Friday 28 August 2015

BAJU BERSIH 4 JINGGA13 LIMITED EDITION




JINGGA 13 MENYERU SELURUH RAKYAT JIWA MERDEKA TURUN BERSIH 4

JINGGA13 Malaysia menyeru seluruh rakyat Malaysia yang mempunyai jiwa yang merdeka untuk turun ke perhimpunan aman BERSIH 4 pada
29 - 30 Ogos 2015 sebagai tanda solidariti dan komitmen terhadap kecintaan kepada tanahair sempena tanggal keramat 31 Ogos hari kemerdekaan negara.

Rakyat Malaysia yang terdiri pelbagai kaum, etnik dan budaya sewajibnya bersatu dalam menyelamatkan negara yang sedang dilanda krisis ekoran dari kebobrokkan sang penguasa sehingga rakyat terpaksa berdepan dengan GST 6% , kenaikan harga barang dan keperluan , nilai mata wang yang semakin merudum , peningkatan kos sara hidup dan ekonomi negara yang semakin tenat.

Skandal 1MDB yang melihat lambakkan hutang negara RM42 billion, isu wang derma RM2.6 billion dalam kantung DS Najib Razak , kegagalan Kerajaan Barisan Nasional mengurus tadbir negara dengan belanjawan defisit selama 18 tahun berturut-turut sejak 1998 , hutang negara yang semakin meningkat dijangka pada tahun 2015 ialah RM 847 billion ( sumber The Economist ) serta amalan rasuah dan ketirisan yang sudah tidak dapat bendung lagi memberikan kesan kepada rakyat marhean sedangkan DS Najib Razak dan DS Rosmah Mansor serta seluruh pemimpin UMNOBN hidup penuh kemewahan.

Tindakan DS Najib Razak telah dilihat menyalahgunakan kuasa dalam usaha menyelamatkan diri ekoran skandal 1 MDB dan isu wang RM 2.6 billion , menyekat kebebasan media dengan mengantung The Edge , menyiasat dan menekan SPRM , menafi akses Sarawak Report dan sebagainya menjadikan Malaysia sedang menuju negara kuku besi.

JINGGA13 Malaysia menyatakan sokongan terhadap tuntutan BERSIH 4 ke arah  pilihanraya yang adil dan telus. Lima tuntutan Bersih 4 iaitu 1) Pilihanraya yang bebas dan adil 2) Ketelusan kerajaan 3) Hak berhimpun 4) Memperkukuhkan sistem parlimen demokrasi 5) Menyelamatkan ekonomi negara adalah merupakan tuntutan untuk menyelamatkan negara yang bermaruah dan merdeka. 

JINGGA13 Malaysia turut mendesak agar DS Anwar Ibrahim dibebaskan dengan segera ekoran konspirasi jahat para konspirator dengan pertuduhan yang tidak masuk akal  serta diberikan hak kesihatan yang sewajarnya ekoran kesihatan beliau yang semakin membimbangkan di Penjara Sungai Buluh. 

JINGGA 13 Malaysia menyeru pihak polis agar bersama-sama rakyat Malaysia ke arah menyelamatkan negara dan bukannya memberikan tekanan dan ugutan melalui tindakan undang-undang dan pelbagai tindakan yang bertujuan untuk menahan dan mencederakan rakyat yang akan berhimpun pada BERSIH 4 kerana Perkara 10 perlembagaan negara memberikan hak dan kebebasan kepada rakyat untuk berhimpun secara aman dan bersuara serta menolak sebarang tindakan provokasi yang bertujuan mencemar perhimpunan BERSIH 4. 

Ayuh rakyat Malaysia yang merdeka, muafakat ke arah menyelamatkan Malaysia yang tercinta, turun beramai-ramai ke himpunan aman BERSIH 4 di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu pada 29 - 30 Ogos 2015 dan menolak DS Najib Razak , UMNO dan Barisan National ! 

Muafakat*Prihatin*Berani

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA13 Malaysia