SELAMAT DATANG

BLOG RASMI JINGGA 13 MALAYSIA [BLOG DIBINA SEJAK 22 NOVEMBER 2013] http://jingga13malaysia.blogspot.com

Tuesday, 20 June 2017

Program Prihatin Sumbangan Raya Jingga13 Malaysia.

Assalamualaikum

Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua komrad bagi menjayakan *Program Prihatin Sumbangan Raya Jingga13 Malaysia* bersama JKP Zon15.
Sumbangan berbentuk duit raya, barang dapur dan door gitf telah diserahkan kepada 5 keluarga. Dan edaran di bazaar juadah Cheras Indah.

Terima kasih juga kepada komrad, para penyumbang dan JKP Zon 15 diatas sumbangan bagi menjayakan Program Prihatin Sumbangan Raya Jingga13 Malaysia. Semoga Allah SWT jua yang membalas jasa anda semua.

Yang Ikhlas,
Liny Obliza
Koordinator Jinggawanis
Jingga 13 Malaysia.














Tuesday, 6 June 2017

*SPRM PERLU SIASAT DANA 1MDB RM9.5 JUTA DISALURKAN KEPADA TAN SRI MUHAMMED SHAFEE ABDULLAH*

Laporan SPRM Jingga13 Malaysia d SPRM Selangor,  5 Jun 2017 terhadap DS Najib Razak berkaitan Dana RM9.5juta pembayaran kepada TS Shafee Abdullah dalam kes fitnah 2 terhadap DS Anwar Ibrahim sepertimana laporan Sarawak Report.

_Kenyataan Media | 05 Jun 2017_

Jingga13 yakin bahawa selagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkuasa, kes seumpama ini tidak akan diambil tindakan. Namun, Jingga13 berpendirian bahawa ianya tidak wajar dibenarkan berlalu begitu sahaja.

Pada 31 Mei 2017 (Rabu) portal Sarawak Report dengan tajuk 'Najib Paid Anwar's Prosecutor RM9.5 Million From 1MDB Slush Fund WHY? EXCLUSIVE REPORT' dengan link http://www.sarawakreport.org/…/najib-paid-anwars-prosecuto…/ (kini tidak boleh diakses kerana laman ini telah dihalang capaiannya oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)) telah menamakan Shafee Abdullah sebagai penerima dana daripada Najib Razak.

Shafee merupakan orang yang sangat rapat dengan Najib Razak dan telah dilantik sebagai pendakwa raya dalam kes rayuan Fitnah II, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai telah menerima dua kali pembayaran. Pembayaran untuk apa?
Dipercayai pada 11 September 2013 Najib Razak telah membayar RM4,300,000 daripada akaun AmBank beliau no akaun 2112022011906 dan sekali lagi pada 17 Februari 2014, Shafee telah menerima RM5,200,000 daripada akaun yang sama. Akaun ini dikenalpasti sebagai akaun yang sama, di mana RM4 bilion telah dipinjamkan oleh dana pencen Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) melalui anak syarikat 1MDB, SRC.

Pada bulan Januari 2016, Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali secara tidak sengaja pada sidang media telah mengesahkan bahawa aliran wang ke dalam akaun yang sama 2112022011906 dan mengumumkan bahawa tiada salah laku telah dilakukan oleh 1MDB dan seterusnya menutup siasatan terhadap 1MDB.

Sehingga sekarang, tiada sebarang penafian atau sebarang reaksi daripada kedua-dua pihak (Najib Razak dan Shafee Abdullah) mengenai perkara ini. Ini bermakna bahawa dokumen-dokumen lain mengenai kes-kes melibatkan Najib Razak dan dana 1MDB/SRC yang sebelum ini pernah dilaporkan wajar dibuka kembali kes dan SPRM harus membuat siasatan lanjut.

Jingga13 mendesak supaya SPRM tidak terus berdiam diri dan SPRM perlu berdepan dengan rakyat jika tiada tindakan diambil ke atas Najib Razak walaupun maklumat-maklumat ini secara jelas menunjukkan ada asas yang cukup kukuh untuk membuka kembali siasatan ke atas Najib Razak.

*Mikhael Iskhandaar*
Naib Ketua Koordinator
Jingga13 Malaysia

Monday, 5 June 2017

Jingga 13 wants MACC to reopen 1MDB case

SHAH ALAM: Opposition-linked NGO, Jingga 13, today urged the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) to reopen its case on 1Malaysia Development Berhad (1MDB) and former subsidiary SRC International Sdn Bhd.

This was based on ‘new evidence’ reported by whistleblower site Sarawak Report (SR) that claimed Prime Minister Najib Razak had paid lawyer Muhammad Shafee Abdullah a sum of RM9.5 million from 1MDB funds.

Jingga 13 vice coordinator Mikhael Iskhandaar said Shafee, who acted as the prosecutor in the appeal against Anwar Ibrahim’s sodomy II trial, was very close to Najib and was said to have received payment twice from the premier.

He said the case should be reopened by the MACC since there has been no denial or even any form of reaction from both Najib and Shafee in regards to the claims made by Sarawak Report.

“This means that other documents involving Najib and 1MDB/SRC funds should be reopened and MACC must investigate this further.

“Jingga 13 urge MACC not to keep quiet and face the people if no actions are to be taken against Najib despite these information clearly stated that there is a strong basis for the case to be reopened,” he said at the Selangor MACC office today

He was speaking to reporters after lodging a report at the commission.

“Recently MACC has been doing a very good job in exposing high profile cases. So we hope the same will be done on this case,” he said.

On May 31, Sarawak Report published an article titled ‘Najib paid Anwar’s prosecutor RM9.5 million from 1MDB slush fund. Why?’, where the site had named Shafee as the fund receiver.

It was also reported on Sarawak Report that Najib had paid Shafee RM4,300,000 on Sept 11, 2013, and RM5,200,000 on Feb 17, 2014 from his AmBank private account.

On January 2016, Attorney-General Mohamad Apandi Ali announced that there were no misappropriation involved with the said account hence closing the investigations on 1MDB.

http://www.beritadaily.com/jingga-13-wants-macc-to-reopen-1mdb-case/

Tuesday, 25 April 2017

Kenyataan Media

Jingga13 Malaysia

26 April 2017

MENGUTUK SEKERAS-KERASNYA TINDAKAN BIADAP PENGACARA PROGRAM TV3 ATAS PERBUATAN MENGHINA DAN MEPERSENDAKAN NAMA BAPA KEPADA JAGUH OLAHRAGA NEGARA, WATSON NYAMBEK.

Sebagai sebuah stesen Televisyen Malaysia ,TV3 seharusnya peka terhadap sesebuah rancangan serta intipati program yang ingin dipertontonkan.

Dalam hal ini, ternyata program yang di tayangkan kepada umum menerusi rancangan komedi 'Sukan Tak Sentral' adalah sebuah rancangan tertunda, yang menghairankan pihak editorial dan penerbitan stesen tv tersebut seperti tidak mempedulikan apabila sentimen-sentimen penghinaan.

Malah percakapan pengacara rancangan berkenaan bercakap tanpa mempedulikan perasaan orang lain, dan dibiarkan menjadi sebuah bahan ejekan serta lawak kepada seluruh rakyat Malaysia.

Tindakan tersebut amat jelas tidak menghormati sensiviti masyarakat terutama sekali yang telah meninggal dunia.

Jingga13 Malaysia menyokong tindakan Watson yang berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang  terhadap stesen televisyen swasta itu.

Justeru dengan itu, rakyat Malaysia dapat menilai sendiri bagaimana fungsi media pada masa ini terutamanya TV3 yang sewenang-wenangnya membiarkan sesuatu penghinaan dilakukan.

Bukankah nama seseorang individu itu amat mulia bagi dirinya dan keluarga, bukan untuk dipersendakan sesuka hati.

Disini kita dapat lihat bahawa media yang dekat dengan UMNOBN itu sudah ketandusan bahan atau idea dan perkara seumpama ini tidak boleh dipandang ringan.

Kami sebagai sebahagian besar rakyat Malaysia berharap, mana-mana media untuk lebih peka dan tidak mencampurkan unsur-unsur sensitif di dalam mana-mana rancangkan yang bakal dipertontonkan.

Media memainkan peranan penting dalam membentuk perpaduan masyarakat Malaysia 'jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga'.

'Muafakat  Prihatin Berani'

Heikarl edzha Zaini
Koordinator Panatia Anak Muda
Jingga13 Malaysia

Wednesday, 5 April 2017

Kenyataan Media
Jingga13 Malaysia
05 April 2017

*ROGOL ADALAH JENAYAH! PENDIRIAN AHLI PARLIMEN UMNO MEMALUKAN !


Kenyataan Ahli Parlimen Umno BN, Datuk Shahbudin Yahya berhubung isu perogol mengahwini mangsa mereka dilihat seakan merendahkan martabat seorang wanita di negara ini. Ini merupakan satu lagi lontaran idea yang kurang bijak daripada seorang yang bertaraf Ahli Parlimen.

Ini secara tidak langsung seakan-akan menggalakkan jenayah rogol berlaku. Bukankah ini akan merendahkan martabat kaum wanita kerana memaksanya berkahwin dengan orang yang telah menghancurkan masa depannya? Bukankah si perogol adalah penjenayah, mengapa perlu mangsa berkahwin dengan penjenayah yang telah meroskakkan masa depannya. Sebaliknya, mangsa patut dilindungi daripada penjenayah.

Penjenayah kes-kes berat seperti rogol seharusnya diambil tindakan tegas dengan hukuman yang berat.Mangsa jenayah ini sudah tentu akan mengalami trauma sepanjang hidup mereka.

Apa yang perlu ditekankan oleh kerajaan ialah dengan memberikan pendidikan seks awal di sekolah bersama dengan nilai agama seperti akhlak dan adab pergaulan dengan berlainan jantina.

Jingga13 Malaysia ingin tegaskan bahawa perbuatan rogol ialah jenayah, ia jenayah yang tidak boleh diterima dalam masyarakat kita. Adakah anda sokong tindakan ganas (rogol) itu dengan membenarkan perkahwinan itu berlangsung?

Jenayah seperti ini pernah terjadi pada 2013, di mana seorang lelaki yang merogol kanak-kanak 12 tahun mengahwini mangsanya untuk mengelak hukuman penjara, dan perkara ini membangkitkan kemarahan hak asasi manusia. Bagaimanapun, tahun berikutnya mahkamah tinggi menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap bapa empat anak itu.

Jika kes seumpama ini tidak kena pada batang hidung sendiri, selagi itu ianya dipandang sepi dan tidak dipedulikan.


*Muafakat* *Prihatin* *Berani*


*LINY OBLIZA*
Koordinator Jinggawanis
Jingga13 Malaysia

Monday, 3 April 2017



Kenyataan Media

01 April 2017

*JINGGA13 MALAYSIA GESA TUBUH BADAN PENYIASATAN KHAS EKORAN PENAHAN AISHAH*

Jingga 13 Malaysia ambil maklum penahanan pelajar Universiti Malaya, Siti Noor Aishah yang ditahan semula di bawah SOSMA pada 27 Mac lalu.

Ini bukan kes pertama kali penahan kejam oleh kerajaan Umno BN di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) mahupun SOSMA. Bukankah kes Aishah pada tanggal 29 September 2016 telah diperintahkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman untuk dibebaskan kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan kes 'prima facie'? Malah tiada bukti buku yang dimiliki diharamkan pihak kerajaan.

Mengapa Aishah telah di'dera'  oleh pihak berkuasa sedemikian rupa sehingga betul-betul dibuktikan bersalah?

1. Jingga13 malaysia menggesa polis menubuhkan badan penyiasatan khas berhubung penahanan Aishah.

2. Jingga13 Malaysia tidak akan membela jika individu itu adalah penjenayah sebaliknya hanya mereka yang teraniaya.

3. Akta-akta kejam dan zalim ini disalahgunakan kerana ia sebenarnya untuk jenayah berat dan bukan untuk menangkap orang sesuka hati. Tambahan Aishah tiada rekod jenayah.

Jingga13 Malaysia khuatir sekiranya kes seumpama ini dibiarkan berlarutan tanpa pembelaan sewajarnya, Aishah ditahan ketika usia masih muda akan menyebabkan masa depan beliau terjejas.


*Muafakat*  *Prihatin*  *Berani*

*Liny Obliza*
Koordinator Jinggawanis
Jingga13 Malaysia