Thursday 12 September 2019

JINGGA13 TERENGGANU RAYU BANTU SDR MOHD FARID PERLU RM15 RIBU JALANI PEMBEDAHAN SARAF TUNJANG

Jingga13 Terengganu memohon dan merayu seluruh rakyat Malaysia yang prihatin bagi membantu menghulurkan bantuan kewangan kepada Sdr. Mohd Farid Bin Mohd Fadzir yang merupakan seorang tukang kerja-kerja besi (welding) .

Beberapa hati yang lalu sewaktu berkerja di  rumah sewa di Taman Desa Salam Bukit Payung, Marang , Terengganu telah mengalami kemalangan di mana tiba-tiba tong drum meletup dan terkena beliau . Beliau kini sekarang  di tempatkan  di Hospital Sultanah Nur Zahirah ( HSNZ ) , Kuala Terengganu di wad 4 EF.

Beliau memerlukan RM 15000 bagi menjalani pembedahan saraf tunjang dengan segera. Beliau kini hanya boleh menggerakkan mulut dan mata sahaja dan kesuluruhan anggota badannya tidak dapat digerakkan.

Sdr. Mohd Farid yang bekerja sendiri dan mempunyai seorang isteri dan empat orang anak tidak mampu untuk membiayai kos pembedahan tersebut .

Jingga13 Terengganu memohon dan merayu seluruh rakyat Malaysia yang prihatin dan pemurah menghulurkan derma kepada beliau agar dapat beliau melakukan pembedahan dengan segera .

Berikut adalah maklumat pesakit :

Nama Pesakit : Mohd Farid Bin Mohd Fadzir
Sakit : Kemalangan
Nama isteri : Rohaya Bt Mukhtar
No Telefon Isteri : 016-4304134
No akaun bank : BSN
 10161-41-00010666-4