Saturday 4 July 2015

Friday 3 July 2015

Skandal RM2.67 Billion : Jingga13 desak Najib berikan penjelasan dan satu Suruhanjaya DiRaja diwujudkan segera 


Pendedahan dan dakwaan laporan penyiasatan terhadap skandal 1MDB oleh Wall Street Journal dan Sarawak Report berkaitan RM2.67 billion yang telah dipindahkan ke akaun peribadi milik DS Najib Razak benar-benar mengejutkan dan mengemparkan rakyat Malaysia.

Jingga13 Malaysia mendesak DS Najib Razak memberikan penjelasan dan membuktikan segala dakwaan dan laporan tersebut adalah tidak benar dengan mengemukakan bukti kerana ini merupakan satu dakwaan serius yang melibatkan integriti dan kredibeliti beliau sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. 

Jingga13 Malaysia juga meminta agar diwujudkan dengan segera Suruhanjaya DiRaja yang benar-benar telus dan profesional bagi menyiasat skandal ini. 

Muafakat*Prihatin*Berani

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator 
Jingga13 Malaysia
JINGGA 13 KECAM KENAIKAN HARGA MINYAK, DESAK KERAJAAN BERI PENJELASAN

JINGGA 13 mengecam tindakan kerajaan  menaikkan harga minyak 10 sen bg RON95 dan 20 sen bg RON 97 setelah memberikan bonus sebanyak RM500 kepada kakitangan awam. Tindakan menaikkan harga minyak ini seolah-olah merupakan galang ganti sebagai menampung kembali pemberian bonus tersebut yang akhirnya memberikan kesan sepenuhnya kepada rakyat sedangkan harga minyak mentah dunia adalah menurun  dan turut dirasai dari kejatuhan mata wang Ringgit.


Malah rakyat sudah pun terbeban dengan kenaikan harga barang dan GST.  Rakyat terpaksa membayar harga yang mahal akibat urus tadbir kerajaan yang lemah dan kegagalan DS Najib Razak sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

JINGGA 13 juga mempersoalkan kenyataan yang dibuat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek yang mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan lagi mengumumkan harga baru petrol pada hari terakhir setiap bulan, sebaliknya pengguna hanya akan mengetahui harga baru sama ada berubah atau kekal pada tengah malam.

Jika sebelum ini kerajaan akan memaklumkan terlebih dahulu melalui media beberapa hari sebelum kenaikan minyak dibuat, mengapakah sekarang ini pihak kerajaan cuba untuk berbuat sebaliknya? Adakah ianya polisi baru yang diamalkan oleh kerajaan sebagai cara untuk melepaskan diri daripada berhadapan dengan bantahan rakyat?

Rakyat juga perlukan penjelasan berhubung dengan perkara-perkara ini memandangkan tindakan-tindakan kerajaan ini dilihat semakin merugikan rakyat dari sehari ke sehari dan memberikan tekanan serta kesan negatif khususnya golongan berpendapatan rendah dan miskin berikutan kenaikan tersebut , lebih-lebih lagi dalam suasana umat Islam berdepan dengan Ramadhan dan persiapan menyambut Idul Fitri.

JINGGA 13 juga menyokong penuh pemfailan rang undang-undang persendirian untuk mewujudkan Tabung Penstabilan Harga Minyak di Parlimen dalam sesi akan datang. Ini kerana kewujudan Tabung Penstabilan Harga Minyak tersebut adalah berkaitan dengan kebajikan rakyat.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI


FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA13 Malaysia