Wednesday 5 April 2017

Kenyataan Media
Jingga13 Malaysia
05 April 2017

*ROGOL ADALAH JENAYAH! PENDIRIAN AHLI PARLIMEN UMNO MEMALUKAN !


Kenyataan Ahli Parlimen Umno BN, Datuk Shahbudin Yahya berhubung isu perogol mengahwini mangsa mereka dilihat seakan merendahkan martabat seorang wanita di negara ini. Ini merupakan satu lagi lontaran idea yang kurang bijak daripada seorang yang bertaraf Ahli Parlimen.

Ini secara tidak langsung seakan-akan menggalakkan jenayah rogol berlaku. Bukankah ini akan merendahkan martabat kaum wanita kerana memaksanya berkahwin dengan orang yang telah menghancurkan masa depannya? Bukankah si perogol adalah penjenayah, mengapa perlu mangsa berkahwin dengan penjenayah yang telah meroskakkan masa depannya. Sebaliknya, mangsa patut dilindungi daripada penjenayah.

Penjenayah kes-kes berat seperti rogol seharusnya diambil tindakan tegas dengan hukuman yang berat.Mangsa jenayah ini sudah tentu akan mengalami trauma sepanjang hidup mereka.

Apa yang perlu ditekankan oleh kerajaan ialah dengan memberikan pendidikan seks awal di sekolah bersama dengan nilai agama seperti akhlak dan adab pergaulan dengan berlainan jantina.

Jingga13 Malaysia ingin tegaskan bahawa perbuatan rogol ialah jenayah, ia jenayah yang tidak boleh diterima dalam masyarakat kita. Adakah anda sokong tindakan ganas (rogol) itu dengan membenarkan perkahwinan itu berlangsung?

Jenayah seperti ini pernah terjadi pada 2013, di mana seorang lelaki yang merogol kanak-kanak 12 tahun mengahwini mangsanya untuk mengelak hukuman penjara, dan perkara ini membangkitkan kemarahan hak asasi manusia. Bagaimanapun, tahun berikutnya mahkamah tinggi menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap bapa empat anak itu.

Jika kes seumpama ini tidak kena pada batang hidung sendiri, selagi itu ianya dipandang sepi dan tidak dipedulikan.


*Muafakat* *Prihatin* *Berani*


*LINY OBLIZA*
Koordinator Jinggawanis
Jingga13 Malaysia

Monday 3 April 2017



Kenyataan Media

01 April 2017

*JINGGA13 MALAYSIA GESA TUBUH BADAN PENYIASATAN KHAS EKORAN PENAHAN AISHAH*

Jingga 13 Malaysia ambil maklum penahanan pelajar Universiti Malaya, Siti Noor Aishah yang ditahan semula di bawah SOSMA pada 27 Mac lalu.

Ini bukan kes pertama kali penahan kejam oleh kerajaan Umno BN di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) mahupun SOSMA. Bukankah kes Aishah pada tanggal 29 September 2016 telah diperintahkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman untuk dibebaskan kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan kes 'prima facie'? Malah tiada bukti buku yang dimiliki diharamkan pihak kerajaan.

Mengapa Aishah telah di'dera'  oleh pihak berkuasa sedemikian rupa sehingga betul-betul dibuktikan bersalah?

1. Jingga13 malaysia menggesa polis menubuhkan badan penyiasatan khas berhubung penahanan Aishah.

2. Jingga13 Malaysia tidak akan membela jika individu itu adalah penjenayah sebaliknya hanya mereka yang teraniaya.

3. Akta-akta kejam dan zalim ini disalahgunakan kerana ia sebenarnya untuk jenayah berat dan bukan untuk menangkap orang sesuka hati. Tambahan Aishah tiada rekod jenayah.

Jingga13 Malaysia khuatir sekiranya kes seumpama ini dibiarkan berlarutan tanpa pembelaan sewajarnya, Aishah ditahan ketika usia masih muda akan menyebabkan masa depan beliau terjejas.


*Muafakat*  *Prihatin*  *Berani*

*Liny Obliza*
Koordinator Jinggawanis
Jingga13 Malaysia