Saturday 12 October 2019

ZIARAH PEDULI : JINGGA13 PERLIS SANTUNI ANAK YATIM

Ziarah Peduli Jingga13 Perlis menziarahi 2 orang anak yatim yang baru kehilangan ibunya akibat kemalangan jalanraya.


Mereka dua beradik tinggal berdua di sebuah rumah kecik yang baru di buat di belakang rumah nenek mereka.

Si kakak sudah habis sekolah manakala adiknya masih bersekolah rendah.

Si kakak tidak dapat bekerja kerana motosikal yang mereka ada rosak dan tidak cukup wang untuk membaiki.


Selepas mendapat makluman Jingga13 Perlis terus menziarahi mereka dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada mereka.
Semoga dengan sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban mereka dua beradik..

Kepada mana-mana pihak atau individu yang ingin memberi barang keperluan dapur kepada keluarga asnaf atau sebagainya bolehlah menghubungi Koordinator Jingga13 Perlis Encik Khairuddin Yusof di talian 014-6899091 atau boleh whatsapp Kepada Bendahari Jingga13 Perlis Puan Liyana di talian 017-4390805 untuk sebarang pertanyaan.
Terima kasih dari kami Team Jingga13 Perlis.