Tuesday 1 July 2014

JINGGA 13 SELAR TINDAKAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TERHADAP PROFESSOR DATUK DR RIDHUAN OTHMAN SEBAGAI PEROSAK AKADEMIK DAN DIDALANGI UMNOBN

Kenyataan Media
Jingga13 Malaysia

1 Julai 2014

JINGGA 13 SELAR TINDAKAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TERHADAP PROFESSOR DATUK DR RIDHUAN OTHMAN SEBAGAI PEROSAK AKADEMIK DAN TIDAK BERTAMADUN

Jingga 13 Malaysia menyelar tindakan Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah menekan Professor Datuk Dr Redzuan Othman meletakkan jawatan sebagai Pengarah Pusat Kajian  Demokrasi dan Pilihanraya (UMCEDEL) sebagai satu tindakan perosak akademik dan tidak bertamadun serta tidak bersikap professional dan mengikut telunjuk UMNOBN.

Tindakan Kementerian Pelajaran Malaysia yang sudah pasti disokong oleh Menteri Pelajaran Malaysia adalah merupakan tindakan desperado terhadap Professor Datuk Dr Redzuan Othman yang pasti didalangi oleh UMNOBN yang sanggup mencabul kebebasan akademik dan dibayangi oleh kebodohan segelintir pihak.

Adalah menjadi kerugian kepada Universiti Malaya dan Negara apabila perkhidmatan Redzuan sebagai dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) universiti itu juga tidak disambung mulai semalam 30 Jun 2014, walaupun dikatakan masih mendapat sokongan daripada rakan-rakan pensyarah di fakulti berkenaan.

Malah beliau telah menunjukkan prestasi yang membanggakan  dengan meletakkan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) Universiti Malaya (UM) sebagai antara yang terbaik di negara serta mempunyai rekod cemerlang pernah dinobatkan sebagai dekan terbaik dan cemerlang di Univeriti Malaya.

Ketelusan,professional dan kejayaan kajian yang terbaik oleh UMCEDEL di bawah pimpinan Professor Datuk Dr Redzuan Othman meletakkan Universiti Malaya sebagai sebuah universiti yang dihormati dan disegani serta mengangkat prestasi Universiti Malaya sebagai universiti yang berprestij dan berkualiti.

Tan Sri Muhyiddin Yassin selalu Menteri Pelajaran yang sewajarnya meletakkan jawatan dan bertanggungjawab terhadap tindakan 'sampah' demi survival UMNOBN semata-mata dan bukan di atas prinsip professional demi mengangkat kredebiliti dan prestasi mutu akademik negara serta bukan memberikan tekanan kepada Professor Datuk Dr. Rezuan Othman untuk meletakkan jawatan.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13 Malaysiae