SELAMAT DATANG

BLOG RASMI JINGGA 13 MALAYSIA [BLOG DIBINA SEJAK 22 NOVEMBER 2013] http://jingga13malaysia.blogspot.com

Wednesday, 18 September 2019

JINGGA13 NEGERI SEMBILAN AGIH BARANGAN KEPADA ASNAF, GOLONGAN MISKIN

Jingga13 Negeri Sembilan menghulurkan sumbangan barangan keperluan harian kepada tiga buah keluarga asnaf di kawasan Port Dickson, hari ini.


Sdr Mohd Khairudin Hashim selaku Koordinator Negeri Sembilan bersama empat ahli yang lain sudah mengenalpasti golongan miskin dan asnaf bagi membolehkan sumbangan disalurkan kepada mereka sebagai bantuan untuk meringankan beban golongan itu di negeri ini.

Inisiatif ini dilaksanakan Jingga13 Negeri Sembilan dalam usaha untuk mendekati golongan tidak berkemampuan sama ada di bandar mahupun luar bandar.

Diharap bantuan ini akan meringankan beban penerima disamping membuktikan keprihatinan Jingga13 Negeri Sembilan dalam mendekati dan membantu golongan yang memerlukan.