Sunday 4 January 2015

Laporan ringkas Misi Prihatin (banjir) Jingga 13 Malaysia — 2 Januari 2015

‎MISI Prihatin (banjir) Jingga 13 Malaysia di negeri Kelantan diteruskan pada hari kedua, 2 Januari 2015. Hari ini bantuan kemanusiaan diagih-agihkan kepada mangsa banjir di kawasan seterusnya.

Kami bergerak ke salah sebuah kawasan pedalaman Kelantan‎ iaitu di Temangan yang terletak dalam daerah Machang.Kawasan ini difahamkan, adalah antara kawasan dhaif. Penduduk di kawasan ini antara yang terjejas ditimpa musibah banjir. 

Tambahan pula, keadaan kawasan yang terletak di pedalaman menyebabkan ia kurang mendapat perhatian masyarakat umum sekaligus menyebabkan kurangnya bantuan diterima oleh mangsa banjir kawasan ini.

Hasil tinjauan kami, sebuah rumah di kawasan ini ranap sepenuhnya akibat bencana banjir yang berlaku baru-baru ini.


Bantuan diagihkan seperti semalam, di mana kami singgah dari satu rumah ke satu rumah yang lain untuk menghulurkan bungkusan berisi bantuan kemanusiaan.


Selain itu ada juga bantuan yang kami hulur kepada mangsa banjir di sepanjang perjalanan, sama ada mereka sendiri meminta bungkusan yang kami bawa ataupun kami memerhatikan sendiri sesiapa yang dirasakan layak menerima bantuan akan kami hulurkan bungkusan bantuan di sepanjang perjalanan kami.

‎Laporan harian ringkas sepanjang Misi Prihatin (banjir) Jingga 13 Malaysia — 2 Januari 2015