SELAMAT DATANG

BLOG RASMI JINGGA 13 MALAYSIA [BLOG DIBINA SEJAK 22 NOVEMBER 2013] http://jingga13malaysia.blogspot.com

Tuesday, 17 February 2015

JINGGA13 SELAR TINDAKAN VANDALISME DAN MENAFIKAN TINDAKAN TERSEBUT OLEH PESERTA #KITALAWAN

Kenyataan Media
Jingga13 Malaysia

15 Februari 2015

JINGGA13 SELAR TINDAKAN VANDALISME DAN MENAFIKAN TINDAKAN TERSEBUT OLEH PESERTA #KITALAWAN

Jingga13 Malaysia menyelar tindakan tidak bermoral dan beretika individu-individu yang melakukan vandalisme termasuk menconteng bas milik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dengan perkataan lucah termasuk menconteng premis makanan segera serta papan tanda sebuah bank ketika sedang berarak ke Jalan Pudu petang semalam.

Jingga13 Malaysia yakin bahawa tindakan tersebut bukan di lakukan oleh para peserta perhimpunan #KitaLawan kerana tidak ada sebarang perbincangan dan persetujuan dibuat sewaktu perbincangan mengadakan perhimpunan aman tersebut.

Jingga13 Malaysia yakin tindakan tersebut dilakukan bagi mensabatoj perhimpunan aman tersebut dan ianya dirancang oleh pihak yang berniat jahat memburuk-burukkan peserta perhimpunan bagi tujuan untuk memberikan gambaran dan imej buruk kepada perhimpunan aman tersebut agar satu tindakan akan diambil terhadap peserta perhimpunan #KitaLawan.

Kami yakin kehadiran anak-anak muda dan mahasiswa semalam adalah mereka yang mempunyai etika dan keberanian dalam menyatakan pendirian dalam kes pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan satu konspirasi politik yang bertujuan menghancurkan karier politik beliau melalui Institusi  Kehakiman yang jelek dan tidak masuk akal.

Jingga13 Malaysia sedia memberikan kerjasama dengan memberikan gambar individu-individu yang tidak dikenali dengan memakai penutup muka untuk tindakan  pihak polis.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

MIKHEAL ISKANDAAR ABDULLAH
Naib Ketua Koordinator
JINGGA13 Malaysia