Sunday 6 October 2019

Jingga13 Negeri Sembilan turun padang lawati asnaf di sekitar Port Dickson

Pada tarikh 5 Oktober 2019, Seramai 6 anggota Jingga 13 Negeri Sembilan turut serta untuk turun padang yang di ketuai oleh Koordinator Jingga 13 Negeri Sembilan saudara Mohd Khairudin bin Hashim . mereka telah menziarahi golongan yang kurang bernasib baik Di Daerah Port Dickson sekitar Kqmoubg Pasir Panjang, Kampung Bagan Pinang, Taman Poli, Kampung Teluk Kemang dan Linggi.



Lawatan di sekitar Kg. Bagan Pinang, pihak kami menziarahi keluarga Puan Ruzaimah yang menghidap penyakit buah pinggang dan salur jantung tersumbat, beliau memerlukan duit sekitar RM350. 00 untuk menampung kos ubat-ubatan dan peralatan untuk membuat proses dialisis di rumah beliau.  Ini kerana peralatan yang sedia ada tidak mencukupi dan memaksa beliau untuk mengeluarkan Wang sakunya yang sepatutnya dibelanjakan untuk keperluan harian.



Seterusnya di kawasan Kg. Linggi, pihak kami di kejutkan dengan keadaan asnaf yang sangat daif, hinggakan rumah yang didiami oleh beliau sangat usang. Sudah hampir 3 ke 4 kali pihak kami menziarahi rumah beliau namun ada yang mengatakan beliau tidak menduduki rumah tersebut untuk sementara waktu bagi tujuan baik pulih. Namun kini, ramai pihak yang membantu beliau, Jingga 13 Negeri Sembilan hanya dapat menghulurkan sedikit sumbangan yang berupa barangan dapur untuk keperluan harian Dan Tong Gas kepada beliau.



Di samping itu,seramai 6 orang komrad jingga13 negeri sembilan yang Di ketuai oleh saudara Mohd Khairudin menyusun langkah untuk meneruskan lagi misi menjejak asnaf di sekitar Kg. Pasir Panjang, Pihak jingga13 negeri sembilan menziarahi Dan mendengar keluhan, rentihan seorang ayah yang mempunyai 3 orang anak yang menghidap penyakit tyrod, kaki bengkak dan sesak nafas. Beliau tidak dapat pergi untuk membuat rawatan susulan ke HKL ekoran atas sebab tidak dapat mengendalikan kenderaan sebab faktor kesihatan yang beliau hadapi.




Seterusnya,sekitar pukul 3.45 petang pihak Jingga 13 bergerak ke Taman Poli untuk memberi sedikit sumbangan kepada Puan Jinab yang menghidap penyakit darah tinggi Dan kaki beliau sudah tidak berdaya lagi untuk berdiri lama,beliau memerlukan pempes untuk kegunaan harian.



Manakala 2 lagi keluarga asnaf yang lain merupakan SURI rumah sepenuh Masa sahaja, yang memperolehi pendapatan dari sumber gaji anak-anaknya.



Harapan kami, dengan sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga yang kurang bernasib bai