Sunday 15 September 2019

JINGGA13 PAHANG RAYU BANTU PUAN NORA SEKELUARGA

Setelah mendapat info tentang En Nazri dan Pn Nora sekeluarga dalam facebook , maka Jingga13 Pahang terus menjejaki Pn Nora sekeluarga .


Jingga13 Pahang telah hadir ke rumah Pn Nora dan suaminya En Nazri  di Batu 6 Kuantan , Pahang  . Mereka sekeluarga menghuni di bawah sebuah gudang pakaian, dan pernah dijadikan bengkel kereta.

Sdr  Sharibuddin Ismail bersama  Sdr Razali Abu Bakar,Ahmad , Sdr Mohd Jefri Hussin dan Sdr  Muhammad Nur Alif Sa'audi daripada  Sekretariat Jingga13 Pahang hadir membawa sedikit sumbangan barang makanan bagi meringankan bebanan En Nazri sekeluarga .

Menurut Sdr Sharibuddin Ismail , Koordinator Jingga13 Pahang , * isteri beliau iaitu Pn. Nora merupakan seorang OKU di mana kaki kiri nya telah pun dipotong akibat diabetik , dan mereka juga mempunyai anak lelaki OKU, tapi nasib baik mampu bersekolah,dan pernah pernah dibedah, akibat jantung berlubang*.


Lebih menyedihkan bulan lepas mereka baru saha kehilangan anak perempuan kesayangan yang meninggal akibat sakit jantung.

Jingga13 Pahang merayu seluruh rakyat Malaysia yang prihatin agar dapat membantu En Nazri dan Pn Nora sekeluarga dengan menghulurkan sumbangan derma ikhlas  kepada akaun  CIMB atas nama Nora binti Nadzulan iaitu  CIMB  7620886200
dan boleh hubungi beliau ditalian 019-9196971

Pn Nora juga berharap mereka dapat memperolehi sebuah rumah sendiri daripada mana-mana pihak yang sudi membantu mereka sekeluarga.