Monday 19 January 2015

Jingga13 Terima 10 Khemah dan 5 Kanopi Dari Yayasan Kebajikan Klang

Jingga13 Malaysia telah menerima sumbangan 10 buah khemah dan 5 buah kanopi ( 20 x 10 ) oleh YAYASAN KEBAJIKAN KLANG pada 12 Jan 2015 dan telah disampaikan oleh Pengerusi yayasan tersebut iaitu Y. Bhg Dr Ooi King Chua .

Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia , Sdr Fariz Musa telah hadir menerima sumbangan tersebut yang juga turut ditemani Pembantu Pribadi beliau Komrad Khusyri dan Koordinator Jingga13 Indonesia Komrad Zein Shahputra di Bandar Klang.

Jingga13 Malaysia merakamkan jutaan terima Kasih dan penghargaan kepada Yayasan Kebajikan Klang di atas sumbangan tersebut bagi menyempurnakan lagi Misi Prihatin Banjir Jingga13 Malaysia serta ucapan terima Kasih kepada Y.Bhg Datin Paduka Tan Yew Kew , Ahli Majlis MPK Sdr Boon Lhye,Setiausaha Parti Keadilan Cabang Klang Sdr Anuar.