Saturday 3 August 2019

JINGGA13 KECEWA TERDAPAT INDIVIDU YANG MAHUKAN TUN MAHATHIR MENJADI MUNAFIK

*JINGGA13 KECEWA TERDAPAT INDIVIDU YANG MAHUKAN TUN MAHATHIR MENJADI MUNAFIK*

_Kenyataan Media | 03 Ogos 2019_

Mutakhir ini terdapat suara-suara sumbang yang meminta agar Tun Mahathir terus kekal berkuasa sehingga sepenggal sebagai Perdana Menteri.

Tindakan sebegini benar-benar menunjukkan kejelekan politik apabila mencadangkan agar Tun Mahathir menjadi munafik iaitu melanggar konsensus Pakatan Harapan yang telah dimeterai secara bersama oleh Tun Mahathir sendiri dalam satu perjanjian Muafakat Pakatan Harapan  pada 6 Januari 2018 yang lalu di Shah Alam.

Jingga13 yakin Tun Mahathir merupakan seorang negarawan, orang Islam dan bangsa Melayu yang beradab mulia serta yang mempunyai integriti dan kredibiliti. Yang pasti beliau akan mengotakan janji itu yakni untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PM ke-8.

'Kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada janjinya' merupakan peribahasa Melayu yang menuntut agar manusia berpegang pada janji,  bukannya bersifat munafik iaitu apabila janji diingkari, apabila bercakap bohong yang merupakan perbuatan yang ditegah sama sekali dalam Islam.

*Fariz Musa*
Ketua Koordinator
Jingga13 Malaysia