Monday 13 July 2015

JINGGA13 SELAR SENTIMEN PERKAUMAN SEMPIT APIKAN  PERPECAHAN

JINGGA13 merujuk kepada kekecohan yang berlaku di Plaza Low Yat semalam, semestinya perkara sedemikian haruslah dielakkan daripada berlaku hal sedemikian rupa kerana ia akan mengakibatkan keutuhan, kehormanian dan kerjasama antara kaum yang kembali terjalin selepas berlakunya kejadian 5 mei lalu iaitu "rusuhan kaum" boleh berulang semula. Sebagai manusia  yang dilahirkan berlainan bangsa,agama dan kaum adalah amat penting untuk bersatu dan hidup dalam penuh keharmonian . Bukan untuk berkelahi sesama kita, adu domba dan saling fitnah memfitnah.

Tidak perlu menunding jari ke bangsa lain malah, bersifat seolah tidak di didik dengan ilmu kenegaraan yang menyeru supaya bersatu tidak kira bangsa dan agama.
Harus faham kita hidup di negara yang berbilang kaum,bangsa dan agama maka menerima keunikan kepelbagaian tersebut untuk turut hidup aman damai.

Dengan itu "Golongan Muda" dari perbagai kaum,bangsa dan agama khususnya, harus SEDAR bahawa perkara sekecil ini tidak patut di besar-besarkan sebaliknya menyerahkan perkara ini kepada pihak  yang berkuasa untuk menyelesaikannya dan segala propaganda murahan mengapi-apikan sentimen perkauman dihentikan oleh mana pihak yang tidak "menangguk di air keruh ".

JINGGA 13 menyeru kepada seluruh anak muda Malaysia ialah "mencari titik persamaan untuk diraihkan bersama" serta " menghargai titik perbezaan agar saling hormat-menghormati" akan membentuk sebuah negara bangsa yang bermaruah dan rukun damai.

Muafakat*Prihatin*Berani

Heikarl Edzha Zaini
Naib Ketua
Panatia Anak Muda
Jingga13 Malaysia