SELAMAT DATANG

BLOG RASMI JINGGA 13 MALAYSIA [BLOG DIBINA SEJAK 22 NOVEMBER 2013] http://jingga13malaysia.blogspot.com

Saturday, 7 September 2019

Jingga13 Terengganu bàntu baiki atap rumah Mak Mah

Tanggal 7 September 2019  Jingga13 Terengganu telah mengadakan program membaiki atap rumah Mak Mah di Kg Hiliran, Kuala Terengganu .

Menurut Koordinator Jingga13 Terengganu Sdr. Shahrul Nizam , ini ada satu inisiatif dan komitmen bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan khususnya golongan miskin .

Mak Mah yang bekerja di warong makan juga merupakan ibu tunggal kematian suami tinggal di rumah tersebut bersama anak dan cucu-cucu beliau sudah lama mengharapkan bantuan membaiki atap rumah beliau yang bocor tapi malangnya tidak mendapat perhatian lebih-lebih lagi musim hujan setiap petang sekarang benar-benar menyukarkan .