuhkan oleh Jingga13 Malaysia secara rasni dan J13RT Johor 1 merupakan pasukan ke tiga di Malaysia selepas penubuhan secara rasmi di Pahang dan Terengganu .  J13RT ditubuhkan atas rasa keprihatinan terhadap mangsa-mangsa banjir dan bencana serta Jingga13 Malaysia adalah merupakan NGO yang telah berdaftar sebagai di bawah Pusat Pengurusan Bencana Negara ( NADMA ) .


Sdr Zabidie , Koordinator Jingga13 Johor , dalam ucapannya turut mengalu-alukan kehadiran Sdr Setiausaha Jingga13 Malasysia bagi melancarkan J13RT Johor 2 dan turut    memaklumkan bahawa negeri Johor mempunyai 2 pasukan , di mana J14RT Johor 1 akan memfokuskan di kawasan Kulai , manakala J13RT Johor 2 di kawasani Kluang . J13RT Johor 2 akan dilancarkan kemudian kerana kesibukan Jingga13 Kluang menguruskan  Program Motivasi Kecemerlangan Peperiksaan SPM 2020, pada14 November 2019 di Kluang dan memaklumkan perlantikan Sdr Murad Jailani sebagai Koordinator J13RT negeri Johor .