Saturday 3 October 2015

JINGGA 13 NAFI LAPORAN BLOG BAHAWA JINGGA13 BERPECAH DAN HANCUR

Kenyataan Media
Jingga13 Malaysia
3 Oktober 2015

JINGGA 13 NAFI LAPORAN BLOG BAHAWA JINGGA13 BERPECAH DAN HANCUR

JINGGA13 Malaysia telah menafikan satu laporan oleh sebuah blog yang sedang tersebar di media sosial berjudul "AKHIRNYA FARIZ MUSA DAN JINGGA 13 HANCUR ANGKARA KETAMAKAN, KEHALOBAAN DAN KESERAKAHAN!!! " adalah berbaur fitnah dan tidak benar .
JINGGA13 Malaysia di bawah pimpinan Ketua Koordinator Sdr Fariz Musa terus kekal muafakat dan tidak berlaku sebarang apa-apa perpecahan sepertimana yang digembar-gemburkan oleh blog yang tidak beretika tersebut dan melucukan .
JINGGA13 Malaysia terus bergerak aktif dan konsisten dalam memperjuangkan isu rakyat , rasuah dan penyelewengan oleh Kerajaan UMNO/BN. Malah kami muafakat bersama NGO lain dalam memperjuangkan isu rawatan kesihatan DS Anwar Ibrahim dan beberapa aktiviti lain.
Seluruh kepimpinan dan ahli JINGGA13 di seluruh Malaysia tetap teguh bersama Ketua Koordinator Sdr Fariz Musa dan menolak segala usaha yang bertujuan memecahbelahkan JINGGA13 oleh pihak yang tidak bertanggungjawap.
MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI
Khairul Zamir @ meirpeej
Setiausaha 
JINGGA13 Malaysia

JINGGA 13 BERSAMA NGO SERAH MEMORANDUM KE SUHAKAM ISU RAWATAN DS ANWAR IBRAHIM

Tarikh : 2 Oktober 2015 
Tempat : Ibu Pejabat SUHAKAM , Kuala Lumpur









PENYERAHAN MEMORANDUM NGO KE KEMENTERIAN KESIHATAN BERKAITAN ISU RAWATAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

TARIKH 30 SEPTEMBER 2015





JINGGA 13 BERSAMA OTAI REFORMASI DAN NGO SERAH MEMORANDUM KEPADA DYMM YANG DIPERTUAN AGONG HENTIKAN PERHIMPUNAN MELAYU BERSATU












Thursday 1 October 2015

JINGGA 13 BERSAMA NGO WALKABOUT MUHIBBAH DI PETALING STREET BANTAH HIMPUNAN BAJU MERAH













5 LAGI DIDAKWA SELASA SERTAI #KITALAWAN

AKIB

OLEH EILEEN NG

Maria Chin , Fariz Musa , MP , Dua Yang Lain Di Dakwa Di Bawah PAA

AKIB

8 September 2015

Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah; MP PKR Bayan Baru, Sim Tze Tzin dan dua yang lain, dihadapkan ke mahkamah hari ini di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 kerana didakwa mengambil bahagian dalam perhimpunan #KitaLawan pada 28 Mac.
Mereka tidak mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur terhadap pertuduhan mengadakan protes haram.
Majistret Muhamad Faizal Ismail menetapkan jaminan RM500. Majistret menetapkan 16 Oktober ini untuk sebutan semula kes.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 4 (2) (c) Akta Perhimpunan Aman, dan boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 jika sabit kesalahan.
Sim akan kehilangan status ahli Parlimen jika sabit kesalahan.
Dua lagi didakwa ialah aktivis Mandeep Singh dan pemimpin Jingga 13 Fariz Musa.
Sementara itu, pemimpin Pemuda Parti Amanah Negara, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar (foto) dikenakan tuduhan hasutan kerana ucapannya di perhimpunan #KitaLawan pada 21 Mac.
Dia didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948.
Fakhrulrazi tidak mengaku bersalah dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin.
Majistret menetapkan 11 Disember ini untuk sebutan semula kes itu.

Jingga13 disekitar BERSIH 4