Wednesday 9 October 2019

Ayah bersama 3 anak merempat di kontena buruk , Jingga13 Johor lawati mereka

Hari ini, saya terima aduan, ada satu keluarga hidup melarat dan menumpang di sebuah kontena kosong yang telah ditinggalkan bertempat di Saleng, Kulai, Johor .

Saya bersama 5 orang komrad Jingga13 Johor yang lain bergegas ke tempat tersebut dan menyaksikan sendiri kedaifan kehidupan mereka.


Seorang ayah yang ditinggalkan oleh isteri bersama 3 orang anak, 15 tahun, 10 tahun dan 7 tahun. Bekerja sebagai tukang masak disebuah restoren, tetapi selama beberapa bulan telah tidak dibayar gaji menyebabkan mereka dihalau keluar dari rumah sewanya. Kini hidup merempat dijalanan.


Mujurlah ada kontena buruk dijadikan tempat sementara untuk berteduh. Manakala anak anaknya terpaksa diberhentikan persekolahan mereka kerana ayahnya tidak mampu. Sekarang ini bekerja sebagai pembantu kedai. Pendapatan hanya mampu untuk menyara makan dan minum keluarga sahaja.


Kami Jingga13 Johor, datang menghulurkan sedikit bantuan makanan untuk meringankan kesempitan yang dihadapi sekarang.


Selanjutnya kami akan berusaha sedaya upaya untuk membawa perkara ini kepihak JKM, PPD dan Baitulmal agar bantuan yang sepatutnya dapat dihulurkan kepada mereka.


Kami juga akan mengetengahkan kedaifan mereka kepada YB dan Pemimpin PH di kawasan yang berkenaan. Semoga ada pihak yang sudi membantu..


Laporan oleh :
ZABIDIE ABAS
Koordinator
JINGGA13 Johor