Sunday 6 October 2019

JINGGAWANIS RAYU BANTU EN SAMSURI , DERITA LUMPUH TINGGAL BERSAMA ADIK OKU MENTAL

5 Oktober, 2019 Jinggawanis Jingga13 Malaysia yang di wakili oleh Koordinatornya Saudari Liny Obliza dan Setiausaha Jinggawanis Saudari Mazliwati melawat En. Samsuri Bin Mohd. Hamzah yang menderita lumpuh setelah mengalami kemalangan semasa berkelah di Kg. Kemensah, Ampang.


En. Samsuri yang pada ketika itu bekerja sebagai Juruteknik di Sime Darby telah terjatuh ke dalam sungai dan kepalanya terhantuk batu, mengakibatkan tempurung kepala pecah dan juga patah tulang belakang. Beliau telah dikejarkan ke hospital, selepas pembedahan En. Samsuri tidak lagi dapat  berjalan.


Selepas beliau keluar dari hospital, beliau telah dijaga oleh ibunya.  Dua tahun yang lepas ibu En. Samsuri telah meninggal dunia. Kini beliau tinggal di Desa Lembah Permai, Ampang  bersama seorang adik juga seorang OKU, di mana adik En. Samsuri seorang pesakit mental.

Terbaru En.Samsuri telah menjalani operation bagi membuang sebelah isi punggung kerana  telah dijangkiti kuman.  Kini beliau mengalami kesukaran untuk duduk dan cuma berbaring di kebanyakkan waktu.


En. Samsuri memerlukan ubat-ubatan bagi mencuci luka setiap hari. Beliau juga mendapat bantuan dari Pusat Zakat lebih kurang rm11 ribu setahun. Jumlah itu tidak mencukupi memandangkan beliau membelajakan sejumlah RM2 ribu sebulan bagi membeli pampers, ubat-ubatan termasuk (dressing set).


Jinggawanis, Jingga13 Malaysia ingin merayu sumbangan bagi meringankan derita yang ditanggung oleh En. Samsuri serta keluarganya. Sumbangan boleh terus ke :-

Samsuri Bin Mohd Hamzah
14005-41-00002004-3
BSN