Saturday 21 September 2019

Jingga13 Perlis Rayu Bantu Pakcik Shaari

Tanggal 20 September 2019 , Jingga13 Perlis telah menziarahi Pakcik Shaari di No. 2, Lorong Haji Hassan, Batu 1/2, Jalan Raja Syed Saffi, 01000 Kangar, Perlis.


Pakcik Shaari yang tinggal bersama bapa tirinya itu telah menghidap penyakit asma dan kabur penglihatan manakala bapa tirinya juga menghidap sakit tua.

Pakcik Shaari telah menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM 350.00 sebulan akan tetapi daripada jumlah berkenaan sebanyak RM 300.00 telah dibelanjakan untuk membayar sewa rumah yang didiami mereka.

Untuk makan mereka hanya bergantung kepada ihsan rakan-rakan dan jiran sekeliling untuk meneruskan hidup.

Kami telah dimaklumkan oleh Pakcik Shaari bahawa beliau tidak mampu untuk bekerja dan yang menyedihkan beliau telah diabaikan oleh anak-anak beliau yang sudah berumah tangga.


Kepada seluruh rakyat Malaysia yang baik hati, Jingga13 Perlis ingin merayu sumbangan bagi meringgankan beban Pakcik Shaari ini.

Sumbangan boleh disalurkan terus melalui akaun seperti butiran berikut:

Nama: Encik Shaari Bin Yahya
No. Akaun: 1005182000023843 Bank: AGROBANK.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Kordinator Jingga13 Perlis Sdr KHAIRUDDIN MOHD YUSOF ditalian 0146899091 untuk bantuan berupa makanan harian.