SELAMAT DATANG

BLOG RASMI JINGGA 13 MALAYSIA [BLOG DIBINA SEJAK 22 NOVEMBER 2013] http://jingga13malaysia.blogspot.com

Tuesday, 3 November 2015

JINGGA13 KUALA LANGAT BANTU ADUN MORIB RAIKAN RAKYAT BERPENDAPATAN RENDAH DALAM PROGRAM JOM SHOPPING SEMPENA DEEPAVALI

MORIB, 31 OKTOBER Program pemberian kupon membeli belah bernilai RM100 bagi Program Jom Shopping sempena perayaan akan diperkemaskan lagi bagi membolehkan lebih ramai golongan kurang berkemampuan mendapat manfaat dari program ini.

Tindakan tersebut diambil selepas Kerajaan Negeri mengambil kira maklum balas yang diterima berhubung komposisi sesuatu kaum yang berbeza di setiap kawasan DUN di Selangor.

Selain itu, Menurut Y.B Tuan  Hj. Hasnul Bin Baharuddin (AMANAH) , program yang diperluaskan bagi perayaan Deepavali ini juga akan dijadikan program tahunan dan peruntukkannya akan dimasukkan di dalam belanjawan tahunan Kerajaan Negeri, setiap DUN diperuntukkan kira-kira 500 kupon membeli belah itu yang akan diberikan kepada keluarga berpendapatan bawah RM1,500. Beliau berkata demikian semasa Program Jom Shopping yang diadakan di Pasaraya Econsave di sini.

Program terbabit dilaksanakan menjelang perayaan Deepavali yang akan disambut bulan depan yang merupakan kesinambungan program Jom Shopping yang dilaksanakan Kerajaan Negeri.

Rata-rata penerima teruja dan gembira dengan pemberian daripada Kerajaan Negeri itu.

Penerima, M.Gunasegaran, 51, berkata pemberian itu dapat menampung perbelanjaan dapur semasa perayaan.

“Saya ini daripada keluarga yang susah, kesihatan pun tidak begitu memuaskan, jadi saya sangat-sangat berterima kasih,” katanya ketika ditemui.

Bagi L.Pawanni, 55, mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang berusaha membantu golongan berpendapatan rendah.

“Walaupun dengan jumlah macam sedikit, tapi sekurang-kurangnya kami sekeluarga gembira dengan pemberian ini,” katanya.

Program ini juga telah di jayakan oleh sukarelawan dari Jingga13 Kuala Langat yg di Ketuai oleh sdr Zainal Abidin b Abd Karim, Ketua JINGGA 13 Kuala Langat dengan kenyataannya memperkenal, "Jingga 13 bergerak aktif dan konsisten dalam memperjuangkan isu rakyat, rasuah dan penyelewengan. Sebagai NGO yang berteraskan kepada gerakan maya dan bergerak secara aktif membawa masalah rakyat utk didengari dan diadili.."

 "saya di sini mewakili ahli Jingga13 Kuala Langat berterima kasih kepada Parti Amanah dan kerajaan Selangor menjemput kami hari ini dalam gerakkerja sukerelawan membantu program rakyat yang melibatkan bantuan kepada golongan yg kurang berkemampuan dan mengucapkan taniah kepada semua ahli yg terlibat dalam urusan mengagihkan bantuan dari kerajaan negeri melalui Adun Morib kepada masyarakat india setempat" kata nya lagi..