Sunday 13 October 2019

ZIARAH PRIHATIN JINGGA13 PERLIS : KETABAHAN SEORANG IBU MENJAGA ANAK OKU DAN PENYAKIT KRONIK

Hari ini Jingga13 Perlis menziarahi 5 buah keluarga yang mempunyai anak pesakit kronik dan OKU.

Rumah pertama yang kami ziarah ialah seorang anak syurga bernama Muhammad Izzudin bin Mohd Azril yang berusia 5 tahun dan menghidap penyakit Cerebral Palsy,Microcephaly dan Global Deployment delay yang beralamat No 62, Jalan Cempaka Putih 2, Rpa Tambun Tulang 02600 Arau,Perlis.



Adik Izzudin dijaga oleh emaknya yang tidak berkerja dan ayahnya yang hanya bekerja di Kilang Shoruber.

Bantuan bulanan dari JKM sebanyak RM350 hanya cukup untuk memberi susu dan barang keperluan nya sahaja.

Semoga dengan sedikit bantuan dari Jingga13 Perlis dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh mereka.



Untuk rumah ke 2 kami menziarahi rumah adik Nor Adnisa BT Muhamad Nasir yang berumur 21 tahun dan tinggal di alamat No 43 Jalan Cempaka Putih 1,Rpa Tambun Tulang 02600 Arau,Perlis.


Adik Adnisa menghidap penyakit Dystonia Cerebral Palsy dan pernah menjalani pembedahan yang pertama kali di Malaysia iaitu Intrathecal Baclofea Pump.

Mereka menerima bantuan katil dari JKM dan setiap bulan perlu berulang alik ke Hospital Di Ipoh sementara dapat follow up di Kangar.

Pendapatan mereka hanya bergantung dengan ayahnya yang bekerja sendiri dan adik Adnisa memerlukan bantuan Pampers setiap bulanan.


Untuk rumah ke 3 kami menziarahi rumah adik Chryistan Dylan Anak John Kenedy di alamat Taman Intan Arau Perlis..

Adik Chryistan menghidap penyakit Kanser Leukimia B Positive ( Highrisk) yang memerlukan sebulan sekali kimoterapi di Hospital Pulau Pinang.

Mula-mula menyedari punca sebenar kanser ini adalah selepas adik Chryistan tiba- tiba jatuh  dan mula demam on off terus ke poliklinik berdekatan untuk ujian darah dan doktor mengesahkan adik Chryistan menghidap penyakit kanser dan memerlukan bantuan susu Pediasure setiap bulan.

Selepas mendapat maklumat Team Jingga13 Perlis terus memberi sedikit sumbangan barangan keperluan harian dan semoga sedikit bantuan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.


Rumah ke 4 yang kami ziarah ialah rumah adik Muhammad Aiman Haikal bin Syuhaidi di alamat Qtrs Loji Pembersihan Air Arau.

Adik Aiman menghidap penyakit Kanser Lymphoma dan memerlukan follow up 4 bulan sekali di Hospital di Pulau Pinang.

Sudah hampir 7 tahun menghidap penyakit ini dan Alhamdulillah dari hari ke hari doktor mengesahkan penyakit adik Aiman semakin pulih dan normal seperti biasa.

Sedikit sumbangan dari kami Team Jingga13 kepada keluarga adik ini dan semasa kami melawat rumah mereka baru sahaja kering dari banjir baru-baru ini..
Semoga keluarga tersebut tabah dengan ujian yang diberi.


Rumah ke 5 dan rumah terakhir kami ziarah pada pagi Ahad ini ialah rumah  adik Aniq Amsyar bin Azizan di alamat Kampung Guar Nangka Mata Ayer yang menghidap penyakit jantung berlubang dan urat saraf belakang ( tunjang ).


Menurut ibu nya Puan Mas Idayu hasil dari laporan doktor mengatakan jantung Adiik Aniq mempunyai 2 lubang dan urat saraf belakang adik Aniq mengalami masalah dan membantutkan pertumbuhan tumbesaran adik Aniq.

Buat masa sekarang  jantung berlubang adik Aniq tiada menunjukkan sama ada membesar atau pun tidak.

Adik Aniq mempunyai kembar yang sama umur dan kembarnya sihat dan sempurna seperti kanak-kanak yang lain.

Ayah mereka hanya bekerja sebagai pemandu lori E-Idaman dan adik Aniq dan kembarnya memerlukan bantuan Pampers dan susu bulanan sebanyak Rm600 sebulan.

Team Jingga13 Perlis terus menjejaki keluarga tersebut dan menyampaikan sedikit sumbangan barangan keperluan dapur dan semoga dengan sedikit bantuan ini dapat meringankan beban keluarga tersebut.

Kepada mana-mana pihak atau individu yang ingin memberi sumbangan kepada keluarga asnaf,pesakit kronik,ibu tunggal dan OKU boleh lah menghubungi Koordinator Jingga13 Perlis saudara Khairuddin bin Yusof di talian 014-6899091 dan Bendahari Jingga13 Perlis Puan Liyana di talian 017-4390805 untuk sebarang pertanyaan.

Jingga13 Perlis mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang mohon doakan agar segala urusan Team Jingga13 Perlis dipermudahkan segala urusan untuk membantu orang susah .