Monday 19 January 2015

Program Prelove Jinggawanis Kumpul RM2300 Untuk Anak-Anak Yatim San Mangsa Banjir Pantai Timur

3-4 Januari 2015 , Jinggawanis Jingga13 Malaysia dengan kerjasama Ahli Majlis MBPJ Zon 10 dan Pasaraya Matahari, Petaling Jaya Selatan telah mengadakan program jualan amal bagi tujuan mengutip dana untuk anak-anak yatim dan mangsa banjir Pantai Timur.

Program julung kali yang turut mendapat kerjasama daripada Panatia Prihatin dan Panatia Tugas-Tugas Khas telah berjaya mengumpulkan RM2300 basil drp jualan dan sumbangan orang ramai.

Koordinator Jinggawanis Komrad Liny Obliza berjaya bahawa program tersebut telah mendapat sokongan daripada pada pengunjung Pasaraya Matahari yang membeli pakaian terpakai dan baru hasil sumbangan orang ramai sehingga berjaya mengumpulkan dana yang melangkau sasaran iaitu RM2300.

Hasil sumbangan tersebut akan digunakan bagi menjalankan program Prihatin Sinar Kasih Anak-Anak Yatim Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa, Puchong Perdana pada 10 Jan 2015 dan Misi Prihatin Banjir Jingga13 ke Kelantan dan Pahang yang mengalami banjir yang sangat teruk.

Jingga13 Malaysia merakamkan jutaan tahniah kepada Jinggawanis dan mengucapkan terima kasih kepada Sdr Mohamad Akhir Ahli Majlis MBPJ Zon 10 dan Pengurusan Pasaraya Matahari yang telah memberikan komitmen sangat tinggi menjayakan program Prelove tersebut.